Sunday, June 28, 2009

BIASISWA NASIONAL..MERIT SERATUS PERATUS!!!

Mingguan Malaysia dan Sunday Star hari ini Ahad 28 Jun 2009 bersamaan 5 Rejab 1430 memaparkan dimuka depan, isu biasiswa nasional yang mensyaratkan 100 peratus berdasarkan merit bagi biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam - JPA mulai tahun depan. Ia diumumkan oleh Perdana Menteri sendiri.

Berita Harian dan NST melaporkan isu yang sama dimuka dua dalaman. Persepsi news worthy yang boleh dihalusi dan direnungi memandangkan isu ini melibatkan kepentingan semua kaum dinegara ini. Sudah tentu ianya mengundang pro dan kontra.

Saya dihubungi oleh wartawan the Star untuk mendapatkan komen. Saya jawab dengan jelas. Saya advocate meritocracy dalam semua bidang terutama pendidikan. Namun demikian meritnya mestilah juga berdasarkan situasi dan lanskap budaya pendidikan itu sendiri. Contohnya pelajar dari luar bandar, dengan sosio ekonomi, budaya dan latar belakang yang amat berbeza dengan dibandar, sudah tentu tahap pencapaian mereka tidak sama. Saya setuju dengan sedikit reservation! Bersediakah kita semua?

Soalan yang tertanya tanya difikiran kita, adakah semua kaum dinegara ini sudah bersedia untuk `menganut' dasar dan sistem ini. Saya menunggu komen dan ulasan dari tokoh tokoh pendidikan dinegara ini. Pendapat mereka agak penting dan saya kira genuine. Ulasan dari pemimpin parti politik bolehlah dibaca juga.

3 comments:

Anonymous said...

Tuan,

Sah sudah UMNO sudah semakin jauh dari agenda membela hak orang Melayu.

One Malaysia pun slogan DAP tuan!

Anonymous said...

Merit seratus peratus bagi pemberian biasiswa akan mengurangkan peluang anak bumiputera. Itu yang SAH.

Janganlah terlalu mengikut sangat kalau pun terpaksa meminta sedekah undi dari orang lain.

Pak Tongku Kuala Kedah

Anonymous said...

Saudara,

Saya rasa tindakan Najib itu akan menjejaskan lagi peluang BN untuk terus berkuasa.

UMNO adalah parti yang membela dan mempertahankan hak dan keistimewaan orang Melayu.

Apakah yang dilakukan ini mempertahankan hak dan keistimewaan orang Melayu.