Thursday, August 20, 2009
Cerita Cerita Penafian Manusia!
Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir sudah mula menarik perhatian. Awalnya dianggapkan sebagai pertembungan politik biasa. Tidak ada apa yang boleh dijadikan bahan sensasi yang boleh menggemparkan. Wakil BN dan wakil pembangkang itu saja. Sinario biasa. PAS kata dia lebih Islamik dari UMNO dan BN, BN pula kata lebih tahu dan mampu mentadbir negara. Itu hujah biasa dan dari situlah premis pertembungan dua parti terbesar dinegara ini untuk mendapat sokongan rakyat. Memang itulah yang sepatutnya, kempen yang sehat dan bertamaddun. Siapa yang mampu mempengaruhi hati rakyat akan diterima dan menang.
Namun demikian, PRK ini pun tidak jadi `smooth sailing' seperti yang diharapkan. Hari penamaan calun seperti biasa ada juga insiden insiden yang begitu `menjadi'. Tak boleh nak kata sapa salah dan sapa mula..dah jadi budaya..lebih kurang sama saja. Masing masing dok cuba nak tegakkan benang basah. Adakalanya sudah basah kuyup..memang susah hendak ditegakkan. Itulah sinario dan budaya hari penamaan calun kalau ada PRK. Rakyat dah jadi mangli..kata sahabat..
Isu personliti calun juga jadi bahan. Memang betul..saya seorang yang paling tidak setuju kalau ada yang mengatakan bahawa keperibadian dan kepimpinan mesti dibezakan. Keperibadian berkait rapat dengan kepimpinan. Mana mungkin perangai buruk dan hudoh tetapi diterima sebagai pemimpin. Mana boleh kaki songlap layak jadi pemimpin. Mana boleh kaki salahguna kuasa, kaki rasuah layak jadi pemimpin. Pemimpin mesti penuhi kriteria dan syarat kepimpinan...ada ilmu.. ada pengalaman..jujur..amanah...bertanggung jawab..dan segala tuntutan yang dimestikan untuk layak sebagai pemimpin. Pemimpin tidak boleh hanya pandai memimpin tetapi dalam masa yang sama kaki judi..kaki mabuk dan kaki perempuan..Tak boleh dan tak boleh....kalau ada orang kata boleh...saya suka cari jalan jatuhkan orang itu sekali.
Saya secara peribadi punyai pendapat kalau seseorang itu tidak dapat menepati citarasa dan tuntutan kepimpinan yang dikehendaki oleh pengundi..dia harus bersedia untuk tidak dipilih sebagai calun. Dewasa ini pengundi begitu selektif..banyak pertimbangan..produk yang diketengahkan mesti sellable..
Kalau diri kita punyai terlalu banyak sejarah hitam dan `full of baggages' yang amat sukar untuk di`heret'..kita harus berikan peluang kepada orang lain yang lebih bersih dan kurang `bermasalah'. Kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah dalam blognya berkaitan dengan pemilihan calun di PRK Permatang Pasir agak menarik untuk direnungi..
Sebut pasal kepimpinan dan idola..hari ni ramai idola sudah jadi bebola. Seorang penceramah yang mahu digelar ustaz menafikan apa yang diberitakan mengenai hubungannya dengan seorang penyanyi...juga berimejkan sopan santun, baik dan dilihat lebih syumul. Macam macam ayat digunapakai untuk siUstaz menangkis soalan wartawan mengenai hubungannya dengan sipenyanyi bertudung ini. Berbaris ayat Al Quran disebut untuk memberikan justifikasi akan ketikadilannya berita berita yang ditulis mengenai hubungan mereka. Lagaknya macam tidak ada hubungan...semua itu fitnah..(macam biasa dengar ayat itu) dakwaan isteri dirumah juga terus dinafi dengan ayat ayat Quran...walau pun jelas beliau meninggalkan anak isteri beberapa bulan..entah kemana...isu sebenar tidak dijawab..berulang ulang ayat Al Quran dilafaz..ustaz lah katakan..
Selang beberapa bulan sah mereka kahwin. Si perempuan pula begitu angkuh berkata `lantaklah apa orang nak kata' dan silelaki ustaz seperti biasa tak habis habis berana ente menyebut ayat Al Quran. Sudah takdir..dan ketentuan Allah..jodoh tidak kemana..
Barangkali inilah diantara sebab orang macam saya pandang serong penyanyi murahan dan ustaz buatan sendiri seperti ini. Saya cuba nak hormat dan beri tempat yang sesuai dihati. Tapi sejarah dan insiden semacam ini membuatkan saya kecewa. Mereka sebut ayat Al Quran macam baca puisi A. Samad Said..macam deklamasikan puisi Pian Habib..nak sesuaikan apa yang berlaku dengan ayat yang dibaca.
Isu yang sebenarnya adalah isu `bercakap benar'..isu keikhlasan dan bertanggung jawab..isu kejujuran dan hemah diri. Tak perlu pesongkan cerita sebenar dengan ayat ayat Al Quran..ayat ayat yang dibaca memang betul dan tidak boleh dipertikai. Ayat Al Quran, huraian dan tafsirannya memang tepat dan benar..yang tidak benar dan tidak betul manusia yang mengamal dan membacanya..bercakap benarlah..
Kisah yang melibatkan wang berbillion ringgit dari isu PKPZ (Port Klang Fee Zone) pula lagi mengelirukan. Menteri yang bertanggung jawab pula dituduh ambil wang sejumlah RM10 juta untuk bahagian bahagian didalam parti yang dianggotainya. Syarikat yang terbabit juga dakwa Menteri gunakan jet syarikat dan Menteri pula jawab jet itu disewa..hanya invoisnya saja belum dihantar untuk pembayaran. Hutang tetap hutang..invois lambat buka isunya..Syarikat terbabit pula tiba tiba `corner' ikut jalan lain..buat tuntutan pula samada perlantikan Pengerusi PKA (Datuk Lee Hwa Beng) itu mendapat restu dari DYMM Yang DiPertaun Agung. Pulak dah..kesitu pulak dia heret kita..
Pada saya isu yang jelas dan ihktibar dari episod PKPZ ini menimbulkan beberapa persoalan yang menarik. Kalau isu ini tidak dibongkar..kita mungkin tidak tahu ada tokoh tokoh kaya raya dinegara ini yang begitu senang `menderma bakti' berjuta ringgit untuk kegiatan parti politik atau kepimpinannya. Kedua..kita juga mungkin tidak tahu ramai menteri guna jet peribadi yang sewanya mungkin berjuta ringgit. Ketiga..oh orang ini pun terlibat..orang itu pun sama..
Sudah menjadi kelaziman dinegara ini..kalau dua manusia berkuasa bermasalah dan bergaduh..banyak pendedahan yang akan mengejutkan kita..terutama rakyat yang benar benar marhaen dinegara ini. Terlalu banyak contoh dan sejarah semacam itu.
Saya..setakat ini masih reserve lagi dengan keyakinan dan kepercayaan saya terhadap mana mana manusia yang terlibat. Namun saya lebih selesa untuk mengucapkan tahniah kepada Menteri Ong Tee Kiat dengan tindakan beliau menangani isu ini. Saya tumpang setuju dengan kenyataan Dato Sharil Samad mengenainya baru baru ini. Kalau ada pemimpin yang sedang berusaha untuk memperbetulkan sesuatu yang dilihat jelas bercanggah dengan amalan dan peraturan..berikan sokongan dan kerjasama..bukan `ridicule' mereka dengan keangkuhan dan kedangkalan kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Isu calun, melibatkan UMNO, isu Port Klang Free Zone melibatkan UMNO/BN dan yang menyanyi itu pun sudah berjinak dengan UMNO.
Sudah menjadi sinonim, UMNO banyak berkait rapat dengan perkara perkara yang negatif.
Apa yang ditunggu lagi tidak pasti.
Pak Tunku Kuala Kedah.
salam........
inilah yg dikatakan Human Error. dan perkara sebegini jika diambil mudah akan terus melingkup kan parti dan melenyapkan UMNO dr peta politik negara. akhirnya tinggallah Melayu dgn keris di muzium negara. Yg penting pemimpin perlu sedar bahawa rakyat sgt sensitif terhadap isu kepimpinan dan mencari idola di kalangan pemimpin yg terpimpin. Calon2 yg tersedia penuh dgn rekod lama harap jgn terlalu ghairah melobi. adakalanya kita terpaksa akur bahawa kita adalah Liabiliti kpd Parti.
Adakah ahli UMNO perlu memikul beban sebegini?
con paling dekat isu ADUN Gelap tab brapa nak puteh!
Pak Tunku Kuala Kedah dan zue,
Isu moral dan sejarah gelap bukan hanya dari calun UMNO/BN sahaja, ia melibatkan ciri ciri kepimpinan manusia sejagat. Pokoknya seperti kata zue, bersediakah kita berkorban agar kita tidak menjadi laibitliti kepada parti yang kita wakili.
Thank you anyway..selamat berpuasa.
Post a Comment