Datuk Mohd Nakhaie Ahmad, Yang Di Pertua YADIM, menyifatkan langkah Kerajaan Selangor dibawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim, sebagai tidak bertamadun kerana tidak membenarkan program mempromosikan Islam Hadhari di Selangor. Khalid Ibrahim mendakwa Islam Hadhari mengelirukan. Nakhaie pula kata Islam Hadhari itu hanya `nama' tidak harus jadi isu. Dua dua betul, saya kira. Khalid kata Hadhari `mngelirukan', juga betul. Islam sudah cukup perfect (sempurna) dan tidak perlu ada label lain. Nakhaie kata Islam Hadhari itu hanya nama nya saja. Juga betul. Makna nya `label' saja. Nakhaie tahu Islam itu juga sempurna tapi mungkin beliau merasakan bahawa Islam Hadari itu hanya nama atau `label' nya saja. Dia setuju tentang perlunya ada `nama' nya itu. Islam tetap sama, sempurna. Khalid tidak setuju pasal label itu. Bukan tidak setuju pada Islam. Tidak perlu ada label lain untuk menggantikan kesempurnaan Islam itu. Nampak Khalid lebih betul lah.
Nakhaie memang orang yang selalu beri pendapat yang nampak macam fatwa. Masa dalam PAS pun dialah orangnya yang banyak `keluarkan fatwa' tentang UMNO dan PAS. Kita tentu masih teringat dengan isu `sembelihan orang UMNO haram dimakan'. Kalau tidak silap dari Ustaz Nakhaie lah datangnya `religious based statement' itu. Rasa nya dia yang mulakan. Mungkin Nakhaie sudah lupa. Tapi itu dulu, masa dia Naib Presiden Parti Islam Setanah Melayu. Sekarang lain. Dia bos YADIM, yayasan yang ditubuhkan oleh Kerajaan BN. Lagi pun Nakhaie masih lagi ahli UMNO yang setia. Nakhaie hanya mencuba sedaya upaya untuk `toe the line'. Dia masih Pengerusi YADIM. Nakhaie tidak akan disuruh berhenti macam Mokhzani dan Sanusi Junid. Saya tidak mahu bayangkan apa pula `fatwa' Nakhaie mengenai Islam Hadhari kalau dia masih lagi orang nombor tiga parti PAS ketika itu!!!.
Hanya saya teringin sangat hendak dengar komen YB Dr Fuad Sakarsi, Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat dan YB Saifuddin Nasution, MP Kedailan dari Machang. Kedua dua nya `pernah jadi anak didik' Ustaz Nakhaie Hj Ahmad ini.
Tuesday, June 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment