Perhimpunan membantah kenaikan harga minyak di Kelana Jaya diberitakan telah tercemar dengan persembahan kumpulam rock yang agak keterlaluan. Penyanyi nya dikatakan telah menunjukkan punggong nya semasa menyampaikan lagi didalam persembahan pada petang tadi. Lirik lagu kumpulan itu juga dikatakan tidak bersesuaian dengan majlis tersebut.
Tindakan itu menyebabkan 700 orang Unit Amal dari PAS yang bertanggung jawab terhadap kawalan keselamatan dimajlis tersebut telah menarik diri. Hishamuddin Rais selaku Ketua Kumpulan rock tersebut telah mengarahkan kumpulan itu memberhentikan persembahan mereka. Penonton juga telah menunjukkan bantahan mereka dengan membaling botol air kosong keatas pentas.
Inilah masalah nya. Kenapa tidak berhati hati. Tak kan nak bantah kenaikan harga minyak kena main lagu rock. Baca lah sajak ka. Deklamasikan puisi ka. Ini panggil budak budak rock yang otak mereka tidak ada`culture' untuk memahami isu yang dibangkit. Majoriti dari mereka nak seronok saja. Mereka dari kalangan yang `off track' dalam menghadapi isu besar ini. Ini silap besar organiser. Mustahil benda benda macam ni tak di ambil kira. Nak buat bantahan tapi akhirnya diri sendiri yang dapat bantahan!
No comments:
Post a Comment