Saturday, July 18, 2009
SPRM atau BPR atau ACA kena hati hati dengan kewibawaan, intergriti dan imej Kerajaan.
SPR telah ditukar dari SPRM setelah di `comissioned' kan sebagai Suruhanjaya. Suruhanjaya ini makna dan fungsinya besar dan ianya bukan jabatan atau agensi biasa. Perananya besar dan tanggungjawabnya pun besar juga. Macam CIA dan FBI di US. CIA di US ada direct acces kepada Presiden. Saya agak SPRM pun begitu juga. Maknanya SPRM cukup berkuasa dan cukup segala galanya untuk melaksanakan tanggung jawab yang diamanahkan oleh Kerajaan melalui rang undang undang yang dibentangkan didalam Parlimen.
Namun demikian SPRM yang baru bertukar nama itu, sejak diaktakan, terlalu banyak kontraversi. Adakalanya terlalu kontraversi, merisaukan dan mengganggu harapan kita yang amat mengharap agar SPRM menjadi tunggak, paksi dan pemangkin ketelusan dan intergriti negara. SPRM mesti jadi badan yang 100 peratus tahap kewibawaan yang tidak boleh dipertikaikan sedikit pun. Index intergritinya mesti melebihi 99 peratus dan fungsinya mesti telus dan tegas. Ini tuntutan dimana mana pun. Ia bersifat universal.
Dalam kes dakwaan rasuah politik Dato Norza Zakaria, ada laporan Polis terhadap kekasaran pegawai SPRM. Ada dakwaan suspect ditelajangi, dipukul dan didera. Siapa yang bersalah masih belum disabitkan dan kes ini masih dalam siasatan tetapi dakwaan terhadap pegawai SPRM sudah dibuat. Kalau betul ada berlaku penderaan terhadap orang yang disiasat, apakah justifikasinya berlaku dakwaan seperti itu. Itu yang dilaporkan oleh media, mungkin ada banyak lagi yang tidak laporkan. Baru baru ini ada juga dakwaan yang sama oleh seorang pembantu pejabat didalam kes sisatan terhadap majlis perbandaran disebuah negeri.
Dalam kes PKPZ dilaporkan bahawa PAC di Parlimen peranan SPRM juga menjadi sasaran sesetengah pihak terutama pembangkang. Ketua Pengarah SPRM diberitakan hanya menghantar pegawai kanan untuk ditemuduga dan tindakan ini menunjukkan SPRM dilihat tidak begitu serius dalam menangani isu ini. Setelah beliau hadir, jawapan yang diberikan juga tidak banyak membantu Jawatankuasa tersebut. Intergriti SPRM boleh dipersoalkan dan andaian ini amat tidak diingini oleh masyarakat.
Dan yang paling terbaru kes siasatan terhadap 7 ahli EXCO Kerajaan Selangor. Seorang pembantu EXCO tersebut didapati mati disyaki jatuh dari bangunan yang menempatkan pejabat SPRM. Ia menjadi isu besar dan memberi ruang yang amat luas kepada parti pembangkang terutama di negeri Selangor itu sendiri. Malah 7 orang ADUN yang kesemua dari keturunan Cina itu pun dijadikan isu oleh seorang dari salah seorang ADUN tersebut. Ianya adalah isu kontraversi dan bukan isu biasa. Sudah jadi berprofil tinggi bagi Kerajaan dan pembangkang. Ia melibatkan intergriti dan ketelusan dipihak SPRM dan Kerajaan. SPRM terpaksa berdepan dengan dakwaan, tuduhan dan tohmahan yang mungkin boleh dielakkan.
SPRM mesti bertindak `without fear or favour' dan ini mesti dipraktiskan dengan jujur dan amanah. Tidak ada pilihan lain kalau SPRM dan Kerajaan mahu dilihat serius menangani rasuah, musuh nombor satu negara. Yes, SPRM bekerja dan akur dengan `government of day' tetapi SPRM mesti tidak boleh langsung dilihat berpihak dalam melaksanakan tindakan mereka. SPRM tidak boleh dilihat `bias' dalam sebarang usahanya untuk membenteras rasuah atau salahguna kuasa. Ketelusan SPRM dalam bertindak menangani isu rasuah dan salahguna kuasa mencerminkan Kerajaan itu sendiri.
Dan dalam isu kematian pembantu EXCO tersebut, kenyataan dan komen komen yang dilaporkan agak ketara dilihat mengikut `racial lines' dan jelas bersifat partisan. Saya rasa dalam sebuah negara yang telah lama bertamaddun dan berimejkan global, kenyataan kenyataan yang boleh dilihat sebagai terlalu berpartisan dan perkauman elok dielakkan. Jangan hanya kerana yang terlibat bukan dari kalangan kita, lantas kita terus membuat andaian dan rumusan yang jelas dilihat `prejudice' dan begitu juga sebaliknya. Saya tidak mahu mengulas jauh tentang ini kerana taraf pemikiran politik dinegara ini sudah seharusnya jauh lebih matang, telus, rasional dan tahap intergriti yang boleh dibanggakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Salam Bang Ramli,
Macamana kita hendak rasional bila belum sempat buka mulut pihak pembangkang awal-awal lagi sudah menyiram sentimen perkauman? Dan siraman mereka ini dengan cepat menjadi banjir kemarahan dan arusnya semakin deras manakala arsnya semakin meningkat?
Saya takut-takut, kita baru nak buka langkah silat pulut mereka dah memuntahkan berkaton-katon 'megazine' kebencian berbaur perkauman terhadap kita!
Kita sebenarnya sedang menentang politocal animal yang pada saya this animal now turn into the beast! Dan mungkin dia rasa dia yang mengawal, padahal sebaliknya dia sedang diikat tengkuknya oleh tali yang tak kelihatan dan sedang diseret umpama singa sarkas!!! Bijak sungguh penggendali baru 'political beast' ini setelah pengendali lamanya semakin meenjauhkan diri......
Kekadang tuan bila kita bercakap lebih dikatakan anti establishment lah dan lain lain.
Kemudian macam macam cara nak dikenakan kepada kita sedangkan kita berpegang kepada kejujuran dan keikhlasan dalam bekerja.
Jangan pulak nanti tuan cakap lebih depa ni dok cari salah tuan sebagai pemimpin Thalesemia pulak.
Bukannya apa kekadang bukti yg tiada diada adakan untuk mengesahkan dakwaan.
Ahli Kariah
Saudara Detguaq dan Ahli Kariah,
Saya setuju dengan tuan, situasi kini, suara suara racist muncul disetiap ketika dan suasana. Mereka melihat semua darii sudut racial. Apa yang Almarhum Tunku Abdul Rahman bina hampir ranap akibat dari manusia manusia yang tidak tahu menilai budi, harmoni, pengorbanan, tanggung jawab dan sejarah. Tuhan yang hilang tempat dalam hidup mereka.
Saya amat mengidami dan merindui ketelusan, rasional dan intergriti pemimpin dalam semua aspek. Kalau pendapat dan teguran menjadikan kita dianggap anti establishment dan dijadikan sasaran, kita hanya mampu berserah pada Allah.
Sekarang apa saja dikaitkan dengan politik. Mati, sakit demam, kahwin cerai semuanya ada kaitan dengan politik.
Orang politik berniaga, cari kekayan, samun harta rakyat, tipu sana sini, tindas menindas dan cari pengaruh semuanya berkait dengan politik.
Politik Malaysia sudah jadi politik haru biru dan carca marba.
Pak Tunku Kuala Kedah.
BPR era Datuk Harun Hashim merupakan masa BPR begitu digeruni oleh para petualang bangsa yang mengingkari amanah rakyat.
Tidak ada isu dan insiden seprti yang berlaku dewasa ini. Saya tidak tahu dimana silapnya.
Saya berpendapat agensi pencegahan rasuah ini boleh berfungsi dengan baik dan lebih berkesan jika diletakkan dibawah penguasaan Parlimen.
Sejak zaman Dr Mahathir, agensi ini seringkali didakwa mengikut telunjuk pemimpin pemerintah. Walau pun sukar untuk dibuktikan kebenarannya namun rakyat masih mempunyai persepsi yang sedemikian.
SPRM setelah dijadikan Suruhanjaya mungkin dapat melaksanakan amanah dan tugas dengan lebih berkesan. Sudah tentu keberkesanan dan performance nya akan diadili rakyat tanpa campur tangan mana mana pihak yang berkepentingan.
Bila terjadi atau ada berlaku sesuatu peristiwa, malapetaka, bila ada perubahan atau apa saja yang menarik perhatian ramai, kita lihat bagaimana permasaalahan itu di tangani, diperjelas dan di urus secara berterusan dan orang awam mendapat maklumat yang ingin di ketahui. Tapi ini semua berlaku di US, di negara barat..
Di Malaysia, hanya soal Sars, H1N1 di tangani dengan cara yang agak berkesan dari segi penyebaran maklumat..
Jelas isu dan perkara yang menarik perhatian awam saperti ini gagal lagi di tangani dengan berkesan oleh pihak tertinggi di Malaysia. Pengurusan perhubungan awam ternyata sangat lemah sama ada di pihak Polis atau KDN atau pejabat PM sendiri!Maka jadilah apa yang terjadi saperti sekarang ini.....
Post a Comment