Sunday, September 14, 2008

Adakah Pelan Perlihan Kuasa Menepati Hasrat Majoriti?

Diperturunkan pantun Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin untuk tatapan semua...


Dalam membicarakan isu peralihan kuasa berbagai pendapat dan kenyataan kita lihat dan dengar. Muhyiddin sudah jelas dan terang. Tidak perlu bersuluh lagi. Dia cakap bahawa baku yang amat senang difahami. Dato Najib nampak sudak memberikan tanda tanda dan body language yang yang dilihat menjurus kearah yang sama. Cuma lenggok bahasanya saja masih nampak macam tak berapa nak masuk gear lagi. Tapi orang UMNO faham kot...

Datuk Ali Rustam, seorang lagi Naib Presiden pun nampak anginnya sudah berbeza. Dia dilihat sudah akur dengan cakap cakap kawan kawan dan ahli terbanyak. Khaled Nordin juga menjurus kesitu cuma kerana mungkin kerana masih kurang selesa untuk terus dilihat mempersetujui apa yang dikatakan oleh Muhyiddin, Khaled nampak masih main bahasa lagi. Beberapa orang pemimpin UMNO dari Perak, nampak tidak perlu read between the lines lagi. Nampak jelas siapa yang bakal dicalunkan oleh Bahagian Kampar, misalnya.

Cuma yang masih terus marah marah Rafidah Aziz. Dia nampak macam ada sesuatu yang terpendam terhadap Muhyiddin setelah MITTI tidak diserahkan kepada Rafidah lagi. Rafidah bangkitkan soal keperluannya bangkit sesuatu isu didalam mesyuarat. Dia lupa bahawa dia juga telah beberepa insiden menempelak pemimpin yang dia tidak suka secara terbuka. Double standard nampak Mak Cik kita ni. Memang eloklah Rafidah tak berapa suka orang bangkitkan isu transisi ni kerana dia pun buat pelan semacam. Cuma pelan dia lagi teruk dari pelan Pak Lah dan Najib. Pelan peralihan kuasa Rafidah hanya akan memberikan kuasa pemangku kepada Shahrizat Jalil selama beberapa tahun.

MB dari Rombau, Mohd Hassan nampak marah dan sakit hati. Nak tergelak pula dengar cakap kawan seorang ni. Marah betul dia. Tak payah komenlah, kita fahamlah tu. Bekas tokeh Mercedes memang kena cakap macam itu. Orang berniaga lah katakan....Hanya Zaid Ibrahim, calun Ketua UMNO bahagian tak cukup korum saja yang cakap ikut law. Kalau Muhyiddin dah suka Pak Lah..letak jawatan, kata Zaid. Kalau tidak Pak Lah boleh pecat Muhyiddin. Amboi senang betul dia buat keputusan. Macam magistret buat keputusan nak tukar charge dari 302 ke 301 pulak dah. Eh..eh..macam pernah dengar pula cakap cakap macam tu.

Saya rasa yang paling betul kita tunggu mesyuarat bahagian bahagian lah. Kita tengok samada betul atau tidak Muhyiddin kata ahli ahli dibawah sudah lama resah. Masyarakat apatah lagi. Nak tunggu pilihanraya kot kot terbalik lagi. Tak dan tunggu dah kot..Kena tengok dibawah ini. Apa depa kata, apa pendapat depa dan apa yang depa mahu. Jangan ikut cakap cakap penjawat jawatan semata mata. Kena tapis habis habis. Jangan dengar cakap cakap kat coffee house saja, kena jengok jengok kat kopitiam jugak. Jangan dengar cakap cakap kat sekitar Putrajaya aje, kena telek telek cakap cakap kat Masjid kat kampong kampong.

Saya dah lama nampak dan rasa. Hanya tempat nak mengadu dan menyampaikan berita tak kena dan orang tak mahu dengar. Bagi saya senang, tak mahu dengar sudah..kita buat kerja lain. Biarkan siluncai terjun dengan bushjacketnya!!!

6 comments:

Anonymous said...

salam.. sepatutnya Pak Lah sebagai Presiden Parti mempertahankan Konsep Demokrasi.. dia kena bagi ruang pd ahli utk mebuat pemilihan tanpa dipengaruhi sesiapa. Tak kan Pak lah panik kot dia nak jd Leader mesti ada self-confidence.Benarkan ahli membuat pencalonan. Kalau Pak Lah baguih dan diperlukan Rakyat akan menangis tak mau dia berundoq. Tentang peralihan kuasa ni.. Bila Pak Lah mula langkah tak leh nak salahkan kak Dah. Kepimpinan melalui tauladan.. dah ketam ajaq anak berjalan senget Tentulah anak-anak alan tak betoii.. Lepas ni nanti Sindrom Peralihan Kuasa akan berjangkit kpd Jawatan Ketua bahagian dan Ketua Cawangan.
Acuan UMNO koi lama koi teruk melalut dah tak dak vission majukan bangsa pakat-pakat jaga poket sendiri
P*R: dah tau acuan confirm kuih jadi lagu tu.. abg ramli pun tok sah dok kalut atoq peralihan kuasa di bahagian nun.. relax la nak berebut apa UMNO dah tak dak Value

