Setelah sekian lama, saya menjengok ke Parlimen beberapa hari lalu. Peluang berjumpa rakan rakan pembantu menteri, wartawan dan juga kenalan lama yang bertugas di Parlimen. Seronok juga melihat telatah wakil wakil rakyat, pegawai menteri dan penyokong penyokong parti yang berkeliaran di lobi Parlimen. Macam macam watak ada. Setakat hendak uji mental exercise bolehlah..disamping berjumpa kawan kawan!!!
Namun apa yang berlaku didalam Dewan, adakalanya agak membosan! Perbahasan yang bertukar menjadi pertengkaran. Perdebatan yang hampir menjadi pergaduhan. Kadangkala sukar untuk menerima hakikat bahawa ianya berlaku didalam chamber Parlimen yang dikenali sebagai `august house'. Isu isu besar yang menjadi perhatian dan kepentingan rakyat dan sepatutnya dibincang, didebat dan dibahas demi kepentingan rakyat, menjadi isu personal dan partisan.
Contoh yang amat ketara apabila Menteri Pengangkutan memberikan `ministrial statement' berhubung dengan isu Port Klang Free Zone - PKFZ yang melibatkan RM12.5 billion. Pertengkaran Lim Kit Siang dan Dato Seri Tiong King Sing, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan dan pemegang saham terbesar Kuala Dimensi Sdn Bhd, syarikat kontraktor yang terlibat dengan isu tersebut, Tony Pua, Ahli Parlimen PJ Utara yang diperintah keluar Dewan, retorik dan jeritan Ahli Parlimen dari BN dan PR, yang sebenar sudah menyimpang jauh dari isu sebenar yang patut dibahaskan. Sengaja terbabas (atau memang sengaja disimpangkan jauh untujk membela sahabat atau rakan separti) kerana emosi parti, emosi kelompok dan ketaksuban politik..akhirnya isu kepentingan rakyat tersisih...sidelined..
Isu sebenarnya ialah.
APA YANG BERLAKU DENGAN LAPORAN AUDIT BERTAULIAH ITU.
SIAPA YANG BERTANGGUNG JAWAB?
SIAPA YANG BERSALAH?
SIASATAN SUDAH DIBUAT KAH.
SPRM DAN KP NYA JANGAN TIDUR.
JANGAN BERDOLAH DALIK. INI WANG RAKYAT.
ADA MENTERI TERLIBAT KAH?
KP SPRM JANGAN HANYA PANDAI BUAT PC PASAL LEMBU SAJA...PASAL SPEAKER DUN PERAK AJE...
INI KES BESAR...MELIBATKAN WANG YANG BESAR. SIASAT DENGAN TELITI...WITHOUT FEAR OR FAVOUR!!!
JANGAN JADI PENGECUT KERANA ANDA AKAN DITUNTUT DIPADANG MASYAR NANTI. Itu pun kalau percaya ada Padang Masyar lah...
Kemudian ada pula isu promosi pelancungan yang agak menggelikan hati. Geli sungguh. Menterinya kata Jean Todt, boyfriend Michelle Yeoh dibayar sejumlah wang yang agak besar untuk mempromosikan Malaysia. Alahai... Ng Yen Yen...Jean Todt, kaki rumbu Ferrari tu nak promote Malaysia. Apa pula credential nya si Jean ni yang boleh menyebabkan Kementerian Pelancungan begitu tertarik untuk melantik beliau sebagai Duta Pelancungan Malaysia. Tak ada orang lain kah. Dia ni bawak anak dara orang bolehlah..Yang paling membosankan ialah jawapan Ng Yen Yen..antaranya..besides, RM1 million in Europe gets you nothing nowadays!!!
Didakwa bahawa sejumlah RM240,000.00 diperuntukkan hanya untuk tiket penerbangan kedua duanya. Kedua duanya pun masih belum sah sebagai suami isteri. Bayangkan Malaysia menggunakan khidmat dua manusia yang bukan suami isteri yang sah sebagai Duta Pelancungan negara!!!
Kemudian Ng Yen Yen menafikan tuduhan bahawa Jean Todt diberikan sebidang tanah di Pulau Besar, Terengganu sebagai sebahagian dari `deal' tugasan Duta Pelancungan tersebut. Diharap ianya adalah kenyataan betul, bertanggung jawab dan telus. Jangan nanti selepas ini Pejabat Tanah Kuala Terengganu pula membuat dakwaan mengenai pertukaran nama di Pulau tersebut. Buat masa ini kita anggap kenyataan Ng Yen Yen itu sebagai gospel truth dulu!!!
5 comments:
Patutlah tak nampak muka kot Alor Setar. Rupanya member kita ni dok ada kat Parlimen. Kalau pi Parlimen tu saheh dapat banyak "modal".
Apa yang ditulis merupakan pandangan dari seorang rakyat Malaysia sendiri, orang Alor Keladi, mengenai politik dan ahli politik Malaysia, khususnya senario yang berlaku di Parlimen. Penilaian yang dibuat rasanya akan dipersetujui oleh kebanyakan rakyat Malaysia walaupun tidak seratus peratus.
Tapi macamanalah pula agaknya pandangan orang luar menoton TV dan membaca berita mengenai apa yang berlaku dalam Parlimen Malaysia?
Boleh jadi tak macam berok tenguk manusia? Kata beruk padanya kawan-kawannya "Hampa tenguk perangai beruk-beruk tu?"
La... berok pula anggap depa manusia dan kita ni yang berok.
Saudara,
Tuan pernah bertugas di Parlimen, apa bezanya dulu dan sekarang.
Betul lah, kita mahukan perdebatan yang sehat, telus dan bertanggung jawab. Karpal Singh, Gopalakrishnan, Bung Mukhtar, Mad Aziz, Tajuddin Rahman bukan material parlimen sebenarnya.
Pembangkang pun mesti ada class.
Saya setuju dengan Ekeng, Parlimen Malaysia penuh dengan beruk buatan Malaysia!!!
Saya juga sependapat dengan tuan, Jean Todt itu bukan orangnya untuk mempromosikan Malaysia. Dia tidak ada kemahiran didalam bidang itu setakat yang kita tahu.
Kita sudah mempunyai pejabat pelancungan diserata dunia. Adalah lebih baik ditambah pejabat pelancungan dimana mana negara yang agak strategik.
Dan adalah lebih baik ditambah peruntukan atau man power dipusat/pejabat pelancungan kita yang sedia ada.
Seronok pula baca komen yang lantang dan berani ni. Harap terus balun, jangan tidak. Heh... heh... heh...
Post a Comment