Tuesday, June 2, 2009

Stadium Gong Badak Runtuh...nasib calun Bebas di PK DUN Penanti...






STADIUM GONG BADAK RUNTUH!!!

Hari ini kita dikejutkan dengan runtuhnya Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, Terengganu. Stadium yang lebih dikenali dengan Stadium Gong Badak itu dibina pada tahun lalu dengan kos hampir RM270 juta. Kapasiti stadium tersebut diberitakan boleh memuatkan 50,000 orang. Stadium tersebut telah dirasmikan oleh DYMM Yang Di Pertuan Agung, Tuanku Mizan, sempena SUKMA 2008 di Terengganu.

Stadium yang hanya berusia setahun telah runtuh. Kosnya RM270 juta. Dianggarkan kerosakan bernilai RM35 juta. Sebuah kereta Kancil dan beberapa buah motorsikal dilaporkan hampir musnah akibat keruntuhan itu. Walau pun tiada kemalangan jiwa dilaporkan, tetapi hampir RM300 juta wang rakyat lebur menjadi debu!!!

Kenyataan Menteri Kerjaya, Dato Shaziman Mansor selepas melawat stadium tersebut dengan tegas menyatakan bahawa JKR akan bekerjasama dengan pihak SPRM didalam sebarang siasatan berhubung dengan pembinaan stadium tersebut. Satu kenyataan yang amat dialu alukan dari seorang pemimpin Kerajaan. Amat sukar untuk kita menerima hakikat bahawa pembinaan stadium tersebut dilaksanakan mengikut peraturan dan tatacara yang ditetapkan.

PILIHANRAYA KECIL DUN PENANTI!!!

Calun PKR Dr Mansor Osman telah memenangi Pilihanraya Kecil DUN Penanti dengan undi sejumlah 6,052 dengan majoriti berjumla 5,558. Apa yang menarik Calun Bebas Aminah Abdullah, bekas pemimpin PKR Pulau Pinang hanya mendapat 392!!! Calun Bebas Khan Ari, bekas ahli parti Gerakan hanya mendapat 494 undi, Kamarul Ramizu Idris hanya 56 undi.

Yang menarik Aminah Abdullah yang semasa kempennya penuh dengan cerita cerita dramatik yang melibatkan dakwaan politik sogokan, ugut mengugut dan tawar menawar. Beliau mendakwa ditawarkan menjadi Yang Di Pertua Majlis Perbandaran dan wang ringgit yang besar juga jumlahnya.

Melihat keperibadian dan perwatakan Aminah Abdullah atau nama glamournya Kak Min, saya merasakan orang yang membuat tawaran kepada Kak Min itu pun, kalau pun benar ada tawaran, kurang bijak dan kurang waras. Aminah Abdullah itu tidak layak ditawarkan sebagai Yang Di Pertua, dia hanya layak ditawarkan Ahli Majlis Perbandaran sahaja!!!

Dalam keriuhan di DUN Penanti, dia hanya dapat 392 undi. Yang duduk diam diam Calun Bebas Khan Ari itu pun dapat undi lebih dari dia. Saya harap Aminah Abdullah atau Kak Min ini jadikanlah situasi dan keputusan didalam Pilihanraya Kecil tersebut sebagai ikhtibar dan pengajaran dalam hidup. Kita akan dilihat tidak cerdik jika bertindak untuk kepentingan sementara dan kepentingan orang lain. Sekarang mungkin Kak Min perlu mencari peguam untuk membela diri jika disaman malu oleh PKR!!!

4 comments:

Anonymous said...

Abang Ramli,

Apa nak kias kias, pembinaan Stadium itu penuh dengan unsur unsur rasuah dan salahguna kuasa lah tu.

Kalau saya, repot saja kat SPRM.

Anonymous said...

Rasuah..rasuah..rasuah..itulah akibat dari rasuah..stadium setahun jagung boleh runtuh.

Ekeng a/l Etong said...

Agak-agak tuan, Kak Min ni kalau kita lantik dia jadi Tukang Karut Boria sesuai tak? Pasai Kak Min ni pandai karang cerita bagi orang tertarik tapi tak berminat.

asalbayu said...

Kata isteri saya Tuhan nak tunjukkan segala kemungkaran manusia. Mungkin ada orang lain juga kata macam tu. Berkenaan PRK Penanti tu, saya rasa lucu juga. Betul Kak Min kata dia tak rasa kecewa, tapi dalam hati dia tentu Tuhan saja yang tahu.