
Satu kajian yang dibuat oleh majalah pelancungan, The Expat dari 200 orang luar dari 30 negara meletakkan Malaysia sebagai yang paling buruk dari segi kualiti, layanan, kekerapan khidmat dan kemahiran perkhidmatan dari 23 negara. Seorang pengurus operasi sebuah syarikat perkhidmatan teksi dari Dubai pula mendakwa bahawa dibandingkan dengan negara Thailand dan Indonesia perkhidmatan teksi mereka lebih baik dan dengan pemandu yang lebih bersopan.
Sebenarnya isu ini sudah lama dan telah menjadi virus yang sudah menjadi perosak sektor pelancungan dinegara ini. Perkhidmatan teksi dinegara kita memang rendah mutunya. Pemandu teksi kebanyakan dari kalangan yang kurang ditekankan dari aspek berbudi bahasa, kemesraan dan ilmu sebagai orang pertama ditemui pelancung. Mereka adalah watak frontline negara. Kalau buruk perangai dan tingkahlaku mereka, akan buruk tanggapan awal terhadap negara.
Di Indonesia, perkataaan terima kasih pak..mau kemana pak...selamat sore pak..bermain dimulut setiap pemandu teksi mahu pun petugas diperhentian teksi samada di Lapangan Terbang atau di perhentian bas. Budaya berbudi bahasa dan kemesraan di Indonesia amat jauh bezanya dengan kita. Di Thailand juga begitu..budi bahasa mereka amat ketara.
Di Malaysia pegawai kastam, imigresen dan petugas di Lapangan Terbang dilihat terlalu kedekut dengan senyum. Perkataan terima kasih cukup asing bagi mereka. Mereka suka dilihat sebagai orang ada authority, cakap dan pertanyaaan mereka lebih bersifat menunjuk kuasa. Lagak mereka macam Guru Besar bertemu dengan murid sekolah yang lewat kekelas. Muka dan perwatakan mereka hanya mahu menjatuhkan hukuman. Dia lupa kerja dia disitu wujud kerana orang yang datang dan menggunakan perkhidmatan jabatan itu dari pelusuk dunia kenegara ini.
Perkhidmatan teksi negara ini juga telah lama dirosakkan dengan perangai tidak bertanggung jawab pemandu teksi yang suka menipu penumpang. Dari KL Central, KLCC, Lapangan Terbang dan dimana mana hentian teksi, akan ada beberapa pemandu teksi yang suka mengambil kesempatan terutama kepada pelancung luar negara. Mereka memilih destinasi tertentu dan menolak permintaan penumpang dengan berbagai alasan. Pelancung ditipu sewenang wenangnya. Pengguna yang terdesak selalu menjadi mangsa. Mereka tidak ada rasa tanggung jawab terhadap kerjaya dan sektor tempat mereka mencari rezeki.
Pemandu jenis ini hanya perlu ditarik balik permitnya dan jangan dilayan rayuannya selagi dia tidak berubah. Saya suka melihat manusia manusia jenis ini yang tidak bertanggung jawab dan pentingkan diri sendiri diambil tindakan. Mereka harus diberi pengajaran yang setimpal. Pastikan mereka bertanggung jawab terhadap apa yang mereka lakukan.
Anehnya manusia jenis juga yang paling cepat memberontak kalau mereka sendiri menerima layanan yang sama. Merekalah yang paling cepat melompat marah dan melenting kalau terjadi kepada diri dan keluarga mereka sendiri. Pemandu atau pengusaha teksi dari jenis yang suka menipu ini akan marah jika dia diperlakukan sedemikian ditempat atau dinegara lain.
Masalah ini sebenarnya boleh ditangani jika badan penguatkuasaan kita dapat bertindak dengan lebih bertanggung jawab dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Tindakan penguatkuasaan mesti dilakukan secara berterusan. Pemandu dan pengusaha teksi jenis ini harus di diambil tindakan mengikut peruntukan undang undang yang sedia ada. Mereka mesti dipertanggungjawabkan terhadap situasi yang boleh menggugat sektor pelancungan dan merosakkan nama negara. Sudah sampai masanya kita bertegas didalam menangani isu ini.
1 comment:
Salam hormat...
Pandangan saya sangat mudah tanpa prejudice.
Mana-mana menteri di Malaysia akan hanya mengambil berat sesuatu yang dapat memperkayakan diri, keluarga & kroni menggunakan peruntukan kementeriannya.
Kalau ada sebarang masalah berkaitan kementeriannya, mereka as far as possible akan cuba pass the bulk to others.
Menteri kita bukannya cerdik hanya mendapat nasihat dari kakitangan kementeriannya yg jugak penuh dengan sikap tidak kisah (janji cukup bulan dapat gaji).
Yang paling semua menteri kita pandai adalah melancarkan pelbagai kempen. Lepas lancar, kesinambungan langsung tarak. Kos pelancaran & gimik saja more than a fortune...
Bukan apa, nak bagi elokkk...
-SANG TUBA-
p/s: Jangan kata nak improve perkhidmatan teksi, nak maintain standard yg ada pun sakit....
Post a Comment