Beberapa akhbar perdana menyiarkan gambar beratus ratus orang fakir miskin, ibu tunggal, orang kurang upaya dan anak anak yatim berasak asak dan berebut menerima bantuan sempena Hari Raya Aidil Fitri ini. Di Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang jumlah penerima bantuan bersesak sesak amat jelas. Situasi ini hanya akan dapat kita lihat apabila pemimpin membuat majlis penyerahan bantuan dan dilaporkan oleh media. Itu pun kerana pemimpin datang dan hadir untuk menyampaikan bantuan. Kita baru nampak bahawa begitu ramai rakyat kita susah dan daif, walaupun kita sudah lama tahu hakikat sebenar. Rakyat susah hanya akan kita tahu apabila pemimpin menjengok datang bersama media.
TV3 pula saban minggu menyiarkan rencana bergambar BersamaMu. TV9 dengan dengan program Singgah Sahur kerumah rumah anak yatim, rumah orang orang tua dan orang kurang upaya. Masih ramai juga jumlahnya anak anak yatim yang kurang terbela, orang kurang upaya kurang mendapat perhatian dan ibu tunggal yang benar benar tertinggal. Pemimpin hanya akan menjengok apabila kamera TV dan jurugambar akhbar hadir bersama. Sikap prihatin pemimpin hanya lahir apabila gambar mereka dimasukkan kedalam akhbar dan dirakam oleh media elektronik. Pemimpin akan jadi pembela orang susah apabila media cetak dan elektronik membongkarkan isu isu kemiskinan dan kesusahan mereka. Mereka akan jadi tokoh prihatin kepada kesempitan rakyat. Ianya sudah jadi rutin. Itu pun hanya jadi amalan menjelang Hari Raya atau bulan Ramadhan.
Menjelang Deepavalli barulah pemimpin kaum India tahu dan sedar bahawa masih ramai rakyat keturunan India makan sekali sehari. Masih ramai dari kalangan kaum India yang tinggal . beratapkan langit dan berlantaikan bumi. Menjelang Kong Hee Fatt Choy barulah tokoh tokoh dan pemimpin kaum Cina nampak prihatin akan masalah kesusahan orang Cina. Masih ramai kaum Cina yang mengutip kertas dan botol untuk mencari rezeki. Masih ramai hidup kais pagi makan malam. Masih ada rakyat makan pisang rebus dan siput babi. Itulah situasi sebenar dinegara tercinta ini. Pemimpin tidak tahu keadaan sebenar. Mereka leka dan mendapat cerita yang baik baik belaka. Dan memang itu pun yang mereka mahu tahu...cerita dan gambaran yang baik baik belaka. Pemimpin terlalu sibuk dengan putaran kuasa, tafsiran meluas, melebar dan mengekalkan kuasa.
Yang sering dihebahkan negara kita makmur dan harmoni. Yang sering dijerit jeritkan Malaysia aman damai dan rakyatnya hidup aman dengan selesa. Seorang Menteri pula pernah berkata..rakyat negara kita makan cukup dan tidak ada yang kebuluran. Bercanggah dengan kenyataan ramai bahawa masih ada rakyat yang miskin tegar. Itulah perangai buruk pemimpin bila sudah berada ditempat tinggi yang menyebabkan dia lupa daratan dan lupa diri. Apakah kenyataan itu bertepatan dengan situasi yang sebenar..sendiri fikirlah. Kenyataan yang penuh dengan kepura puraan untuk mengekalkan kuasa.
Sudah jadi lumrah pemimpin hanya mahu dengar yang baik baik sahaja. Dalam politik lagi amat ketara. Pemimpin masih ramai yang mengidap penyakit sindrom penafian yang amat tebal. Sindrom bisu dengan kebenaran dan sindrom penafian untuk menyedapkan hati ketua lantas akan lebih lama dipercayai oleh ketua. Bila ketua suka, dia terus jadi kebal kuasa. Dia akan terus mendapat tempat dan terus dapat keistimewaan yang dianugerahkan oleh ketua. Itulah yang diamalkan dalam semua aspek kehidupan kepimpinan mereka. Nak hidup..orang lain biar mati.
Kalau ada suara suara sumbang dan tidak senada dengan ketua, dialah yang paling lantang bercakap pasal sistem, budaya dan amalan. Yang sebenarnya dia bercakap pasal amalan dan budaya dia untuk terus hidup senang lenang dengan kuasa yang diberikan. Kuncu kuncu dan kaki balaci dia akan terus mememberi hujah ringan dan hujah bodoh untuk menjustifikasikan keadaan. Balaci yang dibayar upah akan menjadi galang ganti untuk mencabar sesiapa juga yang bakal dilihat mencabar kedudukan ketua yang mereka yang mahukan terus berkuasa. Dalil dan sebab akan dicarigali setiap penjuru hari.
Saya secara ikhlas, sebenarnya sudah hilang sedih apabila melihat kesempitan rakyat, dan kesusahan masyarakat. Saya sudah hilang rasa kesihan kepada ibu tunggal, anak anak yatim dan orang orang kurang upaya. Bukan saya tidak ada perasaan sedih dan tidak ada perasaan belas, saya sebenarnya sudah lama benci dan meluat dengan situasi kepura puraan ini. Apabila melihat anak yatim yang tidak terbela, perasaan marah dan benci kepada pemimpin yang seharusnya bertanggung jawab menjadi meluap luap. Apabila menonton TV3 BersamaMu, kebencian saya kepada pemimpin yang bercakap lain buat lain semakin menjadi jadi. Saya jadi marah dan benci dengan apa yang berlaku yang sepatutnya tidak berlaku, kalau yang bertanggungjawab melakukan apa yang dipertanggung jawabkan. Kebencian yang melampau dan rasa meluat yang semakin meninggi.
Dan apabila melihat program pemimpin masuk kampong untuk publisiti murahan, saya jadi histeria dengan kemeluatan dan kebencian. Saya sedar ianya amat artificial dan tidak tulen. Saya tahu itu bukan caranya dan itu bukan apa yang seharusnya dilakukan. Saya juga amat tahu itu hanyalah tektik murahan dan kepura puraan yang amat menebal. Rakyat dikampong disogokkan dengan aturcara keprihatinan kepimpinan, walau pun sebenarnya ia hanya satu lakonan politik sementara. Ia hanya tidak lebih dari strategi kepimpinan masakini. Semakin sakit hati melihat adegan adegan tidak original yang dipaparkan. Pemimpin mahukan gambar dirakam hanya kerana menderma RM50 kepada pesakit dihospital, sedangkan ramai yang melakukan lebih dari itu tanpa direkod dan dirakam.
Keperitan dan kesusahan rakyat bukan masalah kontemporari. Ia adalah masalah berterusan dan dengan komitmen yang juga berterusan. Kesempitan hidup rakyat bukan masalah sempena Ramadhan atau pun menjelang Aidilfitri. Ianya masalah harian dan masalah kehidupan itu sendiri. Masalah rakyat bukan hanya untuk dipaparkan didada dada akhbar dan dimuka TV, tetapi ianya mesti diselesaikan sebagai tanggung jawab. Masalah rakyat mesti ditangani dengan penuh tanggung jawab dan dengan keikhlasan sebagai manusia. Apatah lagi apabila kita diamanahkan untuk menanganinya. Ianya bukan hanya akan dilakukan apabila ianya menjadi tuntutan politik sempit dan sikap kepura puraan yang amat menonjol. Ianya adalah tuntutan sosial yang mesti dilaksanakan dengan amanah dan tanggung jawab. Sudah sudahlah dengan lakonan yang sudah basi tu...
Monday, September 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Salam hormat...
Saya pun macam Abg Ramli jugak, dah hilang perasaan kesihan & sedih melihatkan anak-anak yatim, orang susah dan yang kurang upaya. Hilang umpama air mata yg kekeringan, sedih macam mana pun pasti tidak mengalir keluar air mata ini.
Sakit hati bilamana anak-anak yatim & org susah dikumpulkan di suatu majlis dan di"kepung" macam PATI yang ditahan. Berbaris panjang utk menerima $$ yang tidak seberapa. Dijamu dengan juadah yang sub-standard berbanding VIP. Dah tu, guna paper plate saja.
Malas sangatkah rakyat terutama bangsa meLAYU untuk berfikir sejenak betapa penipunya menteri-menteri yg menyatakan Malaysia sebenarnya makmur?
Tak berhati perut sangatkah mereka hingga sanggup mempergunakan anak-anak yatim & golongan susah demi publisiti mereka.
Hilang akalkah pemberita kita untuk tidak menceritakan keadaan sebenarnya kemakmuran Malaysia.
Malah banyak persoalan yang hanya akan menyebabkan saya hilang pahala puasa kerana makian terhadap mereka.
Saya sependapat dengan posting Abg Ramli ni.
Bukan apa, nak bagi elokkk...
-SANG TUBA-
p/s: Pentadbiran Malaysia dah terbalik sebab tu kita nampak bendera pun terbalik...
Begitulah kemakmuran yang dijerit-jeritkan oleh kalangan pemimpin setelah lebih 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. Sering juga mereka menepuk dada mengatakan negara ini makmur sehingga pendatang asing sanggup bergadai nyawa untuk datang mencari nafkah di Malaysia yang diheboh-hebohkan makmur itu. Yang melucukan baru-baru ini Ketua Menteri Melaka, Mohamad Ali Rustam juga bercakap bahawa di PP banyak warga yang daif! Sebenarnya di Lembah Kelang sejak lama dulu lagi berlambak-lambak dengan stinggan. Saya juga dalam tahun 1970-an sewaktu mula-mula bekerja dulu duduk di kampung stinggan. Tak usah siapa dabik dadalah. Masyarakat stinggan sebenarnya masih wujud dan sejumlah besarnya adalah MELAYU YANG KONONNYA HENDAK DIBELA!
Salam Aidil Fitri. Kalau free jenguk http://asalbayu.blogspot.com
Kita serupa sebenarnya sang tuba dan asalbayu, amat sedih memikirkan kerana kita juga amat kurang berupaya untuk melakukan sesuatu.
Namun demikian sekurang kurangnya kita amat sedar akan keadaan dan punyai niat suci untuk lakukanlah apa yang termampu.
Gembira melihat saudara Halim (asalbayu) sudah sehat dan menulis semula dan saya doakan saudara sehat selalu.
Salam dan selamat berpuasa...
Setuju sangat dengan sudut pandangan saudara....
Hipokrit adalah sebahagian dari sifat pemimpin politik masakini. Lebih jijik kerana mengambil kesempatan dari kesusahan dan penderitaan orang lain bagi faedah diri sendiri.
Lebih teruk, ketika beramal ibadat, membuat kebajikan sambil menonjol tanpa keikhlasan dan penuh dengan riak. Di depan rakyat, di depan kamera pijak semut pun tak mati, penuh dengan ketertiban, perihatin dan kesopanan. Di Kuala Lumpur, di luar negara, perangai lebih dari syaitan.
Begitulah politikus di Malaysia masakini..Salam dan selamat berpuasa.
Pemimpin sapa tu bang lee, pemimpin kita jugak dok bagi 50 ringgit kat spital tu, heheheheh
Sdra Ramli CNN...
Saya sangat2 bersetuju dengan pandangan Sdra mengenai majlis sampaikan bantuan...yang tak pernah nampak macam ikhlas...contoh terbaik ialah, perhatikan bahawa hanya apabila Ramadhan baru sahaja anak yatim dan warga emas diraikan...sebelum dan selepas Ramadhan sapa peduli mereka? Sapa ambik kisah pasai depa?
Satu lagi contoh ketara ialah apabila bantuan diserahkan si pemberi tidak pernah tengok muka di penerima sebaliknya si pemberi akan sentiasa memandang kamera...apa maknanya?
Pasai layanan anak yatim memang dah jemu dan meluat kita tengok sikap yang kononnya "prihatin" seperti kata Sang Tuba...buat golongan2 istimewa tu macam merchandise saja...
Sebelum terlambat saya ingin mengucapkan setinggit-tinggi tahniah kepada Sdra kerana (laporan) memenangi jawatan timbalan ketua umno bahagian pokok sena...Sdra memang layak sebab dah lama sangat jadi orang kuat buat kerja siang malam....masanya sampai la naik setakuk kan? Tahniah, ada juga kawan2 rapat saya yang memegang jawatan setinggi itu....
Saya masih ahli bahagian kuala kedah, daripada dulu nak sangat pindah ke pokok sena dan kita pernah bercakap pasai perkara ni...mungkin selepas perhimpunan adalah masa yang sesuai dengan peralihan itu...macam mana? bolehkah orang pokok sena terima saya? he he....bang mad sudin tak dak masalah kot?
Salam dari Mergong...zukri valenteno
Saudara ZV, mengkuang, sang tuba, asalbayu, anom 11.16 dan sahabat sahabat.
Saya relate cerita semacam ii sebenarnya atas pengalaman saya. Saya amat sedih dengan perwatakan pemimpin yang keprihatinan mereka begitu ketara amat ceremonial concious, kepura puraan dan kurang originality.
Saya bergaul dan tahu amat ramai pekerja sosial dari kalangan profesional dan bukan profesional yang begitu committed dengan welfare manusia sejagat tanpa disedari akan kewujudan mereka dinegara ini.
Kita terlalu sibuk dengan apa yang hanya berkeliaran didalam dapur koridor kuasa kita sahaja hingga kita terlupa yang benar benar melakukan amal kebajikan tanpa mengenal keturunan, kepercayaan dan alignment politik diluar jendela kita.
Post a Comment