Friday, July 4, 2008

Siapa Yang Betul Betul Benar? Najib, Anwar, akhbar, Polis dan Mahkamah???

Apa tengok tengok...hang semua karut...

Dato Seri Najib menafikan apa juga pernyataan didalam Akuan Bersumpah P. Balasubramaniam, penyiasata persendirian Abdul Razak Baginda. Semua nya fitnah kata Najib. Dia pula mempertikaikan kenapa sekarang Anwar `menyerang' semua orang, beliau, Musa Hassan dan Gani Patail.

Anwar juga bercakap dalam nada yang sama. Kenapa sekarang baru ada tuduhan liwat. Kenapa baru sekarang apabila beliau sudah begitu hampir untuk `merampas kuasa' dan bakal mengumumkan tarikh pencalunan untuk bertanding didalam Pilihanraya kecil yang bakal diadakan.

Kedua dua nya dengan tegas menyatakan semua tuduhan dan andaian yang melibatkan kedua dua nya adalah fitnah dan kedua dua nya juga amat yakin dan begitu confident dengan kebenaran berada dipihak mereka. Begitu juga dengan Musa Hassan dan Gani Patail. The truth will prevail, kata mereka!!

Situasi nya nampak mudah. Bagi yang menyokong Najib, sudah tentu semua tuduhan itu fitnah dan satu usaha untuk menjatuhkan Najib diwaktu beliau sudah begitu hampir dengan kerusi Perdana Menteri. Penyokong Anwar juga mendakwa begitu. Anwar juga mendakwa sudah begitu dekat dengan Putrajaya. Penyokong Najib menampilkan kreativiti dan dalil dengan berbagai andaian, cerita dan teori mereka. Penyokong Anwar juga terus berkreatif dengan teori, andaian dan cerita mereka. Kedua dua penyokong punyai kreativiti yang tersendiri dalam uasha untuk mempertahankan ketua mereka. Dalam blog pun macam macam andaian timbul. Boleh baca lah...

Situasi dibawah pula. Hakikatnya, rakyat sudah mual dan meluat. Ada ketikanya rakyat sudah sampai keperingkat meluat dan mual yang terlampau. Meluat yang melampau. Saya sendiri sudah hampir ke arah itu. Percayalah yang meluat, mual dan jelek dengan keadaan ini, adalah lebih ramai jumlah nya dari yang mahu tahu, memberi pendapat dan menyokong/menentang didalam episod ini. Saya duduk dibawah, walau pun ada sedikit sebanyak kenal yang diatas tu, saya tetap mahu mengatakan bahawa dibawah ni terlalu ramai yang meluat, mual dan jelek. dari tokeh gerai Mee Abu ke Tukang Dobi yang saya temui, suara nya sama, tak mau dengar dah, semua karut, kata mereka. Mereka fed up to the highest degree!!!

Saya melanggani Utusan, Barita Harian, Metro, NST dan The Star. Saya jengok jengok juga beberapa majalah antarabangsa seperti Far Eastern Economic Review, Asia Week dll. Kadangkala saya tambah dengan Siasah, Wasilah, Harakah dan lain lain akhbar yang disifatkan sebagai akhbar nyamuk. Pada saya nyamuk pun kalau nyamuk aedes, jangan cari pasal. Denggi boleh membawa maut. Dato Mat Rahmat, bekas Menteri Penerangan ada sejarah sendiri dalam isu akhbar nyamuk ini.

Saya berpegang kepada fahaman bahawa sebarang berita tetap ada unsur unsur yang boleh memberi ilmu waima dari mana sekali pun. Kita sebagai manusia waras, normal dan dengan sedikit ilmu, kita `filter' lah semua berita yang diterima. Buat `self censorship'. Saya sentiasa bersedia untuk tidak menerima semua secara total dan bulat bulat. Bukan apa, sejarah telah banyak membuktikan. Tak payahlah di ulas panjang.

