Thursday, November 13, 2008

Demokrasi dan Politik Pemimpin UMNO!!!

Sah sekarang kesemua calun calun dalam pemilihan UMNO sudah cukup syarat dan kuota untuk jadi calun. Demokrasi sedang berkembang dalam UMNO. Timbalan Presiden 3 orang dan Naib 8 orang dan untuk majlis tertinggi hampir seratus calun layak bertanding. Demokrasi sedang diamalkan dalam UMNO. Samada ianya amalan yang betul atau perkembangan yang sehat tidak dapat dipastikan.

Diantara cakap cakap orang UMNO mengenai sinario pemilihan dalam UMNO. Kita sama sama nilai lah.....

Seorang Ketua Bahagian - kita bagi ramai bertanding, kalau tidak yang menang tak bertanding jadi sombong dan tak layan kita...susah nak dapat projek nanti!

Seorang Ketua Pemuda - demokrasi bang, bayar seringgit layak lah tu..

Seorang perwakilan (G7) - kena ramai calun bos..baru ada ummpphh... (duitlah tu)

Seorang Ketua Wanita - biarlah ramai calun..baru boleh kita nilai..itu hak ahli ..

Dari beberapa pemimpin dan aktibis UMNO yang ditemui, saya rekodkan, majoriti mentafsirkan demokrasi dan politik mengikut selera dan kesesuaian sendiri. Bila niat nak bertanding, dia dakwa demokrasi, bila dicabar dia mahukan perpaduan. Penilaian mengikut selera dan pemikiran ala UMNO. Senyum, tepuk tampar dan PR cara UMNO jadi ukuran dan kriteria. Agak terpesong sikit dan jauh dari ciri ciri penilaian yang diamalkan. Memang hebat pemimpin UMNO ni....

Tentang politik wang pulak, semua bagi kenyataan akhbar sama. Nak benteras. Nak hapuskan. Nak hukum orang yang main politik wang. Yang jadi pengamal tetap pun kata nak hapuskan politik wang. Mungkin dirumah pemimpin jenis ini tidak dipasang cermin besar!!!

Setakat ini saya setuju dan kagum dengan kenyataan Dato Khaled Nordin, Dato Rais Yatim dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Mereka bercakap terus terang dan mereka amalkan. Mereka berani ambil risiko bercakap pasal politik wang!!!

Sedikit mengenai kemenangan Barack Hussein Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat baru baru ini. Beberapa pemimpin Cina, Ong Tee Keat dan Lim Kit Siang tiba tiba jadi histeria dan cuba kaitkan kemenangan Obama dari calun minoriti kulit hitam dengan sosio politik Malaysia. Nak samakan Malaysia lah tu. Kalau Obama boleh kenapa Malaysia tak boleh terima dari kalangan minoriti seperti Cina dan India. Tiba tiba Lee Hsein Loong, Perdana Singapura buat kenyataan terbuka bahawa Singapura belum bersedia terima dari kalangan Melayu sebagai PM. Senyap Ong Tee Keat dan Lim Kit Siang.

To Ong, Kit Siang, Gerakan and MCA, please don't go too far with your political imagination. Lets be realistic dan face reality in life. Malaysia is definately different from America brother!! Our political landscape differs in many ways compared to US. Though we are ethnic based political foundation, we have many aspects to be considered. Please la..ni Malaysia.. maa...bukan US. Read my lips...says Lee Hsein Loong!!!

1 comment:

dinleter said...

Saudara Ramli..
Tidak ada makna menang jawatan MKT atau peringkat Bahagian, tetapi kalah dalam pilihanraya Umum. saya nampak UMNO dan pemimpinya terus dilanda sindrom 'syoks endiri' dan musibbah PRU ke-12 gagal menjadikan pemimpin UMNO lebih insaf dan sedar tentang perlunya muhasabah diri. Kembalilah ke asal.