Didalam blog riwayathayat.blogspot.com saya terbaca sebuah artikel yang ditulis oleh tuan punya blog Najwan Halimi yang ditulis pada 11 dan 18 Mac 2008 mengenai `kecurigaan' beliau mengenai ada nya `musang berbulu ayam' dikalangan petugas dipejabat Anwar Ibrahim.
Komen ditulis selepas dua pembantu Anwar, Nik Azmi Nik Ahmad dan Sim Tze Szin diplih sebagai calun dan menang di kerusi DUN Seri Setia Selangor dan Pantai Jerejak, Pulau Pinang. Keadaan itu menyebabkan kekosongan jawatan pembantu Anwar.
Isi kandungan seterusnya boleh dilayari blog tersebut. Agak menarik ulasan nya. Sama sama kita fikir kan!
4 comments:
Cadangan SS Mufti Perlis, saya rasa terbawa bawa dengan cara penyelesaian mudah. Bagaimana sumpah (mubahalah) boleh menjadi penentu kerana pertuduhan dan penghakiman tidak dijalankan mengikut hukum syariah Islam.
Kalau yang dituduh dan yang menuduh sudah sanggup bersumpah, bagaiaman pula dengan keputusan penyiasatan. Adakah penyiasatan dan pertuduhan akan dibatalkan.
Oleh kerana Hukum Allah adalah yang terbaik, maka itulah saja jalan penyelesaian nya dalam semua aspek kehidupan.
Peguam Muslim
Pulau Pinang.
Memang banyak orang dalam in circle PKR tak berapa sedap hati terhadap kehadiran orang-orang yang 'tidak begitu dikenali', termasuk Saiful. Mereka malah mengingatkan Anwar mengenainya. Tetapi Anwar buat endah tak endah. Dia malah meminta supaya tulisan2 memburukkan Saiful dipadamkan daripada blog (sila baca laporan Malaysiakini beberapa hari lepas). Apa yang dia berkenan sangat pada Saiful pun tak tahulah sampai mengaku pernah pergi ke kondominium kediaman Saiful.
Saya mempunyai PA yang telah 8 tahun berkhidmat dengan saya, dari bujang sehingga dia berkahwin, belum sekali pun saya ke rumahnya melainkan pada hari raya.
Adalah biasa jika PA berulang alik ke rumah anda, tetapi agak luar biasa kalau anda ke tempatnya; lebih-lebih lagi kalau dia baru 3 bulan bekerja dengan anda!
Tetapi,itu logik yang kita gunakan. Kita serahkanlah pada pihak berkuasa untuk menyiasat. Serahkan kepada Tuhan untuk menentukan.
Anwar juga melakukan kesilapan. Paling tidak dia memberikan ruang yang luas untuk orang syak.
Saya setuju dengan kopikampong pihak pihak yang berwajib untuk menentukan. Allah Maha Mengetahui.
anwar sendiri yang mengundang syak wasangka!
Post a Comment