Wednesday, February 18, 2009

Oh..Gaza dan politik Malaysia..

Mangsa kekejaman Zionis....

Mangsa keganasan Zionis...


Angkara kekejaman Zionis....iblis bertopengkan manusia

Malam 14hb lalu saya diminta untuk mendeklamasikan puisi untuk mengutip Tabung Dana Kemanusiaan Palestin atau DAKAP anjuran Utusan Melayu, Islamic Relief Centre dan Menara Alor Star. Saya bukan penyajak dan bukan juga seorang deklamator puisi namun kerana matlamatnya amat suci dan murni, saya beranikan juga berhadapan dengan audien hampir 300 orang dihadapan Menara Alor Star pada malam itu. Sebenarnya kebencian yang meluap luap terhadap Zionis membuatkan saya terus menerima pelawaan Saudara Hanafiah dari Urusetia Penganjur. Saya akui perasaan marah dan benci yang amat tinggi diantara sebab saya sanggup mencuba bidang yang amat asing bagi saya ini. Saya bacakan puisi hasil nukilan seorang sahabat penulis dan wartawan dari RTM Alor Setar.

Tokoh tokoh puisi seperti Fuzi Hadi dan Sayed Mahathir adalah antara pendeklamator puisi yang diundang selain nama nama besar didalam bidang tertentu seperti seniwati terkenal, Datuk Sarimah Ahmad, Presiden KARYAWAN Fredie Fernandez, GM Menara KL Dato Zulkifli selain dari ahli politik tempatan YB Saudara Tajudin Abdullah ADUN Belantik dan Puan Shahanim Yusof, Ketua Puteri Kedah. Beberapa artis tempatan turut menyumbang beberapa lagu puisi yang menjurus kepada penderitaan anak Palestin dan kekejaman Zionis di Gaza. Pengacara Nasi Lemak Kopi O TV 9, Aziz Desa turut mendeklamasikan puisi dan mengacarakan majlis. Beberapa jumlah sumbangan juga disampaikan kepada wakil DAKAP pada malam tersebut. Saya bersyukur kerana dapat menyumbang bersama walau pun amat kecil untuk matlamat yang amat besar nilainya terhadap Gaza dan anak anak Palestin.

Akhir akhir ini cerita cerita politik mengambil tempat yang cukup besar dan selesa dikalangan masyarakat. Peristiwa perubahan kepimpinan Kerajaan negeri Perak, perletakan jawatan ahli EXCO Negeri Kedah dan penyebaran gambar separuh bogel ADUN diSelangor berjaya menarik perhatian ramai. Ada berbagai ulasan dan kupasan dari beberapa tokoh dan rakyat. Ada pro dan kontra nya dalam setiap ungkapan dan percakapan. Itulah politik Malaysia...warna warni Malaysia. Rakyat Malaysia lebih banyak bercakap pasal politik dari bercakap pasal padi dan beras...

Ada sahabat yang bertanya kenapa saya tidak memberi komen dan ulasan mengenai kemelut politik masakini yang terbentang saban hari. Saya hanya mampu menjawab..tak ada mood..Saya sudah tidak tahu hendak bermula lantas tidak membuat sebarang komen tentang peristiwa itu dihalaman ini. Saya juga sudah hilang minat dan ghairah untuk memberi komen. Biarkanlah mereka yang bijak pandai membuat tafsiran politik untuk memberi komen dan membuat ulasan. Saya hanya mahu melihat dan mendengar buat masa ini..

3 comments:

Unknown said...

Saudara Ramli,
Deklamasi hang malam tu bagiuh no...
Hang hantar mai puisi tu pada Mummy atau kat blog www.mummyrokiah.blogspot.com Mummy nak simpan puisi hang.Hasil nukilan Rusiah RTM.
Tahniah!

Unknown said...

jenguk blog www.mummyrokiah.blogspot.com. UMNO Merbok kena gadai.

Ramli Mohd Yunus said...

mummy,

saya hanya pendeklamator amatur mummy..itu pun Rusiah dan rakan rakan media yang bagi semangat..

saya akan post kat mummy untuk kenangan...

saya sudah lama jengok blog mummy tu..kes UMNO Merbok tu very interesting and news to me..