Kesempitan hidup dengan pendapatan RM300 sebulan menyebabkan Othman Ibrahim dan isteri Rohaya Ahmad, dari Kampong Mata Air, Pokok Sena tidak mampu untuk menampong perbelanjaan lima anak mereka kesekolah. Berita yang dipaparkan oleh Utusan Malaysia pada 4 Januari lalu itu telah mendapat reaksi berbeza dari masyarakat. Ramai yang simpati dan membantu. Jiran dan rakan sekampong juga telah lama membantu setakat termampu.
Saya menerima panggilan dari pejabat Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri bertanyakan keadaan keluarga tersebut. TS Muhyiddin mahu tahu kedudukan perkara. Menjelang Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu, isu ini akan menarik perhatian. TS Muhyiddin menyumbangkan sumbangan peribadi seribu ringgit kepada keluarga tersebut. Saya diminta untuk menyerahkan sumbangan tersebut dan amanah itu telah saya lakukan petang Isnin 5hb lalu bersama dengan pemimpin tempatan. Terima kasih Tan Sri...sumbangan kepada yang amat memerlukan.
Selasa 6hb saya bertolak keKertih, Terengganu rumah anak. Bermain dengan cucu tersayang yang amat menyeronokkan. Melayan cucu lebih dari melayan anak sendiri. Betullah kata orang tua tua..dengan cucu boleh buat apa saja. Meminta pun sanggup untuk cucu. Tenang hati dan tenteram jiwa bila dapat bermain dengan cucu. Apatah lagi cucu pertama...
Saya bercadang untuk menjengok jengok Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu sehari dua ini. Melihat telatah dan ragam politik kontemporari. Hendak membantu mungkin tak kesampaian diri. Memanjangkan silatulrahim mungkin boleh sesama sahabat taulan di Terengganu. Laporan media boleh dibaca namun untuk memuaskan hati lebih baik tengok sendiri. Jangan sampai diri tertipu..
Utusan hari ini memaparkan gambar anak kecil yang menjadi mangsa keganasan Zionis Israel. Mayat kanak kanak yang tertimbus akibat serangan bom Isreal..masyaallah...menambah lagi kemarahan dan dendam kesumat terhadap kebiadapan Israel dan sekutunya Amerika. NST juga melaporkan berita yang hampir sama...kekejaman manusia bersifat binatang!
Berita kecil dimuka depan Utusan melaporkan pengumuman rasmi Sime Darby membatalkan hasrat untuk mengambil alih IJN setelah mendapat bantahan dari orang ramai. Betullah tu...janganlah ditambah kemarahan dan kebencian umat. Jangan niagakan `jantung' manusia untuk kepentingan kelompok tamak haloba.
Didalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu, tiga calun bertanding iaitu Datuk Wan Farid Wan Salleh dari BN, Haji Mohd Abdul Wahid Endut dari PAS dan seorang calun bebas Azharuddin Mamat @ Adam. Seorang lagi yang diberitakan akan bertanding dari parti AKIM, Harun Mohamad menarik diri disaat saat akhir. Elok lah tu..jangan main mainkan proses demokrasi. Pilihanraya bukan main main untuk dapatkan publisiti murahan sejam dua. Jangan jadi jokerlah...pergi main tempat lainlah...
KOSMO melaporkan tindakan Persatuan Pengguna Islam Malaysia melancarkan kempen boikot barangan Israel dan Amerika. Syabas Datuk Dr Maamor Osman, sahabat saya yang begitu gigih dalam usaha untuk mempastikan kepenggunaan Islam benar benar bermatlamat. Tindakan yang amat tepat masanya. Boikot betul betul...jadikan amalan dan budaya hidup dulu...kini...dan selamanya!
Dalam harian SINAR terdapat berita yang melaporkan sempena penamaan calun di Kuala Terengganu, UMNO Cawangan Kuala Berang mengadakan majlis jamuan makan untuk meraikan ahli UMNO Bahagian Alor Gajah. Siap dengan tarian pocho pocho sekali you...eh..eh..hendak berkempen pun masih sempat berpocho pocho...alahai..
Saya juga terbaca satu artikel siaran AFP mengenai pendirian beberapa pemimpin Arab berhubung dengan isu Palestin. Mesir, Arab Saudi dan Qatar diantara beberapa negara Arab yang pemimpin nya dianggap `moderate' dan disenangi oleh pimpinan Bush dan barat. Saya secara peribadi amat kurang selesa dan mual dengan gelagat pemimpin kelas rendah macam pemimpin negara Arab yang dinyatakan. Memang dasar pengecut dan senang dibeli. Atas dasar apa pun, dan dengan dalil apa pun, bila maruah Islam tercabar, umat Islam diperlakukan dengan kejam, pemimpin Islam yang berdolak dalik dengan dalil dan huraian, hanya layak dipanggil bacul dan tidak bermaruah. I was taught to accept Islam in total..there is no moderate Islam or otherwise. Shame on you..Mubarak and co.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Tuan,
Sepanjang tahun 2008 dan permulaan 2009 sesuatu yang tidak menyenangkan.. Nampaknya kemalapan dan gerhana dalam politik, ekonomi, soal kepimpinan di Malaysia dan di dunia tidak menmpakkan perkembangan yang positif..
Terkenang nasib, anak cucu dan rakyat Malaysia serta umat Islam di seluruh dunia..
Saudara Ramli,
Tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin, dia memang prihatin dengan isu begini. Sebagai Calun Timbalan, saya dengar khabar Tan Sri tidak mahu beri wang pada perwakilan. Tuan tentu tahu kerana orang kuat dia. Memang langkah yang baik, jangan lacurkan politik terutama politik orang Melayu dalam UMNO.
Tetapi saya kesal dengan apa yang pemimpin tempatan buat mengenai masalah semacam itu. Dato Ahmad Sudin, Dato Rahman Ibrahim dan Dato Ariffin Man tidak ambil berat isu pendidikan dan masalah rakyat nampaknya. Mungkin terlalu sibuk mencari pengaruh dan kekayaan.
Apa pula komen saudara. Tuan pemimpin NGO yang menitikberatkan soal soal kebajikan tentu ada perancangan kearah ini.
Tahniah juga kerana sudah ada cucu, tentu seronok kan.
Abang Ramli,
Macam peluang calun BN di Kuala Terengganu, dengar khabar calun proksi Pak Lah tu sombong dan berlagak.
Mandilah nampaknya Wan Farid. Dah tahu orang tak suka dah Pak Lah, pasai apa boh dia. Berat....
Post a Comment