Sunday, June 15, 2008

Cerita cerita yang memualkan!!

Cerita cerita mengenai cadangan kenaikan gaji seratus peratus CEO dan CFO sebuah syaraikat GLC sudah tidak jadi rahsia lagi. Ramai yang sudah tahu GLC yang dimaksudkan ialah TNB atau Tenaga Nasional Berhad. Dulunya dikenali sebagai Lembaga Letrik Negara. Berita ini mengejutkan dan memeranjatkan. Saya, mati balik hidup, atas sebab apa pun, dan dengan dalil apa pun, TETAP tidak bersetuju. Dan saya amat memandang rendah kedua dua individu yang sanggup menerima kenaikan gaji dari syarikat Kerajaan ketika kita dilanda kerumitan, kesusahan dan kesempitan hidup. Apa pun justifikasi nya, CEO dan CFO TNB ini, kalau betul lah seperti yang didakwa, adalah jenis manusia yang kurang perasaan malu, tidak berperasaan dan kurang perikemanusiaan nya. Saya tidak sanggup duduk semeja dengan manusia jenis ini. It is a shame of the highest degree!!!

Namun yang lebih mengejutkan ada lagi cerita mengenai sebab kenaikan seratus peratus gaji kedua dua manusia ini. Sebuah blog mendakwa bahawa Pengerusi TNB Tan Sri Leo Moggie bersetuju meluluskan package kenaikan gaji mereka kerana, CEO tersebut telah meluluskan secara `direct nego' TNB Scada Project bernilai RM35 juta kepada anak Leo Moggie, Micheal Kalum Leo Moggie. Ya Allah, ada lagi manusia jenis ni. Dalam keadaan manusia lain sedang mencuba cuba dan belajar untuk menjadi lebih telus, lebih bertanggung jawab dan lebih accountability, ada lagi cerita cerita macam ini. They never learn!!!

Blog Chedet pula mendakwa bahawa Dr Mahathir telah menyerahkan sejumlah RM 1.4 billion `in cash, share and property' kepada Pak Lah selaku Presiden UMNO selepas Dr Mahathir. Wau...jumlah yang begitu besar. Ahli UMNO baru tau. Terkejut biawak nampak nya. Rakyat lagi baru tau. Itu pun kerana Mahathir `bergaduh' dengan Pak Lah. Kalau tak..alamat jadi OSA lah. Majlis Tertinggi UMNO tau tak?? UMNO Perhubungan Negeri tau tak?? Masyaallah!!! Apa nak jadi. So much about transparency, intergrity and accountability!!!

Blog yang sama juga melaporkan bahawa ada seorang `annonymous' mendakwa bahawa Dr Mahathir dan keluarga ada menyimpan sejumlah USD 199.45 di Israel National Bank, di Singapore. Komentar nya tidak bernama. Dakwaan nya juga tidak berbukti. Dr Mahathir dalam jawapan memberikan kebenaran kepada Isreal Nasional Bank untuk mendedahkan jumlah tersebut, jika dakwaan itu benar. Dr Mahathir juga meminta yang mendakwa supaya memberikan nama dan alamat supaya beliau boleh bertindak. Yang ini, saya setuju, sebutkan nama dan dari mana, kemudian buat tuduhan secara gentleman. Jangan berselindung disebalik `anom'. Dunia hari ini menuntut keberanian yang jelas dan terbuka. Bukan cuit cuit lari. Mana ada class.

Kita tengok Mahmoud Ahmadinejad, Presiden Iran dan Hugo Chaves, Presiden Venezuela. Mereka anak jantan class pertama. Mereka bercakap dari hati. Ahmadinejad kata `we have to eliminate Israel from the world map'. Riuh satu global. Hugo kata, `I do not want to use the same rostrum where a setan had just spoken from' (maksudnya Goerge Bush) di podium UN. Cukup cantik punya ayat dan `bersesuaian' dengan manusia yang dimaksudkan. It fits very well with the `human beings' concerned!!!

Dalam kes Dr Mahathir ini, ada tuduhan, ada bukti, keluarkan. Sebut dengan jelas. Lebih `afdal' sertakan dengan salinan bank statement. Kemudian jumpa di court. Main main `anom' ni sapa pun berani. Kalau nak lebih glamour, call for a press conference!!!

No comments: