Thursday, January 1, 2009

SELAMAT TAHUN BARU...

Saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru kepada semua sahabat dan taulan. Didoakan semoga anda bertekad dan berazam baru. Bagi saya tidak banyak yang saya tekad dan azamkan. Hanya mahukan hidup sehat dan sejahtera bersama keluarga dan sahabat handai.

Minggu akhir Disember, saya menghadiri Majlis Perjumpaan Bekas Pelajar Anglo Chinese School, Kampar, Perak yang diadakan di Hotel Katerina, Batu Pahat. Agak pelik dan hairan kenapa bekas pelajar ACS, Kampar mengadakan majlis jamuan makan malam di Batu Pahat.
Jamuan dan perjumpaan diatur dan dihoskan oleh Saudara Ibrahim Md Aris, Ketua Polis Daerah Batu Pahat yang sudah bertitle ACP. Beliau adalah rakan sedarjah dengan saya. Masa disekolah Ibrahim amat pendiam dan serius..amat sesuai jadi mata mata!

Majlis yang amat bermakna walau pun `back home' saya berada didalam situasi yang agak `critical, politically so to say..namun hasrat dan hajat kawan kawan tidak sampai hati untuk dihampakan. Lagi pun bukan senang untuk mengumpulkan pelajar sekelas yang sudah agak berumur, berkeluarga dan hidup jauh diantara satu sama lain. Masih teringat akan kenakalan rakan rakan Amran, Sulaiman dan Zakaria mengusik rakan rakan Ainon, Noraini dan Azian. Azian, bekas Guru Besar sudah mula mengintai menantu. Ainon, Jamaiyah dan Kamariah masih macam dulu, cuma agak lebih dewasa kerana umur dan kehidupan bekeluarga. Sofian Darus, yang tidak dapat hadir diperjumpaan terdahulu muncul kali ini...masih segak walau anak banyak.

Azahari yang sudah bergelar Haji suami isteri masih kuat walau pun mengaku ada darah tinggi. Sakit orang kaya tu..Sofian masih pendiam sesuai di Jabatan Hasil Dalam Negeri..dok kutip duit lebih orang kaya..baguih untuk negara Pian..Noriza..nama yang glamour masih di Jabatan Penerbangan Awam...punya isteri yang mesra....Noriza tu lelaki la... Asni Yahaya keluarga yang semua nya rapat dengan kedai cermin mata..dulu...kini dan sekarang..Semuanya mengingatkan masa lampau yang manis.

Masih teringat akan kawan sekolah seperti Harbans Kaur yang sekarang Normah Abdullah...Sister (atau mungkin sudah jadi Matron) di Hospital Kubang Krian, Radha Krishnan..dahulunya di UAB Kuala Lumpur, mendiang Wong Kok Wah..bekas pemain tennis negara. Guru Geograpi Mr Ding Buoi Soon, yang ada formula sendiri...Mr Chin Kooi Toon, seorang historian yang terkenal di Perak. Mr Chin, guru Mathematic, Cikgu Karim guru Bahasa Melayu dan lain lain yang sudah lama bersara. Paling teringat Principal yang amat strict dan menggerunkan, Mr Gong Ngai Kong. Masih ramai kawan kawan yang boleh dihubungi `for a cup of tea for old time sake'. Kenangan yang sukar dulupakan.

Saya bersama keluarga dengan cucu pertama hadir seperti kawan kawan lain. Kebetulan Tok Besan juga orang Batu Pahat. Dalam kesibukan seharian dengan tugas dan tanggung jawab, dapat juga bernostalgia dengan rakan rakan sesama kelas. Perjumpaan yang seharusnya jadi program tahunan..insyaallah. Sekurang kurang dapat melupakan apa yang seharusnya dilupakan buat sementara!

Back home..politic..agak membosankan adakalanya. Too much politicking in politic. That's the name of the game anyway...ada mata tengok..ada telinga dengar..politik sepatutnya untuk bernegara..bukan bersandiwara. I'm in anyway...is either you are in or your out..there is no middle path..I'm stuck..enemies come passing by without you knowing them..friends and foes are never permanent!!! Suatu tafsiran dan pengertian yang agak songsang dari segi budaya dan amalan hidup!

5 comments:

asalbayu said...

Seronok 're union' macam tu ya? Saya juga ada hasrat demikian dah lama. Dulu bekas classmate sewa rumah dekat kediaman saya yang pernah rancang nak buat perjumpaan. Lepas tu senyap. Kami dulu di Sekolah Menengah Kebangsaan Baling. La tiap-tiap kali pergi solat fardu Jumaat dok jumpa dengan bekas guru kelas masa di SMKB dulu: Cikgu Ahmad Che' Me. Oh ya bekas classmate tu nama Hamdan Hamid, dia dulu ketua kelas kemudian jadi Ketua Pengawas dan sekarang kalau belum bersara, bertugas di Balai Bomba Jalan Tun Razak Alor Setar.

cikgu kay said...

saya terbaca artikel ni semasa mencari link ke laman bekas pelajar acs,kampar.Saya merupakan cikgu yg sedang mengajar di SMK ACS Kampar.Ingin saya bertanya samada encik berminat untuk menulis apa-apa artikel berkaitan kenangan semasa di sekolah ACS Kampar atau sesuatu untuk menaikkan semangat pelajar untuk berjaya.tahun ini,saya bercadang untuk mewujudkan ruangan khas tulisan ex-ACS.Sekiranya berminat,boleh hubungi saya di emel cikguaniza@gmail.com.Terima kasih

asalbayu said...

GAZA TERUS DIGEMPUR: APA SUMBANGAN KITA?

Sejak 1967 zionis Yahudi @ Israel memperkasakan pembunuhan dan kemudian merobohkan premis dengan melaksanakan peperangan yang tidak pernah diharamkan oleh PBB. Sekutu rapatnya yang menaja dana ialah Amerika. Cuba bayangkan, masyarakat zionis tu bukannya ada kerja selain berperang. Kita warga Malaysia juga turut hulurkan dana dengan melanggan produk keluaran sekutu zionis antaranya Nestle, Johnson & Johnson, Kraft, Coca Cola, Pepsi Cola, Colgate dan banyak lagi terutamanya pewangi serta kosmetik. Produk yang paling banyak ialah rokok/tembakau. Andainya sebatang rokok menyumbang 10 sen ke dalam tabung perang zionis, hitunglah berapa jumlah yang disumbangkan?

Pada 3 Januari 2009 lalu semasa menghadiri kenduri di rumah seorang kawan di Alor Setar saya sempat berbual singkat dengan Ed Lazim dan membayangkan dengan hal tersebut.

Ed Lazim adalah warga istimewa yang hanya sebelah mata sahaja berfungsi sekitar 50% sahaja. Manakala sebelah mata lagi menurut katanya, langsung tidak berfungsi.

Saya mengkagumi anak muda ini kerana keupayaannya bermain muzik (gitar) sambil menyampaikan lagu terutamanya lagu puisi dengan baik. Beliau berupaya menggubah lagu dengan pantas; jika diberikan puisi pada waktu pagi, pada sebelah petang beliau sudah boleh menyampaikannya dengan begitu baik.

Berbalik kepada butir-butir perbualan di rumah kenduri berkenaan. Saya meluahkan pandangan begini:

Jika diperhatikan bukan sedikit puisi/sajak dicipta lalu disiarkan oleh pelbagai media melahirkan luahan kemarahan terhadap zionis Yahudi yang membantai warga Palestin yang kini telah menjangkau lebih 500 jiwa.

Warga dunia begitu geram dengan keangkuhan Amerika mengeluarkan kenyataan yang menuding jari menyalahkan Hammas lalu mengatakan bertanggungjawab atas apa yang berlaku!

Saya menyampaikan pendapat mengatakan puisi-puisi yang ditulis akan hanya tinggal kaku dalam buku atau berlonggok di esastera. Persoalannya ialah mengapa tiada mana-mana pihak yang mahu merakamkan lagu-lagu atau deklamasi dalam bentuk CD atau kaset kemudian dipasarkan. Sebahgian kutipan jualannya bolehlah disumbangkan kepada tabung bantuan rakyat Palestin.

Barangkali ia boleh dilaksanakan oleh NGO.

Setakat ini dilihat seperti tiada mana-mana pihak tertarik dengan isu yang saya kemukakan sejak 5.1.2009 kepada banyak pihak. Saya juga mengajak ia dibincangkan di komuniti penyair esastera.com tetapi nampaknya ia tidak menarik untuk dibincangkan.

Perkara yang mendapat perhatian di esastera.com setakat ini ialah berkaitan peluang untuk merebut hadiah! Setakat ini fahamlah saya bahawa golongan seniman yang juga peka (seperti saranan Azizi Hj Abdullah semasa berlangsung Bengkel Penulisan Kreatif Inspen Alor Setar pada 28.11.2008) itu lebih mementingkan perjuangan untuk 'mengisi tembolok atau kantung' semata-mata. Apa kena mengena dengan penderitaan warga Palestin. Biarlah mereka bertelagah, kita peduli apa. Mereka berperang sejak dahulu jika diambilkira fakta sejarah adalah kerana zionis bermusuh dengan orang Arab disebabkan nasab keturunan. Zionis dari Sarah dan Arab dari Hajar, kedua-duanya adalah isteri Nabi Allah Ibrahim a.s.

Jika mereka hendak berbunuhan, biarlah. Posisinya jauh dari rumah kita. Kita masih boleh tidur nyenyak.

Andai begitulah sikap kita, jelaslah bahawa stigma kasihkan dunia atau hubbudunia masih tebal meskipun kita sudah hampir sedekad berada di alaf baru yang kejam dan tidak cakna!

Begitukah sikap kita?

Salam.

ABDUL HALIM YAACOB

http://asalbayu-kutipan.blogspot.com
http://www.esastera.com

Ramli Mohd Yunus said...

Saudara Halim,

Terima kasih dan kita doakan agar manusia berubah untuk menerima hakikat kekejaman ini dan BERTINDAK!!!

Anonymous said...

politic menjadi terlalu politiking..kesederhanaan itu penting..politic malaysia or tempatan tidak kurang dgn isu palestin and isreal..lumrah dunia..selagi kita berpegang pada prinsip yg jujur lagi teguh insyaallah diakhirnya kemenangan milik kita.jatuh and turun sudah menjadi lumrah.Selamat Tahun Baru pakcik Ramli.semoga dicucuri rahmat..perjuagan belum selesai..salam dari Newcastle Uk.