Wednesday, September 10, 2008

Dato Ahmad Ismail digantung 3 tahun!!!



Sah, kerana mendakwa orang Cina sebagai pendatang, Ahmad Ismail, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera telah digantung keahliannya selama tiga tahun. Keputusan dibuat didalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada hari ini. Majlis Tertinggi menyifatkan yindakan Admad Ismail sebagai `stroking racial harmony' atau lebih kurang menimbulkan ketegangan diantara kaum. The verdict has been pronounced.

Dato Ahmad Ismail masih tetap dengan pendirian tidak bersalahnya. He is still very much in defiance, and maybe tougher and with more associates and supporters. Sementara Dr Koh Tsu Koon, Pemangku Presiden Gerakan pula mahukan polis pula bertindak terhadap Ahmad Ismail. Tsu Koon dilihat sebagai diantara penyebab Ahmad Ismail 'outburst' mengenai isu pendatang tersebut. Dia dilihat begitu `gigih' untuk melihat Ahmad Ismail dihukum, dan MT pula `merestui kegigihan' Kok Tsu Koon dalam isu ini.

Secara rambang, saya melihat tindakan terhadap Ahmad Ismail bukan penyelesai masalah. Dari ramai yang sempat ditanya dan dikorek pendapat mereka, ramai yang tidak setuju dengan tindakan MT tersebut. Tidak ada jaminan yang tidak akan muncul beberapa Ahmad Ismail lagi. Menghukum bukan `membunuh' isu yang sudah menjadi bahan bualan dan bahan percakapan.

Masalah yang ada dihadapan kita adalah kefahaman dan penerimaan kefahaman itu. Orang Melayu dan orang bukan Melayu mesti menerima yang termaktub dan telah menjadi helaian buku sejarah. Ketidakpuasan hati orang bukan Melayu mesti berpandukan kepada apa yang telah termaktub. Jangan dicari cari huraian yang jelas boleh menyebabkan ketidakpuasan hati orang orang Melayu pula. Jangan mencuba cuba mencari ayat ayat yang sengaja mahu dilihat longgar atau sengaja mahu dilihat longgar. Jangan pula sengaja mencari helaian lipatan sejarah yang memungkinkan tafsiran dan definasinya nanti disalahertikan.

Suara suara dan tindakan kita mesti berpaksikan semangat nasionalisma yang tinggi dan keluhuran kefahaman itu sendiri. Tersilap langkah dan terlupa sejarah akan memudharatkan kita. Akibatnya bukan baik untuk semua, Melayu dan bukan Melayu. Itu pun kalau kita sayangkan generasi dan negara kita.

Ahmad Ismail bukan isunya. Begitu juga Koh Tsu Koon. Isunya adalah kefahaman untuk menerima dan penerimaan terhadap kefahaman tersebut. Ia tidak akan boleh dihentikan semata mata dengan hukuman tiga tahun terhadap Ketua UMNO Bukit Bendera itu. Percayalah, ia tidak akan berhenti disitu. Sejarah tidak boleh diubah ubah. Semangat sejarah mungkin boleh diterokai praktis dan amalannya. Sifat dan hakikatnya tidak boleh. Apa pun pegangan dan anutan politik kita, jangan cuba bermain dengan huraian dan tafsiran sejarah yang memungkinkan kita dilihat sebagai mencari kepentingan yang bersifat sementara.

Namun demikian, kita tidak dapat tidak terpaksa melihat isu ini sebagai kayu pengukur daya kemampuan dan keupayaan kepimpinan negara menguruskannya. Kepimpinan negara mesti mampu untuk menghurai, mentafsir dan seterusnya menangani isu seperti ini. Ia tetap akan `menghantui' fikiran dan naluri hati setiap rakyat negara jika penyelesaiannya dilihat tidak menjurus kepada penyelesaian. Ia akan terus menerus menghantui kita walau pun seorang Ahmad Ismail telah dihukum selama tiga tahun dari menjadi ahli UMNO. Sebaliknya kalau tersilap perhitungan ianya memungkinkan kita menjurus kepada keadaan lebih parah dan stroking a national harmony. Kepimpinan yang berkesan mesti mampu untuk menutup kes seperti ini dengan 'stroke of understanding, acceptance, rationalism, commitment and sincerity'. It has to be a stroke once and for all!!!

2 comments:

Anonymous said...

Salam...saya tidak pandai mentafsir politik,hanya sekadar pandangan cetek.,

Isu Dato Ahmad Ismail yang digantung oleh UMNO 3th, di katakan menguluarkan kenyataan berbaul perkauman..
Sebernarnya kalau kita kembali kepada sejah dan asas kerjasama bermula dari sejak penubuhan BN(Perikatan) presiden mca ketika itu telah pun dengan jelas menerima pakatan perikatan antara tunku(UMNO) dan prasiden MCA bahkan MIC juga(contoh apabila MCA di terima bersama perikatan MCA berjanji bantu dari sudut ekonomi orang melayu antaranya sekolah makanikal yang pertama mara adalah sumbangan MCA)..sudah tentu lah termaktub dalam pakatan tersebut asas-asas kerjasama antara kaum..tetapi kenapa setelah 50th apabila Negara makin maju dan terus mengorak langkah ke hadapan ada lagi suara sumbang yang masih nak perkatakan tentang perkauman yang cuba mengambarkan bahawa isu perkauman yang dicetuskan boleh dengan sekelip mata menghancurkan Malaysia dan media pula digembar gemburkan dengan berbagai kenyataan dari pengamal politik terutamanya di musim pertandinagan ini...
Apakah Masyarakat Malaysia sudah lupa pristiwa 13 mei yang mengorbankan 189 dan mencederakan 178..sebagai rakyat Malaysia tidak kira apa bangsa baik melayu,cina,india sudah tentulah tidak mahukan peritiwa 13 mei berlaku lagi dalam konteks Malaysia hari ini..Sepanjang isu Dato Ahmad di media tidak ada pun orang-orang(rakyat) cina yang bangkit menentang secara keras..tetapi yang menentang hanya pengamal-pengamal politik UMNO dan MCA, GERAKAN ada sikit cuit DAP..ini yang bercakap pengamal politik bukan rakyat atau masyarakat cina..
Apabila pengamal politik atas juga terpaksa bercakap secara tidak langsung keluar pula cakap-cakap dari pasukan keselamatan pula polis dan tentera memberi amaran berdasarkan kenyataan yang dihangatkan oleh pengamal politik tadi..
Ada pula yang berkata rakyat yang salah memilih mereka dalam proses demokrasi..betul..tetapi kalau beterusan kita memilih pengamal politik yang begini sudah tentu 50th kehadapan Negara kita akan hancur..ada pula yang kata siapa yang layak jadi pemimpin selain yang ada hari ini...mudah sahaja.. setiap pemimpin tertakluk krpada perlembagaan,.yang terkandung di situ hak dan batas-batasnya..kalau selama ini pengamal politik yang memerintah tidak lari dari perlembagaan rasanya orang melayu orang cina dan india tidak ada masalah..(contoh perlantikan Ahli majlis Kerajaan tempatan)ikut perlembagaan asal dipilih oleh rakyat tetapi pengamal politik tak buat, dia bagi pengamal politik juga tentukan(nanti dulu aku tentukan nanti kita bincang aku balik ni)...inilah..
Apa pun kalau pengamal politik kita ikut landasan perlembagaan dengan telus kita dapat hidup dengan aman...
Segala punca apa yang berlaku kalau dikaji secara halusi ianya mesti berpunca dari pengamal pollitik sama ada pembankang x kerajaan x pembangkang..

Oleh itu, kita rakyat malaysia harus mengambil tanggungjawab untuk memastikan pengamal politik yang akan datang benar-benar profesional dan penuh dengan ilmu bukan penuh dengan gimik pelancaran dan omong-omong kosong..

Anonymous said...

Malaysia boleh! Tak tahu nak komen apa lagi.