Tuesday, July 1, 2008

Tuduhan Liwat Terhadap DSAI


Isu liwat sudah jadi buah mulut lagi. Ramai yang bercakap dan memberi komen dan ulasan. Saya tidak mahu mengulas panjang. Kes ini melibatkan dua manusia. Anwar Ibrahim dan Mohd Saiful Bukhari Azlan. Dua manusia ini sahaja yang tahu samada tuduhan itu betul atau bukan. Saiful kata Anwar liwat dia. Anwar kata tidak betul dan dia tidak liwat Saiful. Words of two human beings. Saksi mungkin tidak ada. Mana ada orang buat perkara macam itu, bawa saksi. Lain lah dalam kes Chua Soi Lek, ada video kamera. Dia rakam sendiri kah atau orang lain curi curi rakam bukan isu nya. Gambar nya ada. Itu dikira saksi lah, kerana ada bukti gambar. Chua Soi Lek terus letak jawatan. Isu selesai dan fail politik tutup.

Kes Anwar ini lain sikit. Anwar nafi sekeras kerasnya dia liwat budak itu. Budak Saiful ini buat repot Polis. Ini memerlukan siasatan. Anwar pernah didakwa melakukan perbuatan yang sama suatu ketika dulu. Riuh satu kampong. Seanterao dunia pun tumpang riuh. Mana tidak nya Timbalan Perdana Menteri dituduh meliwat. Dalam Islam berat tu. Tuduhan dan penafian yang membawa `consequence' yang sama berat. Kalau betul lagi berat, kalau tak betul pun berat. Itu sebab kita jangan komen tanpa usul periksa. Setakat berita Utusan, Berita harian, NST dan Star, jangan terima lagi. Begitu juga setakat Siasah, Harakah, Wasilah, Malaysiakini pun jangan percaya lagi. Ini cerita melibatkan dosa besar. Yang melakukan nya berdosa, yang menuduh, kalau tidak betul juga berdosa dan yang memanjangkan ceritanya, yang belum tentu sahih, pun mungkin boleh tumpang sekaki dapat dosa. Jangan cari pasal. Jangan jadi hakim lantikan sendiri. Dapat dosa kering tuan. Kedua dua manusia yang terlibat adalah penganut agama Islam. Salah atau betul, kedua dua nya kena jawab diakhirat nanti. Akhirat bukan Palace of Justice di Putrajaya. Akhirat bukan Lembaga Displin UMNO dan bukan Majlis Peguam. Ini di dunia tuan, akhirat lain pula tuan. Jangan lupa.

Saya hanya ingin melontarkan beberapa dalil dan ulasan yang boleh kita sama sama renungi kalau kita perlu sangat ingin membuat keputusan mengiyakan atau pun menidakkan. Kalau lah mungkin kita hendak menumpang sama membuat andaian dan `berdendang sama'. Dalam niat yang jelas, disamping kita berhati hati, kita mesti jangan sampai terlajak atau terbabas kata. Akibatnya kita yang bakal tanggung. Anwar dan Saiful sudah jadi pasal, mana mungkin kita pula tidak semena mena terpalit sama menumpang mengutip `dosa kering'. Penyokong Anwar pun jangan cepat cepat buat tuduhan dan andaian. Ada implikasi dosa dan pahala juga disitu. Penentang Anwar pun jangan juga cepat cepat jatuh hukum dan tulis `verdict' tanpa usul periksa. Itu pun ada kena mengena dengan dosa dan pahala. Tak percaya boleh tanya ustaz. Kita timbang, kita halusi, kita renungi dan kita fikir dalam dalam.

Dalam situasi politik sekarang masih logikkah Anwar melakukan perkara terkutuk itu. Kalau pun benar benar `teringin' atau ketagih, tidak bolehkah dilakukan diluar negara. Keluar negara bukan masalah bagi beliau. Atau ditangguhkan dulu sementara belum benar benar mendapat kuasa. Setelah pernah mengalami pertuduhan yang sama, apakah Anwar tidak berwaspada dan lebih berhati hati, kalau pun sudah menjadi tabii atau habitual (menurut dakwaan setengah pihak) dan `urge' nya terlalu kuat. Apakah Anwar sanggup mengorbankan kuasa yang bakal diraih, yang beliau yakin sudah begitu hampir, dengan hanya `nikmat dan keseronokan' beberapa minit sahaja. Kalau saya, memang saya sanggup postpone dulu `nikmat sementara' untuk mendapat `nikmat lebih besar' yang semakin dekat. Saya rasa ramai setuju dengan saya.

Melihat kepada keghairahan dan kesuntukan waktu untuk berpolitik, dan dengan situasi politik yang penuh dengan kepelbagaian, masih adakah masa dan ketika yang sesuai untuk `mengulangi nikmat' seperti yang didakwa sebelum ini. Bukan kah orang orang seperti Anwar seharusnya sentiasa sedar akan situasi perkembangan politik terkini dan akan lebih berhati hati dan berjaga jaga setiap masa dan ketika. Sudah tentu manusia sematang dan sehebat Anwar, tahu dan amat faham beliau dibayangi `political surveilance' sepanjang masa. Pengalaman masa lampau dan dengan situasi yang hampir sama, sudah pasti menyediakan diri Anwar agar lebih `alert on all occasion and situation' . It would be very naive for Anwar not to realise this situation. And it would be an `idiot' to repeat the same mistakes, knowing pretty well the situation and his past experience'. I am not saying Anwar is an idiot unless he choose to be one!!

Namun demikian apa pun dalil dan hujah nya, hanya Allah yang Maha mengetahui. Ini kata penamat. Bukan Perdana Menteri, bukan Timbalan, bukan Ketua Polis dan bukan Peguam Negara. Itu di dunia tuan. Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz, Husam Musa, Lim Kit Siang, Wan Azizah dan Sivarasa juga bukan penentu. Itu pun semua atas dunia tuan. Allah adalah kata penentu. Anwar dan Saiful kena fikir panjang panjang. Kena ingat lepas hidup kita mati. Itu hukum alam. Yang memberi ulasan pun kena ingat sama. Dato Najib ka, Rais Yatim ke, Syed Hamid ka, Gani Patail ka, semua kena jawab nanti. Jangan syok syok buat kenyataan tanpa ingat hari selepas nyawa kita tercabut. Jangan syok sendiri dengan kata pujian dari penyokong sementara. Kena ingat, tuan tuan semua bukan Chua Soi Lek, bukan Samy Vellu, bukan Ong Ka Ting dan bukan Lim Kit Siang. Tuan tuan ada ketika dan masa lain untuk menyediakan jawapan apabila disoal. Tuan tuan kena jawab soalan soalan lain yang mungkin Soi Lek dan Samy Vellu tidak perlu jawab. Itu nanti bukan soalan perwakilan G7 UMNO, JKKK atau Ketua Bahagian. Itu nanti soalan lain. Umat Islam kena jawab di padang mahsyar nanti. Padang Masyar bukan macam Stadium Bukit Jalil, bukan Dewan PWTC dan bukan Palace of Justice. Padang Mahsyar lain dari itu. Harap harap tuan tuan tidak lupa. Insyaallah.

5 comments:

dinleter said...

Setuju benar dengan pendapat tuan. very interesting malaysian politics, full of colour dan unexpected event.

Regards
DR. SOBRI SUDIN

Anonymous said...

Komen dan cakap cakap depa semua ni, cakap orang politik tuan. Depa mana ingat akhirat punya.

Depa cakap dan ulas semua berasaskan politik suku, politik sokong penyokong dan politik kelompok.

Fahaman politik depa semua mengatasi hukum akhirat adakalanya.

Tok Wan Kuala Kedah

Anonymous said...

Tuan tidak membuat verdict, tetapi sebahagian hujah tuan mengenai 'kurang logiknya' Anwar melakukan semua itu dalam keadaan sekarang adalah bersifat bias dan membuka jalan ke arah logik.

Anonymous said...

Malam tadi TV3 menyiarkan komen Ezam yang cuba membayangkan kearah Anwar berkemungkinan melakukan liwat seperti yang didakwa.
Syed Hamid Albar pula cuba mempermainkan tindakan Anwar sambil ketawa. Ketawa dengan mussibah orang bukan perangai yang baik.

Sharil juga mencuba cuba mencari sebab untuk tidak mempercayai Anwar. Muhyiddin nampak berhati hati. Hishamuddin juga begitu hanya menafikan tuduhan konspirasi.

Rakyat terus mengeluh dengan harga barang dan harga minyak. Mereka yang ada kuasa buat keputusan terus berpolitik.

Ad_ risau said...

Perlukah kita mengulangi sejarah 1998 sekali lagi...penuh dengan sandiwara dan penipuan.......menghabiskan waktu banyak pihak..........sepatutnya pemimpin2 melayu duduk bermuzakarah mengenepikan soal parti dan berbincang tentang nasib orang melayu masa akan datang....

Persaudaraan dan silaturahim sudah tidak ada dalam kamus pemeimpin2 melayu sekarang ini kerana sibuk mengejar kuasa.....