Saturday, May 31, 2008

Pengenalan

Saya baru saja memulakan blog ini. Tujuan nya untuk berinteraksi dengan sahabat sahabat bloggers, kawan kawan yang sependapat dan yang tidak sependapat, bertukar tukar infomasi untuk kepentingan bersama. Saya bersedia `bersetuju untuk tidak bersetuju'.

Saya juga bersedia menerima sedikit `kenakalan' sekadar untuk bergurau atau bersifat mengusik, asalkan kita tidak jauh menyimpang dari amalan berhemah, berbudi dan bertanggung jawab.

Saya sekadar ingin bersama di alam maya ini, dengan harapan kita dapat manfaat dari nya.

9 comments:

jeanbara said...

Salam,

Saya datang menjenguk ni untuk mengucapkan selamat berblogging. Tak payahlah sambut saya di pintu Parlimen. Tak payahlah bagi liputan media besar-besaran. Saya tak minta itu semua. Yang saya minta cuma satu; agar blog ini mampu menjadi wadah yang menyediakan ruang untuk kita menemui sesuatu yang mungkin sukar untuk ditemui 'di luar sana': kebenaran dan keikhlasan dalam perjuangan.

Jeanbara

Ramli Mohd Yunus said...

saudara,

Terima kasih. Sokongan dan tunjuk ajar masih diperlukan. Umur sudah meningkat untuk menerokai bidang yang asing.

Semoga sahabat sahabat dapat menggunakan ruang sebaik mungkin.

Ramli Mohd Yunus

Canser vs B17 said...

Salam saudara Ramli,

Saya mengucapkan tahniah dan syabas dengan terhasilnya blog saudara sendiri.

Saya mengenali saudara melalui blog depa-kata (jeanbara), komen-komen saudara saya hormati kerana padat dengan ilmu dan fakta.

Dan banyak pengajaran ilmu politik yang saya dapat, maklumlah saya masih baru dalam arena ini.

Semoga banyak lagi yang dapat dikongsi bersama, demi bangsa dan Agama, bukan untuk kepentingan PARTI dan tembolok sesiapa pun.

Yang elok kita sokong, yang tak elok kita sanggah. Tak kira apa PARTI sekalipun.

Wassalam.

tok dam said...

salam,

mai ziarah jugak ni..harap saudara sebagai seseorang yg bukanlah 'no body' ni boleh jadikan blog saudara sebagai penyambung lidah marhaen kepada 'somebody' yg lebih keatas.

Tahniah!

Anonymous said...

Awat depa panggil encik ramli sebagai ramli DAP? Adakah encik salah seorang dr ahli DAP?

Anonymous said...

Ramli...Muhyuddin kata Ezam belum tentu akan diterima masuk dalam umNO...ini bersabit dengan perlembagaan umNO 20.10 nampak nya parti tua ini sentiasa dalam keadaan berserabut...lama ta'mai kedai Shed untung !!

Anonymous said...

tahniah!

Anonymous said...

Tahniah Tuan!

Selamat datang, moga budaya bersetuju untuk tidak bersetuju akan subur dalam UMNO dengan sumbangan saudara. Moga akan kurang kalau pun tidak terhakis pemimpin pak turut dalam UMNO di Kedah dan Malaysia amnya

Sorry, terlewat, sibuk sikit seminggu lebih tak melawat kawan-kawan. Banyak sangat kenduri dan jemputan yang nak di penuhi.

Boleh kot kena teh minggu ni!

Anonymous said...

Tahniah, komen menyusul nanti