Wednesday, May 27, 2009

Kematian Roh Moo-hyun..politik jalanan..ketelusan dan intergriti...




Roo Moo-hyun, Presiden Korea Selatan yang ke 16, membunuh diri dengan terjun dari sebuah lereng bukit...malu kerana dituduh rasuah...sedangkan dia tidak disabitkan...


Baru baru ini dunia dikejutkan dengan kematian bekas Presiden Korea Selatan. Roh Moo-hyun, 62 tahun, Presiden Korea Selatan yang ke 16. Beliau diberitakan membunuh diri dengan terjun dari sebuah lereng bukit berhampiran dengan kediamannya. Roh yang mengetuai Kerajaan Korea Selatan dari 2003 hingga 2008 adalah seorang peguam hak asasi yang terkenal dengan sikap tidak `kow tow' kepada US. Beliau terkenal kerana reform politik di Korea Selatan dan digelar Mr Clean kerana usahanya membenteras rasuah.

Roh adalah dari keluarga miskin dan pada usia remajanya tidak mampu untuk mengikuti kuliah undang undang untuk menjadi peguam. Usaha gigihnya kehidupannya dari `rag to riches' mengkagumkan rakyat Korea Selatan ketika itu.

Sikap nasionalisnya juga amat ketara apabila beliau menyebabkan Ketua Uri Party pada tahun 2004 Shin Ki-nam terpaksa meletak jawatan apabila Roo membangkitkan isu pemimpin Korea Selatan yang pernah berkhidmat semasa penjajahan Jepun keatas Korea Selatan dari 1910 ke 1945. Bapa Shin didakwa pernah bertugas sebagai Guru dan Polis Tentera semasa penjajahan Jepun. Bapa Shin..bukan Shin..tetapi itulah hemah, intergriti dan sense of nationalism

Namun diakhir akhir kepimpinannya beliau didakwa menerima imbuhan sejumlah 6 million dollar yang diterima oleh isteri dan juga anaknya dari seorang ahli perniagaan Park Yeon-cha. Roo telah disiasat oleh pihak Jabatan Anti Rasuah. Roo diberitakan amat sedih dan malu dengan dakwaan tersebut.Beliau diberitakan tidak mahu makan dan menyepikan diri selepas di siasat oleh pihak berkuasa. Akhirnya Roo membuat keputusan membunuh diri..kerana terlalu malu dituduh menerima pertubuhan rasuah!

Dalam nota bunuh dirinya beliau menulis ` I can't imagine the countless agonies down the road. I can't do anything because I am not healthy. What's left for me for the rest of my life is just to be a burden to others. Don't be too sad. Aren't life and death both part of nature. Don't feel sorry. Don't blame anybody. It's destiny. Please cremate me and leave a small tombstone near home. I've long thought about that'.

Begitulah pilu dan sedihnya seorang negarawan yang dituduh menerima rasuah. Roo mengambil keputusan membunuh diri. Beliau tidak boleh menerima hakikat bahawa sebagai seorang yang menentang amalan rasuah dan berusaha kearah refomasi politik didalam negaranya dituduh perasuah. Kehidupannya tidak tenteram selepas didakwa dan disiasat. Terlalu berat untuk beliau menerima pertuduhan tersebut. Rasuah baginya amat jijik dan kotor. Roo terlalu malu untuk menerima hakikat itu. Mati menjadi penyelesaiannya dan dengan membunuh diri.

Kenyataan dari Menteri Keadilan Korea Selatan, Kim Kyung-han menyatakan bahawa kesemua tuduhan terhadap Roo Moo-hyun itu tidak diteruskan. Roo sebenarnya tidak didapati bersalah malah pertuduhan terhadapnya telah digugurkan selepas siasatan.

Moral ceritanya adalah betapa hina dan jijiknya rasuah bagi seorang manusia seperti Roo Moo-hyun bekas pemimpin Korea Selatan itu. Baginya tuduhan terhadap intergriti dan kewibawaannya sudah cukup untuk membuat beliau begitu menderita dan sedih. Kerana malu yang tidak dapat diterimanya, beliau membunuh diri dengan terjun dari sebuah lereng bukit.

Episod ini juga mengingatkan saya dengan seorang Timbalan Menteri disebuah negara jiran. Beliau juga dituduh menerima rasuah. Yang dituduh ini pergi berjumpa dengan Perdana Menterinya untuk mendapatkan nasihat dan pandangan. Perdana Menteri tersebut hanya menyatakan lebih kurang begini..if I were you, I commit suicide'..Timbalan Menteri tersebut pulang kerumah beliau dan terus membunuh diri!

