Friday, June 27, 2008

ADUN BN Keluar Dewan di Perak.

Bila semua balak dah habis ditebang, depa ni nak duduk mana?


Di Dewan Undangan Negeri Perak, 28 orang ADUN pembangkang dari BN bertindak keluar Dewan kerana tidak puas hati dengan tindakan Speaker V. Sivakumar yang tidak membeli laluan kepada Raja Ahmad Zainuddin (Kubu Gajah) untuk meneruskan ucapan. Raja Ahmad ni berucap ka atau dia meleter tidak dapat disahkan. Hansard Dewan tak sempat rekod.

Dulu masa BN jadi Kerajaan, DAP dan PAS keluar Dewan. Sekarang ahli BN pula keluar Dewan. Eloklah tu. Bagi anak anak tengok supaya depa senang buat keputusan siapa yang boleh diharap dan siapa yang tidak boleh diharap. Sapa yang boleh dipakai dan sapa yang tak terpakai. Dalam PRU 12 yang lalu pun depa ni sudah buat keputusan sikit sikit.

Dulu masa DAP dan PAS keluar Dewan kata macam budak budak, tak tau peraturan, play to gallery, publisiti murahan dan macam macam tuduhan dan tohmahan. Pembangkang bukan ada kerja lain, asyik bangkang aje. Memang pun. La ni dah jadi pembangkang. Sekarang ADUN BN dah sah jadi pembangkang, eloklah belajar belajar cari publisiti murahan tu. Tu la, mengata dulang serpih. La ni memang orang bayar cash tanpa guna kemudahan kredit. Lagi pun hutang `cakap' bukan ada rebet macam bayar roadtax!

Dato Seri Mohd Tajol Rosli (Pengkalan Hulu) kata MB Nizar buat cerita dia tidak mahu salam. Heboh orang Gerik bising pasal bekas MB tak mau salam dengan present MB, menurut Dato Tajol. Malu lah dia, orang kampong dah tau. Nizar pun tak patut, kata nya. Dia bawa gambar sekali yang dia salam dengan Nizar. Tengok, bawa gambar sekali you...Pasal Nizar komplen tak ada upacara rasmi penyerahan tugas sebagai MB, Tajol kata paling kurang telefon lah dia, tanda hormat.

Dato Tajol juga terus berkata pasal BAIDURI tu, apa pasal sibuk sibuk nak masuk BAIDURI, buatlah persatuan lain. Persatuan gincu merah ke, persatuan beg kulit ke, persatuan sembang sembang ke, persatuan lawatan sambil belajar ke. Macam macam persatuan boleh didaftar asalkan Kerajaan Negeri sokong. Alahai orang politik Malaya.....

Di Kedah pulak, Ustaz Azizan MB baru masih berkeras nak tebang jugak balak di Padang Terap didalam kawasan tadahan air (water catchment areas). Tuan Guru Nik Aziz kata jangan. Lim Guan Eng pun kata jangan Ustaz. NGO kata jangan Ustaz, jangan. Dia kata nak tebang jugak. Bukan semua nak tebang. Yang boleh dan tidak melibatkan kawasan tadahan air hanya akan ditebang. Sahabat Alam kata, dalil tu karut. Malaysian Nature Society juga kata justifikasi Ustaz tu juga tidak masuk akal. Karut juga makna nya.

Lepas tu Azizan kata dia nak pilih kontraktor balak dari kroni BN. Dulu depa jauh dari PAS, sekarang depa dah mula baik dan mula rapat. Bagus lah tu. Jangan rapat kerana balak aje. Jangan Ustaz, jangan. Nanti depa kornar. Pembalak ni sikit sangat yang boleh diharap. Depa memang kornar selalu. Senterwong depa mana ada roadtax, psv dan lesen. Semua main `close one eye' punya. Ustaz tau ke kerja kerja ambik balak ni. Ramai pemimpin Kerajaan jatuh kerana balak. Nanti Ustaz dapat bala!!!

No comments: