Wednesday, August 18, 2010



Isu isu semasa yang boleh menambat hati, menyakitkan hati dan boleh juga memualkan hati.

Chua Soi Lek mahukan 13 resolusi Kongress Ekonomi Cina dilaksanakan. Antaranya sistem merit dan dasar lebih terbuka tanpa mengira kaum. Dalilnya rakyat sudah mahukan 'perubahan'. Kekalahan MCA adalah kerana keengganan kepimpinan BN atau UMNO untuk berubah kearah itu.

Jawabnya: Betul..rakyat mahukan perubahan tetapi perubahan begini. Pemimpin BN jangan jadi `penyamun dan perompak' siang dan malam. Anak Ling Liong Sik jadi jutawan segera masa umur 27 tahun. Chua jangan jadi artis VCD. PKPZ bukan tempat kutip hasil samunan. Menteri MCA jangan simpan perempuan dari China dan jangan beri kereta mewah untuk isteri hadiah dari kontraktor. Dulu, kini dan selamanya pemimpin BN termasuk pemimpin MCA meraih kekayaan dari jawatan politik. Sejak Lee San Choon hingga Ling Liong Sik. Ada yang baik sikit macam Ong Tee Keat, orang MCA buang. Itu yang rakyat mahukan perubahan. Banyak lagi yang boleh disenaraikan.

Mufti dari Perak dakwa dia terima dari seorang..seorang saja ka..yang sudah draft perlembagaan baru negara. Mufti ini tidak mahu dedahkan isi kandungan `perlembagan baru itu' dan juga nama 'seseorang itu' kerana ianya boleh mewujudkan peperangan. Masyaallah.. boleh sampai jadi perang..hanya kerana seseorang bagi tahu dia ada hasrat untuk buat perlembagaan baru dari sebuah parti! saya dengan ikhlas mahukan menyatakan bahawa ianya masih kabur dan samar walau pun ianya datang dari seorang Mufti!

Isu melibatkan kes perbicaraan sodomi Anwar Ibrahim. Macam macam cerita kita dengar. Flip flop berbagai bentuk. Encik Gani Patail ini kena buat kerja dengan ikhlas dan jujur. Dia orang Islam..bulan Ramadhan lagi. Anwar satu kes..kita juga jangan lah sampai ada juga kes...Malu dan dilaknat Allah nanti. Dolak dalik dibenarkan didalam Mahkamah tapi dipadang Masyar itu tidak boleh kawan!

Kes bunuh setiap hari berlaku. Curi, Samun, peras ugut, rompak dan pembunuhan berlaku setiap detik. Ianya sudah menjadi terlalu biasa didalam negara tercinta. Kita terus menerus mendakwa bahawa Malaysia aman damai, harmoni dan sejahtera. Bapak sembah asid kemuka isteri dan anak. Bapa tikam anak..pasal RM30, Anak penggal leher ayah..hanya kerana ada suara yang suruh. Yang malang pulak ianya melibatkan warga Melayu.
Mantan YB ditembak bersama pembantu peribadi dalam kereta.

Apa nak jadi dengan situasi keselamatan dalam negara. Apa yang dibuat oleh PDRM..IGP pulak kononnya bakal disambung kontrak. Kalau dinegara lain bukan sahaja tidak disambung malah mungkin meletakkan jawatan dengan sinario rate jenayah begini!

Cukuplah setakat ini dulu, kalau rajin saya tulis lagi. La bulan puasa tak elok berprasangka buruk. Biarlah Musa Hassan dan Gani Patail menjadi hebat dizaman nya.

3 comments:

Nasrul said...

Salam....
Saya bersetuju "pemimpin BN banyak samun" wang amanah rakyat..terutamanya mereka-mereka yang menerajui GLC-GLC Persekutuan mahupun Negeri..kononya mereka tak "samun" tapi guna untuk bantu "rakyat" vs "keluarga"...Soi Lek ni biasala..nak jadi juara cina di kalangan cina-cina kaya dan berpegaruh dan dia pun takut juga cina-cina MCA dan cina-cina Malaysia nanti hentam dia tak perjuang untuk cina-cina nanti kursi presiden hilang orang lawan pula..dia pun dah belajar banyak dah cara-cara nak kekal kerusi MCA..Saya yang rasa "mual bulan puasa ni"bila Zahrain komen kononya "Perlembagaan baru"wujud seperti dakwaan Mufti Perak ada kaitan dengan PKR dan kononya perkara itu yang menyebabkan dia tinggal PKR.."dah hang tau Perlembagaan Baru tu ada dari dulu pasal apa hang tak dedahkan" sudah-sudah lah tu.. Zahrain oh zahrain..

Anonymous said...

salam

tuan. saya cadangkan tuan tulis sikit pasai umno kedah. teruk sangat nampaknya mcm di sg petani dan kuala kedah. di sg petani ketua puteri tikam belakang ketua bahagian. di kuala kedah jamil idros payung belakang ketua bahagian.

jamil derus tu dah berkarat bang. dah berkurun. orang dah meluat. padanlah kalah di kuala kedah

Ramli Mohd Yunus said...

Saudara anom 1.40 am,

Saya ucapkan terima kasih atas cadangan saudara namun saya rasa saya kurang layak untuk memberi pendapat mengenai kehebatan kepimpinan UMNO Kedah.

Saya rasa mereka dari kalangan yang amat arif dan pakar dalam politik. Sukar untuk kita campur tangan lagi kerana silap silap kita boleh dicop sebagai 'bodoh..orang tak pakai..tak tau politik..tak reti..dan macam macam lagi.

Biarkan mereka dengan `kehebatan' mereka, saya hanya mampu membantu diperingkat amanah dan tanggung jawab yang diberikan kepada saya. Silap silap pembantu ADUN pun boleh cop kita sebagai orang tak terpakai!

Kalau dari zaman Osman Aroff lagi mereka masih hebat dan dipertanggung jawabkan dengan dengan jawatan jawatan hebat, sudah tentu mereka dari kalanagn yang berbakat, berilmu, punyai daya intelektual, pemikir, berpengalaman dan pandai membaca political movements..

Biarkan lah mereka..