Dua malam tiga hari berada di Kuala Terengganu. Hari mengundi masih ada 6 hari. Kempen berjalan dengan baik setakat ini tanpa apa apa yang dirasakan mengganggu dan yang tidak diingini...mungkin keputusan sudah dibuat..jadi tak perlu gaduh gaduh...
Ramai pemimpin yang turun padang...istilah politik yang menjadi ungkapan. Program dan aktibiti kementerian pun semakin banyak. Menteri pun ramai muncul. Sinario yang amat biasa dan sudah jadi amalan yang tidak asing. Kedua dua parti yang bertanding nampak ghairah dan yakin untuk menang. Macam macam cerita yang boleh dikutip dan didengar. Dua cerita dan persepsi yang berbeza setiap ketika..masing masing cuba menegakkan benang sendiri...
Orang Kuala Terengganu amat mesra dan baik orang nya. Semasa menunaikan solat Jumaat, saya lihat kedua dua penyokong parti yang bertanding berbual mesra sebelum dan selepas solat. Tidak ada nampak suasana tegang atau pun sikap berpuak puak sesama sendiri. Ada dakwaan mengatakan bahawa tension dan ketegangan yang seringkali berlaku, adalah disebabkan oleh orang dari luar yang datang membantu. Ada juga betulnya..
Semasa minum petang disebuah gerai, saya bersembang dengan beberapa orang yang duduk bersebelahan. Ada rungutan terdapat terlalu ramai anggota Polis yang berada di KT sehari dua ini. Macam nak perang..menurut tuan punya gerai. Bayangkan 6,000 orang anggota Polis dikerahkan bertugas didalam Pilihanraya Kecil. Seorang teman mendakwa bahawa kos sewa khemah khas untuk menempatkan anggota yang dibawa khas dari KL mencecah hampir RM800,000.00. Itu belum lagi kos kos makan, minum, pengangkutan, elaun dan lain lain. Ramai yang bertanya, apakah ini perlu..
Hotel pula dengan semena mena menaikkan harga sewaan. Tidak ada Government rate pulak. Harga siling menurut mereka. Bukan season pun guna harga siling..cuti sekolah kan dah habis..Rumah sewa melonjak naik mendadak..lumrah peluang sekali sekala. Hotel yang dahulunya mempamerkan harga (published rate) RM 160 semalam terus naik ke RM207 semalam. Dari RM 180 ke RM 300 semalam. Hemah manusia dan tuntutan semasa...berbaloi kah semua ini..
Calun calun nya...seorang dikatakan agak sombong dan snobbish...seorang lagi juga dikatakan kurang mesra dan agak serius..Seorang bekas Timbalan Menteri dan seorang lagi ADUN. Tak boleh nak tuduh...dah tak ada orang lain ke..dua dua parti dilihat semacam sudah tidak ada orang lain..kerana kedua dua calun sudah ada jawatan. Mesti ada banyak yang tersirat dari yang tersurat...
Calun Bebas muncul disana sini dengan poster putih hitam..apalah yang difikirkan oleh orang ini hingga sanggup membazir wang (kalau dia bukan calun upahan) menjadi calun yang dikawasan yang amat sukar untuk bebas dipilih...main tak kena tempat nampaknya..
Sunday, January 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
PILIHANRAYA KECIL KUALA TERANGGANU P36 adalah satu kemestian belaku pada 17 jan 09..Tarikh ini sudah tentu akan ada wakil rakyat dari Kawasan Parlimen kuala Terangganu..jika di lihat dari tokoh calon yang bertangding BN dan PAS kedua-duanya sama habat dan sama-sama mempunyai kelemahan masing-masing..Untuk menentukan kuda siapa yang akan menang dalam pertarungan ini terletak ditangan lebih dari 80,000pengundi disitu..Jika dilihat dari kekuatan parti-parti yang bertanding kedua-duanya sama mantap dan dibantu seluruh jentera termasuk parti-parti kompenen masing-masing PAS dan BN..Untuk menentu siapa bakal mewakili kawasan Parlimen Kuala terangganu bukan terletak pada pengundi Fanatik PAS dan BN..
penentunya hanya segelintir pengundi yang mempu membuat pertimbangan berdasarkan arah tuju yang jelas peringkat negeri mahupun peringkat Nasional..Selepas pilihanraya Umum yang lalu,negara di kejutkan dengan kejatuhan 6 negeri kepada pakatan rakyat..dan ini merupakan pilihanraya ke 2 selepas pilihanraya umum yang lalu dimana permatag pauh sudah kepunyaan Dato seri AAnuarr Ibrahimmmm..
Perbincanganya berkisar kepada langkah kerajaan BN pusat untuk mengatur rentak meyakinkan kembali rakyat terhadap BN setelah Pak Lah di persalahkan terhadap apa yang berlaku pada pilihanraya umum lalu..setelah beberapa langkah diambil BN termasuk menurunkan harga minyak,mengumumkan suntikan dana ragsangan ekonomi 7b,dan yang palig ketara perubahan puncuk pimpinan UMNO@ PM..ini adalah yang jelas usaha Besar BN untuk meyakinkan rakyat keseluruhanya terhadap kemampuan BN..
Segala usaha ini akan diterjemahkan oleh sebahagian kecil pengundi P36 kuala terangganu pada 17hb nanti..mereka ini yang sebahagian kecil yang sentiasa melihat telatah dari BN dan PAS semasa berkempen..mereka ini juga tidak tahu politik PAS mahupun BN..mereka inilah yang akan memberi kehakiman yang telus terhadap pementasan tetar dari PAS dan BN..mereka ini juga rakyat yang tidak meminta-minta seperti penganut PAS dan BN..Mereka ini menjalani kehidupan biasa berteraskan keharmonian, kepalbagaian agama,kepelbagaian badaya,dan inginkan ketelusan pemimpin...
Brother,
Siapakah bekas Menteri yang sibuk nak bertanding untuk jawatan naib presiden Umno, tetapi sedang bercuti di Bahamas sekarang ni?
Pemimpin-pemimpin Umno lain sedang sibuk berkempen untuk Calon Barisan Nasional menjelang pilihanraya kecil Kuala Terengganu Sabtu ini, tetapi bekas Menteri ni sedang bersantai dengan ahli-ahli keluarganya di Kepulauan Bahamas yang memang terkenal sebagai destinasi pelancongan.
Yang lain sibuk berkempen siang-malam, sipolan ini sedang menikmati angin sepoi-sepoi bahasa di tepi pantai. Alangkah bahagianya hidup.
Perwakilan Umno patut menolak pemimpin seperti ini. Sudah banyak sangat kes sipolan ini. Batu dan kayu sahaja yang sipolan ini tak makan, yang lain habis dimentedarah...
Pantun untuk Dato' Seri Najib:
Bercerai sudah bertalak sudah
kasih sayang ditelan waktu
Mencuri sudah, meraba sudah
Takkan nak simpan sipolan begitu.
January 13, 2009 1:43 AM
Post a Comment