
Dalam rasa tidak percaya dan tidak yakin, 16hb September tetap ditunggu. Hati tak mahu percaya tapi gusarnya tetap ada. Tak yakin tapi tetap gelisah. Tak mahu terima tapi tetap resah. Dalam situasi yang masih tertanya tanya, disudut hati ada juga sedikit rasa 'kot kot jadi'. Dalam kebencian ada juga rasa harapan. Rasa meluat tapi ada juga kesangsian. Tarikh 16 September tetap meghantui ramai orang. Orang politik lagi terasa. Rasa gusar, rasa resah dan rasa gelisah. Yang takut pun ada juga. Itulah situasinya. Jangan nafi. Ramai yang rasa macam tu.
Anwar menabur tarikh. Penantian yang tidak ada ketentuan. Namun hati tetap berdetik dan berdetak. Nak kata karut pun tak juga. Nak kata tak kan jadi pun tak berapa berani..kot kot jadi. Kalau betul niat Anwar nak melihat ramai tak tenang, ramai tak tidur nyenyak..memang dia berjaya. Macam rasa nak terperangkap tapi masih menunggu. Itulah jadinya orang politik dengan kuasa. Kuasa boleh menyebabkan ramai orang syok dan sedap. Tapi kuasa juga boleh membuat ramai orang resah gelisah, tak tidur selesa.
Kalau dikatakan karut semata tak juga. Kelab BBC sampaikan tiba tiba saja nak belajar keluar negara. Tiba tiba MP kita rasa baru nak belajar pasal padi dan pasal ikan. Dengan tak semena mena YB kita jadi teringin sangat nak keluar negara..Lawatan Sambil Belajar. Bulan puasa pulak tu. Prihatin sungguh YB kita tentang pertanian dan perikanan. Jauh pulak nak belajar pasal tani dan pasal ikan tu. Tarikhnya sebelum 16 September jugak mesti ada diluar negara. Bila ditanya..sudah lama dirancang. Memang dah lama ada plan.
Lawatan Sambil Belajar..program yang sungguh sinonim dengan ahli politik yang tak pernah suka belajar dan amat kurang belajar. Dari Johor ke Perlis..itulah ayatnya. Lawatan Sambil Belajar..Pi Jepun tak boleh cakap Jepun..lawatan sambil belajar jugaklah..pi London..I don't understand English..pun lawatan jugak, pi Jerman..cakap Jerman haram sepatah pun faham..ayat lawatan sambil belajar jugak jadi naya. Kesian perkataan belajar..disalahguna oleh ahli politik masakini. TPM pula dah bagi greenlight. Maknanya boleh pi belajarlah tu. Kat mana jangan tanya, mesti jauh punya. Betullah tu, nak belajar mesti jauh. Pepatah ada terpahat..jauh perjalanan banyak pengalaman..eh wah cantik betul ayat tu!!!
Seratus lebih negara kita ada Universiti, sampaikan ada nak bergaduh pasal kuota universiti, sampaikan ada VC yang nak saman menyaman pasal universiti, sampaikan tumbuh macam cendewan hero hero ketuanan Melayu bercakap pasal Universiti, tapi MP kita kena pi jauh jauh sebab nak belajar pasal ikan dan padi. Kat Kedah ni, kalau mai ke Pokok Sena pun tak habis nak belajar pasal padi, kalau pi Kuala Kedah, nak belajar pasal ikan sehari satu malam pun boleh.
Ini kena buat lawatan sambil belajar ke China pulak dah. Masanya mesti sebelum 16 September. Takut betul MP kita dengan tarikh 16 September. PM dah kata tak ada apa apa. TPM pun kata itu semua cerita politik. Tok Temenggong, Tok Bendahara dan hulubalang semua dah kata, jangan percaya dengan cerita politik tu. Itu semua karut marut. Itu semua cerita orang kecewa dan desparado. Tapi kenapa berlawat lawatan pulak ye. Apa hal pulak..main lari lari jauh ni. Tak kan takut kot...
Inilah masalah budaya politik kita yang tidak berhemah dan tidak ada jatidiri. Pemimpin takut dengan bayang bayang yang depa sendiri buat. Depa takut dengan tok pekong yang mereka sendiri reka. Yang berjanji dan dengan yang menagih janji semua menunggu tarikh. Tarikh sudah jadi benda yang ditakuti dan dibimbangi. Dua dua pihak sama. Takutkan tarikh macam takutkan hantu. Tarikh 16 September sudah jadi tarikh berhantu. Yang melontar tarikh pun gelisah dan yang menunggu tarikh pun resah. Tarikh yang membuat ramai tak menentu. Rakyat teramai bagaimana???..Alahai 16 September....suatu tarikh yang ditunggu!!!
2 comments:
Li,
Dulu lagi selum PR12 hang kalau jumpa aku dok cerita pasal kelemahan PM yang dok ada la. Tak ada sapa berani tegur. Hang dulu kerja dengan Lim Kit Siang tak kurang 8 tahun. La ni dekat 16 September 2008 UMNO jadi gelabah. Patutnya dari dulu lagi kena sedar. Tapi ramai orang buat lembu kenyang saja. Ego semacam. Rakyat lepas harga minyak melambung dan pengaruhi harga barang. Cikgu Shaari (P Ramlee) dalam Masam2 Manis marah kat bini dia Norkiah (Sharifah Hanim) tu pasai 'bercakap bohong @ dusta'. PM boleh jadi tak tengok dan ambil iktibar dari situ sebab dia kuat tidur. Kalau dia tengok filem tu di tv barangkali tv yang tengok dia. Faham-fahamlah. PM berbohong @ dusta seingat aku sekurang-kurang dah dua kali. Mula-mula mengenai tarikh pembubaran parlimen dan kali kedua ialah mengenai kenaikan harga minyak. Aku rasalah alasan MP BN yang nak pi buat lawatan sambil belajar tu tak ada orang nak percaya sebab pendustaan dah jadi budaya BN pada alaf baru ni. Salam.
HP: 019-4177317
http://wira15.wordpress.com
salam..
16 september, agar sukar dalam satu hari tercatat dua peristiwa besar Negara..Umum sedia ketahui 16 september merupakan tarikh wujudnya Malaysia, mustahil dalam tarikh yang sama tercatat satu lagi sejarah Negara dan ini juga tidak bermakna PKR akan gagal dan pintu tertutup untuk YAB Dato Seri Anuar Ibrahim.
Post a Comment