Monday, June 2, 2008

Saudara,

Saya ucapkan terima kasih diatas respon saudara sekelian. Komen ah long/mee abu, saya akui ada juga kebenaran nya. Pendekatan yang dilakukan oleh Hospital Sultanah Bahiyah (seperti juga hospital lain, saya rasa) adalah dengan menganjurkan kursus kursus motivasi dari masa kesemasa yang menjuruskan kearah penambahbaikan perkhidmatan di hospital ini.

Saya juga bersetuju dengan pendapat saudara johar faizal. Tok dam dengan sikap rendah diri nya, namun tetap setia dengan pendapat yang bernas.

Komen ranjit singh juga menarik. TS Muhyiddin saya rasa hanya menyatakan amalan yang selaras dengan proses didalam Perlembagaan UMNO.

Anom 5.27, bertanyakan samada saya pernah menjadi ahli parti DAP. Betul, disekitar tahun tujuh puluhan hingga ketahun 1984. Episod dalam hiudp yang banyak `mengajar' saya tentang ilmu politik, budaya dan kefahaman bernegara.

Terima kasih semua.

3 comments:

Anonymous said...

Warna-warnikan blog untuk lebih ceria dan menarik kalau boleh. Masukkan gambar-gambar. Yang penting, blog untuk orang ramai berkongsi buah fikiran dan melontar idea-idea yang baru, segar dan bermanfaat. Isu-isu politik yang terkini sangat didambakan.
TQ. Best of Luck!
Adik

AbnormalSuam said...

Baguslah kerana wujudnya penerangan tentang penyakit ini... kerana kebanyakan rakyat Malaysia sekadar mengetahui tentang penyakit leukimia, hepatitis B dan HIV semata apabila membicarakan tentang penyakit darah... yang paling top sekali, adalah penyakit darah tinggi... tu pun ada yang gagap juga bila ditanya apa sebenarnya penyakit darah tinggi padahal penyakit berkenaan adalah tentang jantung...

bercerita tentang penyakit jantung, tertanya-tanya juga kita, pihak mana sebenarnya yang menjadi penghubung antara pesakit dan pihak yang merawat. Sebabnya, belanja untuk penyakit kronik ini terus meningkat saban tahun dan tiada sebarang pihak yang menampilkan bantuan bagi para pesakitnya.

Walaupun di IJN ada skim bantuan (kununnya) yang menggunakan KWSP tetapi sedar atau tidak, ramai daripada kita yang bekerja sendiri dan tidak layak pun untuk mencarum ke dalam KWSP dan hanya mengharapkan upah harian.

suatu ketika dahulu, Kementerian Kesihatan mengesyorkan tentang premium perubatan untuk setiap rakyat Malaysia seperti di negara-negara maju, tetapi ditentang oleh majoriti rakyat Malaysia sendiri. Dan selepas itu, kerajaan sekadar menceritakan tentang kebajikan yang mereka usahakan tanpa menceritakan apakah kebajikan untuk pesakit-pesakit kronik serta perbelanjaan mereka untuk menjalani rawatan.

Mungkinkah kita akan dikurniakan umur panjang untuk menyaksikan, rakyat Malaysia tergolek di tepi jalan kerana tidak mampu mendapatkan rawatan di hospital akibat ketiadaan wang? Besar kemungkinan perkara ini akan berlaku... Insya-Allah...

Anonymous said...

Tahniah pakcik Ramli atas kelahiran blog sendiri.. Jangan lupa utk berjuang utk TS Muhiydin Yassin nanti..