Tun Dr Mahathir akan masuk UMNO semula. Itulah berita yang diumumkan oleh Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin. Dr Mahathir dikatakan akan memasuki UMNO disebuah cawangan di Bahagian Langkawi, Kedah. Dulu Dr Mahathir adalah ahli cawangan didalam Bahagian Kubang Pasu.
Ketua UMNO Bahagian Langkawi sebelum ini pernah mencadangkan agar Tun Dr Mahathir rujuk semula dalam UMNO. Cadangan tersebut dibuat oleh isteri Dato Abu Bakar Taib sendiri semasa mesyuarat agung UMNO cawangan yang diketuai oleh Dato Abu Bakar di Langkawi. Orang Kubang Pasu sudah tak mau kat Dr Mahathir lah tu!
Tan Sri Muhyiddin diberitakan dijemput oleh Tun Dr Mahathir untuk mengadakan pertemuan bersama Tan Sri Sanusi Junid, Tan Sri Sabaruddin Chik. Tengku Razaleigh Hamzah diberitakan turut hadir dipertemuan tersebut. Apa yang dibincangkan didalam pertemuan dikediaman Tun Dr Mahathir tersebut tidak dapat dipastikan. Mesti penting lah tu!
Sementara itu didalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Barisan Nasional petang tadi, Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri dikatakan akan membawa isu kenyataan Dato Ahmad Ismail, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera didalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO
dijadual esok 10hb September.
Apakah keputusan tersebut akibat dari desakan para pemimpin komponen Barisan Nasional yang masih tidak puas hati dengan kenyataan Ahmad Ismail tersebut, tidak pula dijelaskan. Macam UMNO kena buat mesyuarat majlis tertinggi atas desakan komponen BN nampak!!!
Ahmad Ismail masih tetap dengan pendiriannya...saya tidak akan minta maaf..saya tidak bersalah..full stop!!!Macam tak dengar cakap Pak Lah nampak...sedangkan Pak Lah sudah berkata bahawa dia 'tidak begitu gembira' dengan tindakan Ahmad Ismail.
Saya melihat isu ini sudah `blown out of proportion'. Cakap cakap dalam ceramah pun dah jadi riuh sekampong. Macam nak rak jadinya. Pak Lah kata kena minta maaf, Ahmad Ismail kata tak perlu. MCA Penang kata Pak Lah kena buat keputusan, Gerakan kata kena minta maaf, Najib dah minta maaf pun. 13 UMNO Bahagian di Pulau Pinang kata Ahmad Ismail tak perlu minta maaf pada sesiapa pun. 13 bahagian tu termasuk bahagian Kepala Batas yang diketuai oleh Pak Lah sendiri..tu dia pulak dah!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Salam..kemasukan semula TUN dalanm UMNO di bahagian langkawi ibarat sirih pulang ke gangang..TUN begitu sinonim dengan langkawi. malah TUN mula berkhidmat sebagai doktor juga dilangkawi.. Berkisar kepada isu Dato Ahmad Ismail..seolah-oleh gerakan dan mca sedang menanggok diair yang keroh..faham-faham sajalah..begitu juga UMNO yang berpuak-puak yang diketuai kabilah-kabilah masing-masing..Apa yang diharapkan sebagai orang melayu adalah UMNO merlukan gandingan antara pemimpin terdahulu dan masa kini..kemasukan TUN..TENGKU..dan gandingan yang sedia ada seperti Tan sri
Mahyuddin..Najib..dan beberapa tokoh lain juga perlu...
Heran juga no? Dr M tak kata apa, Abang Din pula sibuk. Dengar berita dia nak jadi ahli di Langkawi. Dulu di Kubang Pasu. La ni orang Kubang Pasu dah tak mau kat dia. Biasa la macam tu budaya alaf baru. Habis manis bukan saja sepah dibuang, diterajang.
Bang Ramli,
Semoga berjaya memenangi jawatan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Pokok Sena...insyallah.
Ini baru kena dengan apa yang pernah dilafazkan oleh beliau suatu ketika dahulu.
"MELAYU MUDAH LUPA"
Itu pun jika beliau benar2 Melayu, jika mamak sendiri mau ingat la.
Post a Comment