Saya mengelak untuk memberi komen tentang isu babi yang sedang hangat diperkatakan di Alor Setar akhir akhir ini. Hanya pasal babi DAP sanggup bercerai berai dengan sekutu politiknya PR. Riuh rendah macam nak runtuh dunia. Babi jadi punca masalah manusia. Babi pembawa H1 N1 dan JE yang menyebabkan dunia jadi kelam kabut.
Babi menjadi alasan untuk manusia jadi takut berjalan, takut naik kapal terbang dan takut keluar rumah. Babi jadi sebab manusia berkelahi dan bertelagah. Semua babi punya pasal. Semua babi babi tergelak besar. Persatuan Babi senyum sinis melihat manusia bergaduh pasal ahlinya. Itulah babi..punyai hebat...
Kes di Alor Setar ni cukup simple. Tempat lapah babi (tidak boleh guna perkataan sembelih kerana babi tidak pernah disembelih) itu telah bertahun disitu. Orang disekeliling tempat tu sudah lama merungut, membebel, membantah dan berdemontrasi secara aman. Tak siapa dengar. Tidak ada tindakan. Sekarang sudah terlalu lama. Tindakan perlu diambil. Tempat itu mesti robohkan. Orang keliling tempat lapah babi tu sudah lama bersabar..sudah tak tahan. Senang saja.
Orang Islam makan ayam, lembu dan kambing..mahu kah orang Melayu Islam duduk dekat kandang lembu, lau (reban) ayam atau kandang kambing. Orang Hindu juga makan ayam tetapi tidak makan lembu kerana agama Hindu menganggap lembu itu suci..tetapi mahukah orang India yang beragama Hindu tinggal bersebelahan dengan kandang lembu atau kambing.
Begitu juga dengan orang Cina. Majoriti orang Cina makan babi..tetapi mahukah orang Cina tinggal bersebelahan dengan kandang babi atau tempat babi dilapah. Mahukah orang Cina duduk berjiran dengan pusat lapah babi yang berbau darah dan najis babi. Mahukah orang Cina yang suka makan babi duduk tinggal sekampong dan bergelumang dengan bau najis dan sisa sisa babi.
Hakikatnya tidak ada manusia yang suka berdekatan dan berjiran dengan binatang walau pun binatang itu adalah makanan hariannya. Itu sah. Kalau ditanya orang Cina sekali pun dia tidak akan sanggup tinggal berhampiran dengan tempat lapah babi di Mergong itu.
Pengerusi DAP Thomas Su kena tanya seramai Cina mungkin. Kemudian baru buat keputusan untuk jadi bebas atau jadi tak bebas. Jangan main dengan isu remeh. Babi adalah makanan orang orang Cina tetapi kena terima hakikat bahawa babi banyak bawa masalah kepada manusia. Najis babi sudah tentu busuk. Macam najis binatang lain. Jadinya jangan cepat hendak jadi hero babi..kena jadi pro bukan politik sempit yang nampak macam kekampongan!!!
Malam 4hb Julai lalu sekumpulan blogger bebas telah mengadakan pertemuan informal di Holiday Villa. Hampir 30 orang pengendali blog menghadiri pertemuan tersebut. Saya hadir bersama rakan rakan blogger dari sekitar Kedah, Penang dan Kuala Lumpur. Cukup menggalakkan.
Satu pertemuan yang agak menarik walau pun ada isu isu panas yang telah lama tertangguh. Adakalanya mungkin dilihat emosi kerana kekecewaan atas sebab sebab tertentu. Namun itulah hakikatnya apabila andaian, persepsi dan perkiraan menilai realiti dan hakiki. Kalau masih ada manusia yang tidak tahu mendabik dada mendakwa tahu dan menilai mengikut suasana dan kelompok. Kalau masih ada yang mendakwa hanya dia yang tahu dan berhak memberi pendapat.
Namun saya berpegang kepada pendapat orang orang tua...nasihat akan lebih berharga nilainya apabila diminta...bukan dijual percuma!!!
Monday, July 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
betul jangan jadi pak turut yg sanggup pertaruhkan maruah dan bangsa sendiri semata-mata kerana sedikit imbuhan dan glamour.tapi di kedah ni, ada yg sanggup....
Babi yang tak pernah pun aku makan dagingnya, turut bagi ilham untuk aku mengarang. Pertama dapat buat seloka (BABI"(http://cicittoknadoq.
blogspot.com/2009/07/seloka-babi.html)
dan yang kedua aku dapat karang pantun"BABI(http://cicittoknadoq.
blogspot.com/2009/07/nak-pantun-sikit.
html.)
Begitu punya lama aku jadi tukun, tak mengarang, timbul isu babi di Kampung Berjaya, tiba-tiba aku dapat ilham untuk mengarang.
Bermutu atau tidak, itu buka kerja aku. Kerja menilai sesebuah karya adalah hak pembaca.
Mengenai pertemuan Blogers Utara malam tu, aku memilih untuk tutup mulut. Bukan kerana tak setuju atau tak suka dengan sapa-sapa. Pasai semua yang bagi pendapat malam tu bagus-bagus dan betul belaka. Tak payah nak jadi nasi tambah. Kalau tambah pun jadi macam perui bawang goreng dalam mei rebus. Tak boh bawang pun mei tu sedap dah!
Orang yang bagi pendapat selalunya adalah orang yang berakal atau intelektual. Kalangan intelek bukan hanya di Universiti tapi mereka yang mememerhati, berfikir, mengkaji, menganalisis dan kemudian memberikan pandangan atau pendapat dengan menggunakan akal waras.
Sebab itulah orang yang bagi pendapat tak guna akal, berjebah di Pusat Serenti dan Hospital Bahagia.
Pandangan, kritik dan saranan yang dilontar dalam majlis pertemuan tersebut memang lojik dan berasas.
Masalahnya, pihak yang menjadi sasaran pun berakal juga. Walaupun apa pun cara dan kaedah, mereka adalah dipilih melalui proses demokrasi berpartian.
Kita berhujah menggunakan akal dan mereka juga berhujah menggunakan akal. Akal sapa yang betul? Nak pakai akal sapa? Ini yang menjadi masalah. Dan ini yang perlu kita pertemukan untuk mencari akal-akal untuk menguatkan semula mana yang lemah, mengukuhkan kembali mana yang longgar, membina semula mana yang runtuh.
Tanpa titik pertemuan, sorry bro, perjuangan kita bolehlah dinoktahkan!
Assalamualaikum Tuan.
Sy ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan diatas segala kepayahan dan hasil usaha dari tuan untuk menjayakan majlis pertemuan bloggers malam tu.
Segala ungkapan serta kiasan tuan amat bernas dan bertepatan walaupun adakalanya sinis. Maklumlah.,bahasa "orang lama" lah katakan.
InsyaAllah, sy sebagai "orang baru" akan menjadikan semangat "orang2 lama" seperti tuan sebagai pemangkin untuk sy semarakkan pejuangan memartabatkan Agama, bangsa dan tanahair.
Demi Islam..,Demi Melayu !
Salam Perjuangan.
Saudara batu putih,
seperti yang saya selalu katakan..you are wasting your breath with them, tingkat 6, of course.
orang orang yang tuan sebutkan itu tetap disitu kerana yang berkuasa diKedah boleh terpengaruh dengan hanya salinan photostat data data yang disalin dari website SPR dan dari bahagian bahagian.
saya tidak nampak saranan dan kritikan tuan dan rakan rakan tuan boleh kemana. dua tiga orang di bangunan tunku tu sudah berakar umbi.
kemahiran mereka adalah mengadu dumba dan berlakon disetiap era kepimpinan UMNO negeri. mereka boleh hidup disetiap zaman.
beri pandangan dan lontarkan idea ditempat lain lah saudara Ramli.
Pak Tunku Kuala Kedah
Salam tuan,
memang nak pi tapi last minute tak jadi. kena ganti boss bagi ceramah lak..Insyaallah lain kali nak gi juga kalau ada lagi pertemuan begini.. nampak bagus tu! sebab tak dak la macam di kl hari tu..
Tahniah kepada penganjur..
Salam Bro Batu Putih,
Terkedu dan terpegun mendengar tiap-tiap lontaran kata-kata dari mulut org yang sudah 'mengurangkan kandungan garam dalam makanan' yg tentunya lebih dahulu makan garam dari saya memberi dimensi baru terhadap makna penghidupan.
Bro, "to get a little gold have to dig a tonne of mud". Walaupun nada anda spt sudah mengalah dgn sikap tingkat 6, tetapi saya amat berharap suara keras hati anda menafikan nada zahir anda.
Biarlah org sekeliling memperlekeh usaha kita, kerana keputusan muktamad milik Allah sepenuhnya.
Perpaduan suara, pandangan dan pendapat beserta dengan keputusan nan satu akan dapat merubah sejarah.
Saya bersedia sekadar termampu membantu bertukar pandangan dan maklumat demi Melayu dan kelangsungan 'survival'nya.
**Walau saya ahli, seingat saya hanya sekali saya ke tingkat 6. Maklumlah.....marhaen.
Sessi 'mikro'pun boleh apa......
pakcik ramli.... salam ziarah dari aton aloq staq...
saya setuju dengan komen Pak Tunku KUALA KEDAH yang terakhir, we are wasting our time jika sekiranya tingkat 6 terus bertukun disitu, semua depa pandai, data, research depa buat hebat sunggguh, prediction depa dalam PRU ke-12 lalu, Sungai Limau pun boleh menang. Aku yang mengaji paper Research Metodology dalam Political science, ambik kursus khas lagi di Oxford pun tak pernah jumpa kaedah penyelidikan depa mcm tu.. buang masa saja puak tu..politik cari makan..tak payah la nak susun strategi, nak buat blog, tengok la UMNO negeri buat blog, bukan nak bincang atau analisis isu tapi nak promote diri kediri...lepas tu panggil consultant uum, profesor kangkung, penganlisis kertas, dengan kawan-kawan dia..suruh dia balik meniaga parpu kari di penang lagi baik..apa dia tahu,..satu-satunya profesor yang tak pernah tulis buku..boleh dapat profesor
Tuan,
Saya tak tahu apa ucapan sdr di majlis tersebut! Tapi saya boleh agak dan tak mungkin silap. Semuanya berkisar pasal perubahan yang UMNO perlu buat dan nak mengharapkan tingkat 6 adalah satu mimpi...
Maaf, terpaksa ganti boss sat jadi tak dapat balik. walau bagaimanapun
terima kasih atas jemputan. mesti meriah majlis tu....salam.
Sahabat sekelian,
Terima kasih atas komen anda sekelian. Saya hargai pendapat dan komen anda semua. Namun sekembali dirumah saya rasa sesuatu yang saya patut sedar. Macam rasa kesal dan silap.
Apakah saya harus sibuk sibuk dengan apa yang tidak seharusnya saya sibukkan. Kenapa nak masuk territory orang..hal orang..kehebatan orang..orang besar besar belaka pulak tu.
Saya hampir setuju dengan Pak Tunku Kuala Kedah, dinleter dan mengkuang. Am I wasting my time on these issues. It does not affect me directly or indirectly. Saya hanya penyokong biasa dari gred marhaen.
Saya tidak ada ambition politik atau perniagaan. Saya tidak pernah mimpi untuk pandu S class atau Cayene Porce atau merc lampu kacang..saya hanya pandu kereta biasa dan tinggal dirumah biasa..terlalu biasa.
Saya patut selesa dengan kehiudpan saya, ada keluarga, ada pendapatan (walau pun tidak besar macam orang orang besar yang kita lihat disekeliling kita) ada jawatan walau pun bukan besar, ada kawan rapat dan sahabat taulan yang sudi bersetuju untuk tidak bersetuju.
Saya menerima jemputan diluar negara dan dalam negara untuk berkongsi pendapat dan pengalaman. Orang Teheran dan orang Cyprus jemput saya untuk berbicara mengenai isu isu perubatan, kebajikan dan kanak kanak, lantas saya tidak harus kecil hati atau terkilan jika ada seorang dua di mana mana tingkat bangunan `memperlekehkan' saya.
Saya patut bangga dengan kemampuan saya sendiri, dengan ketelusan hidup saya sendiri dan dengan kepercayaan seorang dua pemimpin besar atau kecil yang saya dampingi.
Hanya kepada adik adik maizatulmiza, musang berjanggut, Detguaq, duke of umno, che-wan, generasikini, songketmelayu dan yang lain lain, saya amat hargai hasrat dan niat baik anda. Teruskan berkata benar dan lakukan yang terbaik untuk masyarakat. You all have my support. Say it without fear or favour.
Saya sedar saudara bukan mahu dapat kontrak buat jalan atau bina dewan dari Kementerian Luar Bandar dan saudara juga bukan mahu dapat kontrak membekal komputer untuk mana mana institusii walau pun saudara banyak tahu pasal cyber dan IT. Saudara hanya sayangkan organisasi yang anda anggotai.
Syabas! Kebenaran akan muncul walau pun kekeliruan telah menjelajah keseluruh pelusuk dunia.
susur galur dalam konteks POLITIK ORANG MELAYU ada TIGA layer yang berbeza....
PERTAMA orang yang sememangnya dilahirkan sebagai pemimpin seperti DATO ONN, TUNKU,TUN RAZAK,TUN HUSSEN TUN M dan TUN LAH mungkin..mereka-mereka ini profesional dan mempunyai gaya dan ciri-ciri kepimpinan yang tersendiri dan menciptanya sejarah tersendiri dan terbukti dengan apa yang kita warisi hari ini..
layer KEDUA orang yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi tetapi mereka hebat memperjuangkan bangsa dan parti antaranya TUN GAFAR..Beliau mengaku penidikan tidak tinggi tetapi kita kagum dengan pencapaianya yang setanding dengan mereka yang profesional..sehinggakan di IPTA ada kursi TUN GAFAR..saya percaya dalam konteks UMNO hari ini sudah tidak banyak orang macam ni..mungkin layer kedua ini sudah tidak wujud lagi dalam politik kita khususnya UMNO tetapi UMNO sangat perlu juga orang macam ni..seterusnya layer terakhir yang..
KETIGA..mereka ini juga tidak berpindidikian tinggi seperti yang dituntut masyarakat masa kini..tetapi orang-orang ini sangat berbeza dengan layer KEDUA tadi, dimana orang-orang ini sangat sama sekali tidak akan mengaku kekurangan yang meraka hadapi bahkan mereka juga merasakan mereka juga hebat seperi layer PERTAMA dan KEDUA tadi walaupun kekuranag mereka telah di buktikan dan diterjemahkan dengan berbagai cara temasuk mereka kalah dalam pertandingan dan idea dan kajian mereka terbukti gagal..
Apa yang sangat mebimbangkan kita yang masih mengharapkan nafas baru dalam politik UMNO KEDAH yang dipimpin oleh golongan layer PERTAMA tadi, secara tidak langsung akan terbantut proses penyunglinganya(menjernihkan semula UMNO kedah) disebabkan leyer KETIGA tadi masih mendomenasi tinkat 6 UMNO KEDAH seperti yang di luahkan rakan-rakan tadi kononya pakar strategi seperti saudara ramli selalu sebut tu kononya mereka dah lama berpolitik 30 tahun tapi kedah di kuasai PAS...megakulah kelemahan belajarlah sedikit sejarah..Kenapa KEREJAAN MELAKA yang satu ketika dulu hebat terkenal dengan perdadangan dan pelabuhan yang hebat boleh rntuh dan hancur hanya disebabkan oleh pembesar-pembesarnya yang tamak,dengki sesama sendiri,gila kuasa dan pentigkan diri sendiri, angkuh..
george santayana,,pernah berkata sesiapa yang lupa kepada pengajaran sejarah akan menerima hukuman dengan terus menerus mengulangi kesilapan mereka.
Kita tidak mengatakan orang tidak berilmu tidak perlu dalam politik tetapi jadilah layer KEDUA seperti TUN GAFAR yang sentiasa merendah tetapi mncipta kejayaan dan dikenang sebagai pejuang..
SALAM...
Saya telah melihat aksi dan lakonan orang orang ini dari zaman Osman Aroff lagi. Betul dah tu..kemampuan mereka yang paling ketara ialah, mengadu dumba dan tukang cop pemimpin lain.
Bahagian bahagian berpecah adakalanya kerana orang orang ini. Zaman TSOA depa juga jadi tukang karut, zaman TSSJ mereka jadi tukang lapor, zaman DSR depa juga jadi kutip komisyen, zaman MK depa paling berjaya jadi tukang jual Kedah.
UMNO Kedah akan terus maju tapi maju kebelakang. Saya amat setuju dengan Dergaman, mengkuang, dinleter dll. Zaman ambik komisyen dari caterer jamuan UMNO tu sudah sampai masanya dihentikan.
Saudara batu putih jangan buang masa la, tuan tu lain dari yang lain, jaga Pokok Sena tu cukup lah. Tu pun kalau penyakit yang sama tak berjangkit, sebab virus tingkat 6 & 7 tu pun ada kat Pokok Sena tu.
Pak Tunku Kuala Kedah
bang li,
Saya hanya nak ucap terima kasih kerana tolong dapatkan tempat anak saudara saya diUITM tempoh hari.
Maaf kerana sms saya bang li tak balas. Sibuk dengan bahagian kot. Sampaikan salam saya pd Ustaz Sharin, Setpol Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Terima kasih.
Mi Pokok Sena.
Saya rasa saudara semua kehilangan fokus. Isunya adakah rakyat masih menerima BN/UMNO dewasa ini.
Generasi muda masakini sudah mulai merasakan bahawa kepimpinan BN/UMNO sudah hampir tarikh luput.
Zaman dimana UMNO dianggap Melayu dan Melayu itu UMNO, sudah lama hilang dihati majoriti rakyat. Hari ini Melayu yang tidak Islam pun sudah ramai.
UMNO yang semangat dan jiwanya sungguh suci telah dinodai oleh kerakusan kepimpinan UMNO dulu, kini dan akan datang.
Bekas Ketua UMNO Cawangan
Sungai Petani. Kedah
Masa BN perintah, sapa pun tak berani nak runtuhkan tempat sembelih babi tu.
Ustaz Azizan berani buat, hangpa dok bising buat apa. Muka tak malu macam muka...
Pi tanya orang Mergong tu apa depa kata, BN tak ada telok, takut hilang undi cina.
salam batu putih..terima kasih atas kunjungan ke blog saya yg tak seberapa. Saya pun baru first time msk blog batu putih nie. malam pertemuan bloggers, saya lebih kepada perangai yg lebih suka mendengar. Ada yang dipersetujui dan ada yang akag kurang setuju. Tetapi setiap pandangan dan pendapat ada benarnya kerana ianya dibuat atas persepsi kendiri masing-masing.
Masalah di tingkat 6 bgnan UMNO telah lama saya dengar. Yang lain saya lebih ignore kan tetapi yang saya tak tahan ialah mereka ibarat sesumpah yang bertukar kulit apabila berada di bawah kepimpinan MB baru. Tun Mahathir yang berjasa pun dikritik, diperleceh dan diberi gelaran macam-macam sebelum PRU12. Memang patut pun kena diajar.
Dan tentang komen terakhir dari celik it tapi buta perut, sokong saja apa yg Ustaz Azizan kamu tu buat. Baru buat yang itu sahaja dah berdegar-degar menepuk-menepuk dada lebih dari king kong.Blogger bising sebab menegur kamu tu bising hari-hari macam ayam bertelur riuh sekampung tu apahal?
Lesen video game bercambah diluluskan di Kulim tu apahal pulak?Tak bising walaupun anak-anak murid Melayu ponteng sekolah pi main kat situ?
Post a Comment