Rasuah yang dilihat begitu jijik dan kotor bagi sesetengah orang tetapi justified bagi kebanyakan orang lain!



Sehari dua ini kita digembar gemburkan dengan cerita rasuah politik dan ugutan terhadap calun Bebas di dalam Pilihanraya Kecil DUN Penanti, Pulau Pinang. Perempuan yang tiba tiba menjadi bahan berita nasional ini, yang kononnya bekas pemimpin besar PKR Pulau Pinang, mendakwa beliau cuba disogok dengan wang dan jawatan oleh bekas janda politiknya PKR Pulau Pinang. Macam macam dakwaan dia buat dan macam macam bukti pula dia dakwa ada ditangannya. Akhbar media perdana perdana nampak amat selesa dan bernafsu sungguh memberikan layanan taraf news worthy kepada bekas ketua ini. Wanita ini yang nama glamournya Kak Min mendakwa akan dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai dan sejumlah wang yang agak besar jika menarik diri dari bertanding didalam Pilihanraya Kecil DUN Penanti tersebut. YDP beb..hebatlah..buat pendedahan itu pun boleh buat duit jugak agaknya!!!


Pada saya beginilah. Cerita cerita begini kalau pun benar, kalau pun ada bukti dan asasnya. Kalau ia pun ada orang jumpa dia dan tawarkan semua harta benda itu. Masih ramai yang anggap ini cerita lelucuan. Cerita politik jalanan. Politik thrillers. Politik short game. Politik by election! Kalau menang nasib baik, kalau kalah, tunggu saman malu pulak. Masa itu, kita akan keseorangan, buat PC pun tidak akan ada wartawan yang datang. Kalau ada pun suami dan anak saja.
Pertama dakwaan sebegini memang berlaku dimana mana. Dalam BN, dalam PAS, dalam DAP dan dalam PKR. Mungkin betul dan mungkin juga tersasar. Dakwaan boleh diteruskan. Penafian juga boleh diteruskan. Buatlah PC banyak banyak. Sementara pemberita diarah editor datang. Sementara Pengarah SPRM mahu terima laporan secara terus. Sekalung tahniah kepada Pengarah SPRM Pulau Pinang yang begitu inovatif. Sanggup turun padang siasat kes politik kelas rendah macam ini.


Ramai yang tahu cerita cerita semacam ini berlaku disetiap musim Pilihanraya. Tak sogok..pujuk dengan jawatan..atau ugut dengan rekod buruk..semuanya boleh didalam politik yang tidak berhemah ini. Kak Min sebagai orang lama dalam politik cuba cubalah risik di Pulau Pinang sebelum PRU12, ada tak mana mana tokoh yang diminta berhenti untuk ditukar dengan tokoh lain dengan cubaan sogokan sebegitu. Tanya tanyalah dalam UMNO ke, dalam PAS ke, dalam DAP ke atau dalam PKR ke. Risik risiklah kalau kalau ada bekas Timbalan Menteri ke, bekas EXCO ke, bekas YB ke, mana tahu, kot kot ada episod yang sama. Tak payahlah Kak Min buat PC kerap kerap kerana sudah memang jadi amalan didalam mainan politik negara ini. Tidak perlulah kita jadikan diri kita serendah itu kerana emosi, dendam dan kepuasan sementara!!!


Kemudian kita dipaparkan dengan cerita politik PPP pula. Dua Presiden jadi punca. Cerca mencerca jadi bahan berita. Dua dua tidak mahu mengalah. Dua dua mendakwa betul dan sah. ROS diheret sama. PM dan TPM pun kena campur sama. Semua orang jadi celaru. Sebenarnya ia melibatkan isu hemah, intergriti dan ketelusan kepimpinan. Kerana yang nampak kurang bagi kedua duanya adalah hemah, intergriti dan ketelusan kepimpinan!!! Both may need a culture course!!


Akhir sekali saya perturunkan kenyataan YB Dato Ong Kee Teat, Menteri Pengangkutan dan Presiden MCA semasa mengulas isu Kawasan Bebas Port Klang. Menarik sekali untuk kita renungi dan hayati kata kata beliau ini ` saya gembira kerana Perdana Menteri dan anggota jemaah menteri berkongsi aspirasi saya bahawa Kerajaan kita mesti telus menangani secara terus isu isu yang ada.. menyembunyikan masalah bukan satu opsyen'.


Apa pun tafsirannya, apa pun niat dan agendanya, apa pun huraiannya, apa pun yang didakwa tersirat, kata kata Dato Ong itu amat amat dialu alukan oleh semua manusia yang rindukan ketelusan, intergriti dan kebertanggungjawaban dan kepimpinan yang berkualiti!!!

No comments: