Mula mula nya khabar angin, kemudian cakap cakap Menteri. Sekarang sah. Tan Sri sanusi Junid telah ditamatkan (diberhentikan) perkhidmatan sebagai Presiden UIA. Berbagai tafsiran boleh, telah dan akan dibuat, namun hakikatnya Sanusi sudah bukan lagi Presiden di pusat pengajian tinggi tersebut. Pada saya ini telah jadi `amalan biasa" dan telah diterima pakai sebagai `biasa' didalam sistem dan budaya pentadbiran dan politik negara tercinta. Sejarah telah membuktikan bahawa ianya `diamalkan' secara meluas dipersekitaran politik negara. Secara peribadi, dulu, kini dan selama nya, saya kurang selesa untuk menerima budaya ini. Tetapi almaklum, dalam suasana ianya diamalkan oleh majoriti dan yang sedang berkuasa, suara sekerdil kita, sebaik mana pun, akan dianggap serong, tidak praktikal, tidak menerima realiti dan macam macam lagi justifikasi `rekaan Malaysia Boleh'.
Kemudian negara dikejutkan sekali lagi dengan pendedahan seorang Hakim kanan YAADatuk Ian Chan di Sabah. Beliau didakwa telah di`pinggir' kan dari kenaikan pangkat kerana keputusan yang dibuat nya (didalam Mahkamah) tidak memihak kepada kehendak Perdana Menteri ketika itu. Beliau juga mendakwa Dr Mahathir (PM ketika Itu) `mencampuri' urusan keputusan kehakiman, terutama yang melibatkan petition pilihanraya. Sebenarnya pendedahan sebegini sudah tidak `mengejutkan' lagi. Perkataan `dikejutkan' diatas hanyalah kerana berita semacam ini sudah mula mendapat tempat dan mula `didedah' macam cendawan. Saya rasa akan ada lagi `pendedahan'. Macam cerita Sanusi dipecat, budaya ini juga (pendedahan selepas `tarikh luput') sudah jadi amalan biasa, dulu, kini dan selama nya. Kita tunggu, akan ada lagi. Datuk Ian Chin mungkin ikhlas, jujur dan profesional, namun hakikat nya, `pendedahan' dibuat selepas Dr Mahathir sudah tidak lagi berkuasa. Saya amat takut untuk memikirkan apa lagi yang akan didedah sebelum dan sesudah dari zaman mana mana Perdana Menteri, dulu, kini dan selama nya.
Saya tertarik dengan komen abgglokal mengenai isu semasa yang melibatkan UMNO. Saya terima dengan rendah hati komen beliau. Saya senada dengan beliau dalam isu ketaatan, kesetiaan dan kebertanggungjawaban ahli ahli UMNO diperingkat grassroot. Saya suarakan `nada' ini secara konsisten mengikut kemampuan saya. Ramai yang kurang selesa dan tidak berminat. It falls on deaf ears. Saudara abgglokal mengharapkan orang macam saya sebagai jambatan. Saya terharu namun terbukti tidak berkemampuan. Saya ada juga sedikit sebanyak mencuba, kalau pun adakala nya dilihat ada usaha untuk menerima, tetapi `pakar pakar' dan `penasihat politik semasa' yang berkeliaran disekeliling, menolak mentah. Suasana ini berlaku dimana mana dan hampir disemua peringkat. Hakikat nya, majoriti dibawah sana, ikhlas, jujur dan tidak berkepentingan. Dipihak saya, sebenarnya, sudah hampir putus asa, hampa dan amat kecewa.
Sebenarnya yang `mengendalikan' kepimpinan, pentadbiran dan pengurusan parti dan negara tercinta adalah pemimpin atasan. Perdana Menteri dan Menteri nya. Menteri Besar dan ahli EXCO nya. Kalau UMNO, Presiden dan ahli Majlis Tertinggi nya. Macama macam kuasa ada ditangan mereka yang dinamakan pemimpin. Kuasa dan tanggung jawab ditangan mereka. Mereka yang buat keputusan. Mereka yang rancang dan mereka juga yang laksanakan. Didalam negara tercinta, segala galanya datang dari atas. Di bawah ini hanya menerima dan mengikut. Itu lumrahnya. Itu budaya nya. Itu hakikat nya. Jangan nafikan. Dan jangan cuba cari kesalahan yang `dibawah' ini. Terlalu kecil, kalau pun ada. Jangan cuba pesongkan isu sebenarnya. Hanya yang berkuasa punyai daya untuk menjadi perasuah, salahguna kuasa, tidak berlaku adil, amalan kronisma, tidak amanah. Yang dibawah ini, hanya boleh bersuara lima tahun sekali, kalau dalam UMNO, dua tahun sekali. Itu pun hakikat nya setakat mana.
Leadership comes in package. Package nya termasuk, kedudukan, keistimewaan, penghormatan dan macam macam lagi. Package itu tidak ada dibawah ini. Yang dibawah ini hanya menerima, mengikut dan menyokong (kalau mahu). Yang diatas tu, terimalah hakikat ini. Kalau pun tidak takut kepada Tuhan, cuba cuba lah bayangkan `penjara' didunia!!
Thursday, June 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Saudara,
Such incidents indicate one thing - the Malays are losing their dominance. You may not agree with me. The non-Malays may abhor me. But the reality is the Malays are losing their grips on power. Tell one which country where the judges are not biased. Where their leaders are not authoritative and wield their influence on the judiciary.
When the American elections went into a stalemate, it was the judges who took control. Who were these American judges? These were judges who were appointed by George Bush.
What did the judges do? The returned Bush's favour by ruling in favour of him and that's how George Bush managed to stay for a second term.
So why so much brouhaha about the former PM influencing judges?
If we were to allow judges to rule this country, one can imagine how it would turn out.
So saudara, are we losing our political dominance?
Bro Ramli,
Saya telah membaca komen abgglokal berkait posting dalam www.kedahku.blogspot.com.
Saya kagum dengan kesetiaan abgglokal kepada Umno. Tetapi apa perlu kepada kesetiaan membuta-tuli?
Lihat sahaja pemimpin Umno. Ada yang sanggup membeli plat kereta istimewa dengan harga beribu ringgit padahal rakyat dibawah berjemur matahari menjual nasi lemak untuk membela anak isteri?
Saya dengar berbagai rungutan. Lihat sahaja rumah wakil rakyat Umno di Jalan sultanah. Lihat sahaja rumah Abdul Rahman Ariffin dan Abdul Rahman Ibrahim. Lihat sahaja mahligai Kadir Sheikh Fadzir dan lihat sahaja istana idaman Mahdzir Khalid.
Apakah mereka ini simbol perjuangan Umno?
Apakah saranan abgglokal supaya pemimpin Umno menunjukkan prihatin mereka sekarang untuk memujuk rakyat menyakini mereka semula?
Saya rasa tak usah lah pemimpin Umno berpura-pura dengan turun padang nak membantu rakyat.
Maaf kata, hampir keseluruhan khazanah menjadi hak orang Umno padahal hanya 3 juta menyokong Umno. Selebihnya iaitu 23 juta rakyat lain hanya di sumbat dengan kata-kata semangat "parti ini lah yang memperjuangkan melayu", "parti inilah yang memperjuangkan kemerdekaan", "lihatlah track record Umno".
Saudara Ramli dan abgglokal, rakyat dah muak dengan Umno yang di penuhi rasuah dan kebongkakan pemimpin umno.
Bila berada di dalam keadaan tersepit dan hendak hilang kuasa, maka keluarlah kata-kata manis, "kami simpati dengan masalah rakyat". Maka umumlah berbagai skim nak tenangkan hati rakyat. Itu lah Umno. Rakyat hanyalah tunggang mereka.
Mohon Maaf.
Hanya sebuah rintihan.
Lokman Ali - Padang Rengas
Salam hormat
Another arrogant act by stupid um-NO
Post a Comment