Monday, September 29, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua kaum muslimin dan muslimat. Moga moga hari kemenangan ini disambut dengan penuh kesedaran bahawa kehidupan kita adalah sementara, dunia adalah pinjaman semata.

Jadikanlah ia hari kemenangan untuk kita terus bercakap benar, melakukan kerja dengan ketulusan, keikhlasan dan penuh bertanggung jawab. Teruskan ketelusan dan keterbukaan dalam menjalankan tanggung jawab kita.

Jadikanlah hari kemenangan ini untuk kita terus menerima hakiki dengan penuh kesedaran terhadap kuasa Allah. Jauhkan dari menterjemah apa jua mengikut hawa nafsu dan hasrat niat berkepentingan sementara.

Bercakap benarlah sentiasa dari kalangan mana kita sekali pun, suarakan dari hati dan jiwa yang bersih dan ikhlas. Jauhkan dari bercakap lain buat yang lain, tidak ada dalil dimana pun yang memberikan kita ruang untuk berdolak dalik dengan kebenaran.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

No comments: