Saya menerima email yang kurang selesa pandangan dan pendapat saya dan rakan rakan mengenai isu kenaikan petrol baru baru ini. Bahasa nya agak kasar dan kurang manis untuk dipaparkan. Saya memilih untuk menyimpan komen penghantar sebagai usaha untuk membuat perbandingan akan karektor manusia. That is the beauty in life - diversity in opinion. Saya akur dengan kemarahan nya. Dia terpaksa mungkin. Menurutnya kita kena rasional dan membuat kajian terperinci (secara professional katanya) mengenai sebab kenaikan harga bahan api tersebut.
Ingin saya jelaskan bahawa kekecewaan dan kemarahan rakyat terhadap kenaikan harga petrol dan disel ini, adalah amat wajar. Bukan seorang dua dan bukan seratus dua. Ramai yang merasakan. Ramai juga yang menyatakan kalau naik pun, harus ada justifikasi yang sesuai dan tidak begitu membebankan. Rasional ini juga juga mesti diambil kira. Yang bercakap tu pula ada juga dalil nya. Mereka juga faham apa yang dikatakan. Kita dengar lah juga sebagaimana kita mahu didengar. Hendak bercakap dengan fakta ekonomi yang `profesional' mengikut `benchmark' penghantar, saya kurang ariff.
Saturday, June 7, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment