Thursday, August 6, 2009

Kisah Beer..



Posting ini sepatutnya tidak menulis pasal beer. Beer adalah sejenis minuman yang memabukkan, dan sebagai orang Islam, saya seharusnya tidak langsung memainkan apa juga peranan untuk mempromosikan minuman yang haram ini.

Tetapi oleh kerana beer sudah jadi isu besar bukan sahaja di Selangor tetapi di Amerika, maka saya tumpanglah sikit untuk memberi komen. Tidak terlintas sedikit pun dihati saya untuk mempromosikan minuman ini.

Di Selangor, apabila penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam merampas beer bernilai RM620 dari sebuah kedai, 24 jam kemudian barang rampasan terpaksa dipulangkan semula atas arahan seorang ahli EXCO bernama Ronie Liu. Ahli EXCO or state minister kena campur tangan untuk pulangkan barang rampasan..beer pulak tu. Yang rampas pengamal dasar...yang suruh pulang rampasan... pembuat dasar...sah! EXCO kelas rendah dan main politik kampong baru atau new village...kalau EXCO Melayu, itu saya panggil politik kampong hulu banat..sudah ketinggalan zaman dan generasi muda macam anak anak saya mesti tolak walau pun dari parti mana...it is just low class!!!

Kemudian PAS Selangor pulak cadang siRonie Liu digugurkan sebagai EXCO. Eloklah tu. Ganti dengan Cina yang lebih sekolah sikit. Kalau boleh sekolah tinggi sikit. Ronie ni sekolah SRJK aje kot..kalau betul..saya tidak hairan la..kalau dia sekolah tinggi..mungkin dari medium Cina..kurang baca buku..apatah lagi buku bersifat universal. Macam Jeff Ooi..sekolah tinggi tapi punyai pengetahuan am dari kelas bawah...kelas yang hidup dengan lakonan dan imej politik jalanan. Masih ramai lagi kelas ini di koridor politik dinegara ini.

Saya tidak melihat isu ini sebagai isu minuman haram bagi orang Islam sahaja, tetapi lebih merupakan isu disiplin kepimpinan negeri Selangor. Isu intergriti dan ketelusan. Pemimpin jangan melakukan sebarang tindakan yang boleh menyebabkan pegawai pengamal dasar hilang hormat. Ia dilihat sebagai satu contradiction of implementation. Dua orang pembuat dasar bertelegah mengenai peraturan dan undang undang. Pegawai pengamal jadi keliru dan hilang halatuju. Akibatnya nanti pegawai pandang rendah pada orang politik yang membuat dasar. Ronie Liu antara penyebab pegawai jadi kecewa dan hilang tumpuan.

Di Amerika lain pula ceritanya. Beer juga jadi sebutan. Prof Henry Loius Gates, seorang Professor kulit hitam dari Harvard University telah ditangkap oleh Sarjan James Crowley, seorang kulit putih, dihadapan rumah Professor tersebut akibat dari tersalah anggap oleh Sarjan Crowley. Professor Gates disyaki sebagai penceroboh dirumah beliau sendiri akibat dari pintu rumah beliau yang dilihat sukar untuk dibuka. Pintu rumah Professor itu jam. Pertengkaran berlaku dan akibat darinya isu tersebut menjadi isu perkauman. Presiden Obama sendiri pada awalnya memberikan kenyataan yang agak keras, mendakwa Crowley berlagak `stupid'. Riuh satu Amerika. Hanya pasal pintu rumah jam. Hampir mencetuskan polimek perkauman yang sudah lama dibendung.

Namun Obama mengambil jalan mudah. Jemput siProfessor dan siSarjan minum beer di Rose Garden di White House. Naib Presiden Joe Biden yang bukan kaki minum pun turut minum sekali. Mereka semua minum beer dan insiden tersebut dimomokkan oleh pihak media sebagai `Beer Summit'. Media yang dibenarkan berada 50 kaki dari meja mereka untuk merakamkan peristiwa yang mahu dianggap bersejarah itu..first class propaganda!!!

Setakat berita ini ditulis isu itu mungkin selesai. Itu kata orang White House. Dibandar bandar Massachusets, LA, Chicago dan Detroit tidak diketahui samada isu itu telah benar benar selesai. Obama, seorang kulit hitam telah dianggap berjaya menyelesaikan isu yang boleh memudharatkan negara dengan hanya beberapa gelas beer!!!

Itu di Amerika dan yang terlibat boleh duduk semeja sambil minum beer. Dan samada isu itu boleh dipadamkan begitu saja pun kita belum pasti. Propaganda media Obama setakat ini berjaya melenyapkan sementara isu perkauman yang sentiasa menghantui negara Uncle Sam itu. Apa yang sedang dan benar benar berlaku kita belum pasti.

Dinegara ini tidak mungkin semudah itu. Jangan ada yang beranggapan atau berandaian bahawa isu seperti itu boleh diselesaikan dengan hanya beberapa gelas beer atau pun beberapa cawan kopi. Ia lebih sukar dan merumitkan. Oleh itu jangan sesiapa mencuba untuk menangani isu isu seperti itu dengan jalan mudah. Kita perlu berhati hati dalam semua tindakan dan kata kata kita. Jangan kita beranggapan semua akan menerima dan faham. Akan ada yang tidak faham dan tidak mahu faham. Keharmonian Negara akan jadi at risk!

5 comments:

Anonymous said...

Tindakan Penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam itu amat dialu alukan.

Tahniah, teruskan tindakan tersebut dan jangan pedulikan apa kata orang orang politik tu.

Anonymous said...

Sebab itu dalam segala tindakan hendaklah bersederhana...cuma apa tanda aras sederhana tu tg subjektif...

Ada orang tafsir lain dan ada orang faham lain. Susah bila manusia makin cerdikkkkk.

DaunKesum

Anonymous said...

Ignorance of realities in life on the part of Ronie Liu..a Malaysian life!

A very clear incident of politician who was willing to `sell' principles for ` a vote'.

Simply disgusting!

musang berjanggut said...

Abang Ramli,

Arak tu mabuk...Pakatan Rakyat lagi mabuk...mabuk kuasa...baru 500 hari bertakhta di beberapa negeri dah gah satu dunia...seolah dunia ana yang punya...

Percayalah, semua tu hanya bersifat sementara..esuk lusa bila "Penghulu" depa keluarkan tongkat saktinya..diamlah mereka..saja buat-buat kalut nak tenguk respon orang Umno...

Umno jangan mudah melatah..dah tau kan stretegi serta yang tersurat dan tersirat depa tu banyak akai...kan dekat-dekat pilihanraya kecil Permatang pasir ni..sekadar nak "test market: tu....jangan percaya taktik Pakatan Rakyat tu...musang selalu kata depa pun plastik..Abang Ramli kam lebih maklum mereka..fikir-fikirkanlah..

AnakMerdeka said...

Ini kisah benar apa yang berlaku di negeri Selangor. Bukan cerita beer dan bukan cerita state minister yang macam tak ada pelajaran.

Cerita ini berkenaan dengan Ahli Majlis MPAJ dari DAP yang juga seorang lawyer, Wong Kai Pun atau lebih suka dipanggil Keppy Wong.

Jika di DUN selangor ada Teress Kok, Ronnie Liew, Elezberth Wong dan lain-lain, di MPAJ ada Keppy Wong.

Dia ni hero dalam pengambil alihan dewan-dewan orang ramai di Ampang Jaya. Bila dah ambil alih, dewan dibiarkan terbiar usang dan semak samun. Tidak cukup dengan itu, bill air dan api (yang dulunya menggunakan nama individu) telah tidak dibayar berbulan-bulan. Bila tanya kepada KP Wong siapa yang harus bertanggung-jawab atas bil yang tertunggak, dengan mudah dia jawab, "sapa punya nama, sapa bayar la". Itulah politik gangster, dewan dia ambil, bill suruh orang lain bayar.

Sekarang orang yang sokong DAP dan PAS di area Pandan masa PRU 12 baru nak buka mata. Baru tersedar dari mimpi. Atleast something, dari tak sedar-sedar langsung. Tunggu PRU 13, bill keranda mereka pun kita boleh tolong bayarkan.

www.anak2merdeka.blogspot.com