Anonymous said...

saya hairan bebenor.....apalah susahnya untuk ahli2 parti UMNO kita ni berfikiran terbuka dan menerima dengan penuh positif buah fikiran orang lain..Apatah lagi buah fikiran dari Ahli yang memegang jawatan Naib Presiden bukan calang2 orang.

Kita orang melayu ni dari dulu cepat benor melatah...Henti2 kan lah yeop.

teman ingin benor nak tengok pemimpin2 UMNO berubah menjadi seorang ahli politik yang benar2 berwibawa termasuk menjadi seorang yang gentlemen dan professional.

asalbayu said...

Dalam keadaan yang kian kacau ini macam-macam hal dah berlaku. Wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden UMNO selepas PRU12 nampak tak menggembirakan. Tak ceria langsung. Itu pertanda 'stress' atau tekanan; penyakit zaman moden. Secara tidak langsung, ia menggambarkan keresahan di jiwanya dan barangkali dia tak lena tidur barangkali selera terhadap Jeane yang terbungkin di sebelah pun hilang. Baru-baru ini dia mengatakan rakyat resah. Tapi rata-rata rakyat menyatakan sebenarnya dia dan kuncu-kuncunyalah yang resah. Penahanan individu yang dikatakan boleh mengganggu ketenteraman awam dikecam oleh berbagai pihak. Secara tidak langsung ia menggambarkan keadaan terdesak kerajaan kebelakangan ini. Ia bertepatan dengan sebuah ungkapan pantun :

Melukut tepi gantang,
buka sanggul cari kutu;
bila takut akal pun hilang,
tunggul disangka hantu.

Shamsul Nizam (SAM) said...

Salam hormat...

Majoriti yang dimaksudkan ini adalah penjawat jawatan di peringkat bahagian sahaja. Yang tiada jawatan di peringkat lain tidak termasuk di dalam kategori majoriti yang dimaksudkan.

Kalau sistem kuota dihapuskan & sistem pemilihan mengikut undi macam pilihanraya negara, nescaya awal lagi Imam Besar Islam Ada Had Ada Hari dan Sidang Wazirnya kena terajang dengan ahi um-NO yg dok di bawah-bawah ni. But this would happen in my drean only, I know that... No need to tell me!!!

Cawangan2 um-NO pun ditubuhkan oleh mereka-mereka yang berkepentingan. Cuba tanya berapa ramai ahli um-NO peringkat cawangan yang membayar yuran keahlian kalau bukan dibayar oleh ketua cawangan mereka. Tang situ kita dah nampak betapa ikhlasnya pemimpin sekarang.

Bukan apa, nak bagi elokkk...

-SANG TUBA-

p/s: jadi ahli um-NO tapi hingga sekarang satu sen pun tak keluar duit yuran tapi layak sebagai ahli berbayar. Lantak pi lah... meetign pun tak pernah pi, hahahahaha....

Anonymous said...

The King and his new dress, satu cerita mengisahkan bagaimana seorang raja yang sombong bodoh ditipu oleh tukang jahit yang siraja sedang memperagakan sepersalinan pakaian yang amat indah sedangkan sebenar nya si raja berjalan diluar kota tanpa seurat benang pun. Rakyat jelata yang faham dan takut akan perangai angkuh raja, memuji muji pakaian si raja yang sebenar nya sedang telanjang bulat. Hakikat sebenar hanya di sedari apabila seorang anak kecil yang dipimpin ibu nya berteriak nyaring menyatakan bahawa si raja sedang telanjang bulat (begitulah lebih kurang cerita nya). Ye lah, budak budak tau apa. Menipu tak pandai dan kepentingan tiada. Apa yang dia nampak, itulah yang dia kata.Kita macam mana? nak tunggu budak kecik suara nyaring juga kah?

dinleter said...

abang ramli-straight to the point "Rakyat sudah fed-up dengan Pak Lah anak dan menantu. Punca utama semua masalah dan liabiliti kepada parti, kerajaan, BN dan rakyat.

Kepimpinan lemah parti goyah, UMNO goyah BN bertelingkah, rakyat gundah, ekonomi tak tentu arah,akhirnya rakyat jadi seperti....