Ini Proton Perdana V6, kereta nasional tapi orang yang mendakwa nasionalist dari parti yang juga mendakwa nationalist pun tak mahu pakai!
Adakah ini jenis Mercedes Benz jenis E200 yang bakal digunakan oleh ahli EXCO Terengganu, saya tidak pasti kerana saya tidak pernah punyai dan tidak mimpi untuk punyai nya!
Mingguan Malaysia menyiarkan kenyataan Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain yang menafikan kenyataan Anwar Ibrahim yang beliau ditelanjangkan semasa pemeriksaan perubatan di HKL baru baru ini. Secara tulus saya lebih condong untuk mempercayai orang orang macam Dr Zaininah dari Anwar, Syed Hamid, Timbalan Ketua Polis dan lain lain. Yang masih menjadi sedikit tanda tanya, apakah keprofesionalisma, etika dan kerjaya Dr Zaininah boleh menjadi penghalang kepada usaha dan tindakan pihak pihak tertentu yang juga mempunyai sebab sebab tertentu untuk melakukan perkara perkara yang bercanggah dengan amalan, etika dan keprofesionalisma orang orang macam Dr Zaininah. Adakah apa yang berlaku didalam kawalan Dr Zaininah selaku Pengarah HKL. Saya amat bersimpati dengan orang orang macam Dr Zaininah didalam situasi begini.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, tidak akan terlibat dalam siasatan kes liwat Dato Seri Anwar Ibrahim. Satu kenyataan yang amat positif dan proaktif. Very professional in nature. Macam kenyataan Dr Zaininah, Pengarah HKL, kenyataan Perdana Menteri juga harus disambut baik. Cuma yang menjadi sedikit tanda tanya, adakah kenyataan PM itu boleh menghalang dari apa yang beliau nyatakan berlaku. Saya juga bersimpati dengan PM kalau kedudukan perkaranya tidak seperti yang beliau ungkapkan. Saya lebih condong untuk memilih ketelusan dan keikhlasan PM `without prejudice'. Namun demikian, apa yang telah dan bakal berlaku tidak menjamin `prejudice' tersebut.
Perdana Menteri juga malam ini mengumumkan bahawa pertemuan antara UMNO dan PAS sudah mula diusahakan. Perkembangan yang menarik. Juga tanpa prejudice! Kita sama sama tunggu. Manusia dipegang kata katanya, lembu dipegang talinya. Masakan ada diantara kita mahu disamakan dengan lembu. Dalam Bahasa Inggeris lembu itu `cow' adalah sejenis haiwan!
Keputeraan Tuanku Mizan, Sultan Terengganu tanpa anugerah darjah kebesaran. Tidak pelik dan tidak luar biasa. Itu hak Sultan. Kenapa, kena tanya Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan sendiri. Lebih menarik ahli EXCO Terengganu memilih untuk menukar kereta rasmi dari Perdana V6 ke Mercedes E200. Juga tidak pelik dan tidak luar biasa. Kalau hendak tahu kenapa, kena tanya Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu. Royalti minyak kan ada...
Rafidah meminta Muhyiddin untuk memikirkan `adakah kita perlu pentingkan diri'. Dia juga meminta Muhyiddin mematuhi persetujuan peralihan kuasa yang diputuskan oleh MT baru baru ini. Kelewatan Muhyiddin mengumumkan untuk bertanding menyebabkan Rafidah mengeluarkan kata kata begitu. Rafidah kata MT putuskan, Dr Latif kata tidak dan Muhammad Muhd Taib juga kata tidak. Rafidah marah kerana Muhyiddin lambat umum nak bertanding, lalu Muhyiddin dianggap pentingkan diri. Dia yang awal awal minta lagi sepenggal dan marah marah dengan ura ura Sharizat bakal dicalunkan merebut jawatan Ketua Wanita bukan penting diri.
Rafidah mahukan apa yang disuarakan oleh MT mesti semua jadi `gospel truth' walau pun bercanggah dengan amalan dan peraturan perlembagaan UMNO. Muhyiddin bercakap mengenai perlembagaan jadi `political outcast' dan dipencilkan. Rafidah kata MT putuskan, Ahli MT Dr Latif dan Ketua Penerangan Muhammad Muhd Taib kata MT tidak pernah putuskan. Yang dibicarakan `niat dan dalam hati' Muhyiddin bukan kenyataan beliau mengenai apa yang jadi amalan dan berkisar didalam peraturan dan perlembagaan UMNO. Dalam UMNO, bercakap benar jadi kesalahan. Alahai Mak Cik....

1 comment:
kelaziman UMNO:
bercakap benar dikatakan salah
berbeza pendapat dianggap penderhaka
bijak dan pandai-lebih cepat dicantas
saya sokong-jadi amalan
mengampu-keutamaan
mengata- satu kebiasaan
Post a Comment