Utusan cara utusan, Berita Harian cara berita harian, Begitu juga Harakah cara harakah, Siasah cara siasah. Kita kena angkuh dengan kedegilan kita untuk terus menghalusi, mengkaji dan menimbang sesuatu perkara dengan penuh tawadhuk. Kena cari banyak sumber kemudian buat perbandingan dari semua aspek. Jangan lompat dulu. Kita tak perlu jadi `tidak cerdik' hanya kerana emosi, situasi, ikatan dan apa jua tafsiran yang kita fikirkan betul. Ilmu ada dimana mana. Kebenaran juga ada dimana mana.

Ada juga yang berpendapat serah saja pada undang undang. Serah saja pada Polis dan Mahkamah. Kita tunggu keputusan siasatan dan keputusan Mahkamah, habis cerita. Tapi ada juga `suara suara parau' yang mendakwa Polis pun ada sejarah tak betul. Polis pun banyak sejarah `intergiti' nya dipertikai. Yang terbukti pun banyak. Jangan cepat cepat nak nafi. Suara suara `parau' ini bercakap pun berpandukan fakta dan sejarah juga. Jangan cepat cepat jangkit dengan sindrom penafian tak tentu hala. Rahim Noor terbukti mengaku salah memukul orang, itu bekas Timbalan perdana Menteri tuan! Banyak contoh yang melibatkan integriti Polis yang jadi pertikaian dan persoalan. Kenaikan pangkat, gelaran dan macam macam lagi. Serah pada Polis pun, orang pertikai jugak. Jangan marah, ada sebab musabab nya orang pertikai tu!

Serah kat undang undang. Makna nya Mahkamah lah tu. Tapi Hakim pun ada dakwaan dilantik ikut cakap Lingam. Ikut cakap Perdana Menteri, ikut cakap Timbalan Menteri. Hakim pun ada yang berani dakwa dia diberi arahan untuk buat keputusan mengikut kehendak manusia tertentu. Hakim pun ada mendakwa bahawa dia diugut untuk membuat keputusan. Pertikaian dan persoalan ini juga disertai dengan dakawaan kenaikan pangkat, gelaran dan kedudukan. Macam biasa pertikaian dan tohamahan ini juga ada basisnya, bukan dakwaan semborono. Mahkamah dan Hakim pun orang pertikai jugak.

Semua nampak betul. Semua nampak macam tak salah. Semua kata tak bersalah. Semua kata fitnah. Semua kata, saya ada bukti. Semua kata dia dianiaya. Ayat yang hampir sama, dikeluarkan dari mulut yang berbeza.

Sebenarnya, hanya yang kena tuduh tahu dia buat ke tidak. Yang buat tuduhan juga hanya yang tahu samada tuduhan dia betul atau fitnah. Hanya diri kita sendiri yang tahu kita buat atau tidak. Hanya diri kita sendiri juga yang tahu kita betul atau salah. Mengaku dan tak mengaku soal lain. Kalau kita percaya ada Allah dan Malaikat, kita tentu kesudahan nya akan terpaksa bercakap benar.


1 comment:

Anonymous said...

Saya setuju. Orang politik la ni memang susah nak dipercaya. Bila agensi Kerajaan yang terlalu rapat dengan orang politik lagi susah nak percaya. Polis apatah lagi. Pegawai Kerajaan lagi berat. Hakim pun ramai yang telah di`makan' oleh orang politik (yang berkuasa la), surat khabar tak payah cakap lah. Ramai wartawan (buayawan) yang gila nak dapat datuk dan dapat kontrak samunan. Ini sudah jadi amalan yang biasa dan kita semua lihat. Jangan nafi la. Yang tahu buat buat tak tahu. Itu saja. Najib Anwar sama saja. Sedikit sebanyak mesti ada buat kerja tak betul. Yang lain lain pun hampir sama. Tutup sebelah mata sudah lama jadi kerja depa ni. Bila orang tuduh, dan dan kata fitnah. Lagi lagi tak ada bukti. Depa lupa Tuhan tahu.

`menyusahkan orang, kecik kecik tak mahu mampus!! (meminjam dislog Director Ahmad Nesfu dalam Seniman Bujang Lapok)