Friday, July 31, 2009
H1N1 dan kelahiran yang tidak didaftarkan!
Hari ini 30hb Julai, dalam Mesyuarat Lembaga Pelawat Hospital Sultanah Bahiyah, H1N1 menjadi topik yang dibincangkan. YB Menteri meminta Lembaga Pelawat Hospital memainkan peranan dalam usaha memberi penerangan dan penjelasan berhubung dengan penyakit ini.
Apabila jumlah kematian sudah sampai 4 orang, dan dengan beberapa kenyataan yang menjurus kearah keseriusan H1N1, sudah pasti ramai yang gelisah, risau dan terganggu. Dato Dr Faiz, Timbalan Pengarah Hospital, memberikan penjelasan. Kematian mangsa terakhir yang keempat juga diperjelaskan oleh Dr Faiz. Masalah pokok isu H1N1 adalah pencegahan. Masyarakat mesti diingatkan betapa penting gaya hidup sehat dan kebersihan diri.
Mesyuarat berpendapat penjelasan dan penerangan yang berterusan hendaklah dilakukan. Lembaga bersetuju untuk merangka beberapa program penerangan dan kempen dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Kesihatan Negeri dan pemimpin masyarakat.
Sebelah petang, saya dipinta untuk membantu Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia diketuai oleh Dato Khairul Aseh dan Ketua Pergerakan Pemuda Negeri Kedah, Saudara Badrul Hisham berhubung dengan masalah satu keluarga empat anak yang tidak didaftarkan kelahiran mereka.
Hanya kerana perkahwinan yang tidak didaftarkan dinegara ini (pasangan tersebut menikah diluar negara) anak anak menjadi mangsa tanpa pengenalan diri. Seorang dari anak pasangan tersebut dimasukkan dihospital dan sebuah akhbar tabloid mendedahkan masalah keluarga tersebut sebelum ini.
Saya bersyukur kerana dapat membantu usaha baik itu. Kakitangan Wad 4B juga memberikan kerjasama yang sama bersimpati. Sister yang bertugas memberikan nasihat kepada ibu kanak kanak tersebut. Usaha murni beliau dan jururawat lain diluar bidang tugas sebagai jururawat. Saya bangga dengan mereka..my Florence Nightangle!!
Kepada rakan rakan media, saya pohon maaf kerana tidak dapat membenarkan gambar diambil didalam wad pada awalnya. Ia sebenarnya melibatkan pesakit dan keluarga pesakit. Itu hak mereka, dan bukan semua pesakit mahu dirakamkan gambar mereka. Kalau mereka setuju, itu soal lain. Hospital mesti menjaga hak dan kepentingan pesakit. Terima kasih kerana memahami.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
ANDA SEKELIAN ADALAH KEBANGGANGAAN MASYARAKAT. APA PUN PEGANGAN POLITIK ANDA, KHIDMAT DAN SUMBANGAN BAKTI ANDA AKAN DIKENANG.
TERUSKAN USAHA BAIK ITU.
TAHNIAH JUGA KEPADA KAKI TANGAN HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH YANG AMAT PRIHATIN.
HJ HASHIM AWANG
ALOR SETAR.
Salam Bro,
Setelah beberapa hari menyepi, artikel kali ini memeberikan satu lagi ummph dlm blog tuan. H1N1 sudah bergerak kesatu tapak persepsi baru.....iaitu konspirasi. Nampaknya kita sudah begitu sejak adanya pencetus H1N1 dalam politik.
Mengenai usaha murni tuan dalam memebantu insan marhaen dlm menyelesaikan masaalah mereka, Alhamdulillah. Dan sebagai bekas pesakit wad dihospital kerajaan, saya akui semakin ramai Florence Nightangle yang ujud bersama-sama keujudan hospital baru! Mungkin semangat baru melihat peralatan-peralatan hospital yang baru! AllahuA'laam.
Encik Ramli,
Selaku Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Sultanah Bahiyah saya ingin membangkitkan isu isu dibawah untuk perhatian dan tindakan tuan:
1. Kekurangan tempat letak kereta yang amat menyukarkan pesakit dan keluarga pesakit.
2. Masa yang terlalu lama untuk mendapatkan khidmat pakar. Adakalanya sampai 3 bulan.
3. Kesesakan jalan keHospital setiap pagi.
Diharap pihak tuan dapat melakukan sesuatu mengenai perkara diatas.
Setakat ini saya berpendapat khidmat dan sumbangan Hospital Sultanah Bahiyah agak membanggakan.
Bekas Pesakit Kenser
Pendang.
Tuan,
Masalah perancangan pembangunan yang tidak teratur dan prihatin.
Sepatutnya jalan diperbaiki dulu sebelum atau semasa pembinaan hospital.
Hospital tuan menghadapi masalah kesesakan lalu lintas yang serius.
Bagaiman kalau masa kesesakan, ambulan kecemasan hendak bergerak.
Harap jadikan ikhtibar dimasa akan datang.
Walau apa pun khidmat dan sumbangan warga HSB adalah amat dibanggakan.
Allah jua yang akan membalas budi dan sumbangan mereka itu.
Abang Ramli,
Tahap dan prestasi perkhidmatan hospital kerajaan kini semakin meningkat. Florence Nightangle pun semakin ramai berkelulusan dan berbudi bahasa...tapi sayangnya musang rasa sangat fobia dengan hospital kerajaan...sebab dulu mulut depa boleh tahan..bahasakan orang seolah-olah tiada budaya dan kesantunan...
Tapi musang percaya, bila abang Ramli ada sebagai Pengerusi Lembaga Pelawat HSB duri-duri dalam daging ni boleh dicabut. Florence yang tulin boleh dibentuk..bukan plastik..
Satu je yang musang minta...harap ada "green lane" untuk media bila berurusan di hospital...
I admire your capabalities and achievments.
You are one of the very few who walk the talk.
Congrats.
From
A Friend..
Kisah keluarga empat anak yang tidak didaftarkan kelahiran mereka itu berlaku diKuala Kedah.
Difahamkan bahawa UMNO Kuala Kedah sudah menyiasat masalah tersebut dan difahamkan akan membantu keluarga nelayan tersebut.
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Negeri Kedah seharusnya menghubungi UMNO Kuala Kedah dahulu sebelum melakukan sesuatu walau pun dengan niat baik.
Isu ini tidak langung dirujuk kepada Pemuda dan UMNO Bahagian Kuala Kedah.
Kehadiran EXCO Pemuda Malaysia membawa gambaran bahawa UMNO Kuala Kedah tidak prihatin dengan masalah tersebut.
Adalah lebih baik ianya diselesaikan diperingkat Bahagian sebelum dibawa kepada pengetahuan EXCO Pemuda.
Ahli Pergerakan Pemuda UMNO
Kuala Kedah
Sahabat Sekelian,
Terima kasih atas komen dan teguran anda. Saya amat hargai saranan dan pandangan anda sekelian.
Walau pun blog ini bukan blog rasmi Lembaga Pelawat Hospital Sultanah Bahiyah, insyaalah apa yang dikomen akan saya berikan perhatian dan saya bawakan kepada pihak yang bertanggung jawab.
Anda juga boleh menulis terus kepada alamat dibawah untuk sebarang pertanyaan dan kemuskilan berhubung dengan Hospital Sultanah Bahiyah.
Pengerusi Lembaga Pelawat
Hospital Sultanah Bahiyah
KM 6, Jalan Langgar
05460 Alor Setar.
Post a Comment