Wednesday, November 2, 2011

Asian Thalassaemia Conference

Saya seharusnya sudah berada di Bangkok menghadiri Asian Thalassaemia Conference. Semuanya sudah diatur, peserta sudah didaftar dan penceramah juga sudah setuju dari seluruh negara Asean. Saya kebetulan terlibat secara langsung atas kapasiti sebagai Ahli Lembaga Pengarah Thalassaemia Antarabangsa - TIF kerana program ini adalah kerjasama dengan Thiland Thalassaemia Foundation dan sebuah universiti tempatan di Bangkok.

Oleh kerana banjir yang melanda dikota Bangkok, Conference ini terpaksa ditunda kebulan Februari tahun depan. TIF akan bermesyuarat di London pada 26 dan 27 November ini. Insyaallah saya akan menghadiri Mesyuarat Lembaga TIF tersebut, walau pun punyai pengalaman yang tidak selesa di London pada hujung hujung tahun ini. Cuaca yang agak sejuk tidak begitu sesuai dengan badan.

No comments: