Calun Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin merasakan bahawa UMNO sudah hilang daya tarikan diantara sebab kekalahan Calun UMNO/BN didalam Pilihanraya Kecil Kuala Terangganu 17 Januari lalu. Muhyiddin menyatakan bahawa UMNO perlu berusaha mengembalikan faktor 'penarik' untuk terus mendapat sokongan rakyat dan menepis perlbagai tanggapan negatif terhadap UMNO.
Saya amat setuju. Seorang bekas Ketua UMNO Bahagian yang telah meninggalkan UMNO memberikan alasan bahawa beliau TIDAK MAHU DIKAITKAN DENGAN UMNO LAGI. Dari percakapannya dapat dirumuskan bahawa ianya banyak berkait rapat dengan sikap, budaya dan amalan kepimpinan UMNO yang sudah lama menyimpang jauh dari apa yang dituntut oleh intisari Perlembagaan dan semangat penubuhan UMNO itu sendiri. Beliau yang dikenali sebagai seorang yang amat berdisiplin, berintergriti tinggi dan amat sederhana mungkin merasakan bahawa beliau tidak harus di`palitkan' sama dengan apa yang kerap dan seringkali dilakukan oleh sebahagian besar kepimpinan UMNO.
Dari pengalaman seorang pemimpin UMNO Bahagian lain pula, beliau tidak mahu membawa kad nama beliau sebagai penjawat jawatan dalam UMNO. Beliau amat takut dituduh `sekelompok' dengan cara dan gaya hidup kepimpinan UMNO lain. Takut disamakan perangai, tingkah laku dan budaya politik yang tidak sesuai dengan hati dan jiwa beliau. Ahli ini tidak mengaku ada jawatan dalam UMNO walau pun berjawatan agak tinggi. Beliau berasa malu untuk dikaitkan dengan `brand' negatif yang diberikan masyarakat terhadap kepimpinan UMNO masakini.
Faktor penarik yang dimaksudkan oleh Muhyiddin itu sebenarnya sudah lama menjalar dkalangan ahli UMNO diperingkat bawahan dan dikalangan masyarakat. UMNO dilihat sebagai tempat `menyamun' ( terma salahguna kuasa) dan tempat mencari nama, kekayaan dan harta. Kalau hendak dinafikan pun agar sukar kerana buktinya sudah melata dan amat jelas berlaku. Ianya sudah menjadi `amalan yang diterima' (acceptable practices)!!
Itulah persepsi masyarakat dewasa ini terhadap UMNO. Insiden insiden didalam UMNO jelas mengiyakan andaian dan tuduhan ini. Rakyat memerhati dan menilai. Kepimpinan UMNO masih mengamalkan sindrom penafian yang cukup kental. Dato Ali Rustam sendiri menyalahkan dakyah PAS yang menyebabkan kekalahan BN di KT. Maknanya UMNO masih tidak salah, PAS yang bersalah dengan dakyahnya. Maka berterusanlah kepimpinan UMNO melakukan kesilapan dan kesalahan. Rakyat terus memerhati dan menilai.
NST melaporkan bahawa MACC atau Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia tidak akan menyiasat laporan yang dibuat oleh dua orang pemberita berhubung dengan pemberian RM300 kepada para petugas media didalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu. Jurucakap MACC mendakwa bahawa kebanyakan dari pemberita yang datang di KT adalah dari luar dan bukan pengundi, jadi tidak timbul soal membeli undi. Pemberita yang membuat aduan juga dilaporkan oleh pihak MACC tidak dapat mengenal siapa pemberi wang tersebut. Beliau juga mendakwa adalah tidak adil untuk menuduh BN yang memberi wang tersebut untuk membeli undi kerana kalau tidak sudah tentu PAS akan kalah didalam Pilihanraya tersebut.
Saya rasa ceritanya begini. Sampul surat yang berisi RM300 itu telah `terbang atau bergolek' masuk kedalam Media Centre dan `memanjat' meja meja pemberita yang bertugas. Envelope tersebut mungkin ditiup angin Selat Melaka atau kekuatan pendingin udara didalam Pusat Media tersebut. Wang RM300 tersebut mungkin datang dari pemberi yang tujuan dan hasrat akan hanya kita ketahui apabila semua kita dipanggil di Padang Masyhar nanti. Itu pun kalau yang memberinya percaya ada wujud Padang Masyar dihari penentuan nanti. Sekarang memadailah kita percaya bulat bulat cakap jurucakap MACC itu dan kita anggaplah dia seorang yang amat bersih dan lebih bersih dari sabun FAB. Lagi pun bukan kah dia bertugas di MACC? Rakyat terus memerhati dan menilai.....
Tuesday, January 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
UMNO..Apakah sudah bersedia untuk berubah atau bersedia untuk ditalkinkan pada Pilihanraya umum 2013 nanti..Dari apa yang dilihat Umno masih tidak banyak berubah..mungkin Najib,Mahyuddin,dan beberapa Menteri Kebinet sudah mengambil langkah perlu untuk proses perubahan atau penjenamaan semula Umno dari sudut yang lebih positif di kanta mata Masyarakat..Tetapi apa pula dengan 194 Ketua Umno Bahagian terutama yang tidak menjawat jawatan dalam Kerajaan yang masih mengangap jawatan mereka sebagai satu kuasa yang mampu hidup mewah,mampu mengeluarkan arahan mengubah sesuatu keputusan penjawat awam,begitu juga merasakan jawatan mereka sebagai laluan mudah untuk jadi calon walaupun dah berkali-kali bertanding kalah dalam pilihanraya..
Saya cuba untuk tidak menghuraikan lebih mendalam hingga ke ketua cawangan bimbang takut semakain dekat Umno untuk ditolak rakyat Malaysia..
Umno umpama seperti air yang keroh,ianya perlu melalui proses penyulingan untuk menjernihkanya semula..iaitu Umno perlu mempunyai barisan Pimpinan yang BENAR,AMANAH BIJAKSANA,TELUS,ADIL dan BERSYUKUR..malangnya ianya tiada pada pempinan Umno hari ini..mungkin 50 tahun dulu ada..tetapi sekarang hanya ada dalam buku-buku sejarah perjuangan Umno..Mungkin Umno hari ini terlalu mudah dibeli dengan nilai RM 50-100 sahaja..
Rakyat hari ini,sudah tidak takut lagi dengan ancaman Umno kononnya kalau Pakatan Rakyat memerintah Negara akan berada dalam keadaan Ekonomi terjejas..
MAAF tidak dapat sambung tulisan cerita ini sebab Ketua Bahagian d selatan tanah air, Call nak jumpa saya,biasa la tu salah satu dari agenda mengubah keputusan penjawat awam yang lazim d amalkan ketua bahagian d Malaysia..cara ini halal dalam politik Malaysia..
Tuan,
Apabila ada pemimpin macam Tan Sri Muhyiddin berani bercakap benar dan mengaku kesilapan UMNO, orang UMNO bukan mahu dengar. Mereka masih lagi terbuai dengan mimpi indah. Muhyiddin pun bukan disokong sangat sebabnya...kurang senyum..alahai UMNO menilai tang senyum aje..
Seorang G7 yang saya kenal di Kedah mendakwa orang macam Ali Rustam pun boleh jadi TPM..apa nak takut dapat jawatan tu dia tahu buatlah..eh..eh..eh..senangnya dia buat keputusan mengenai negara..jelas menunjukkan tahap otak perwakilan UMNO menilai pemimpin.
Ahli UMNO Tua
Kuala Kedah
Post a Comment