

Hari ini terpapar kenyataan Dato Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang yang kecewa dengan gejala politik wang yang didakwa kian parah menjelang pemilihan UMNO tahun ini. Dato Seri Adnan yang telah membayang hasrat untuk bertanding Naib Presiden UMNO, mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding apa apa jawatan termasuk jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Apa pun tak mau dah...
Kata katanya ` teruk teruk...ketika ini ada tokoh datang entah dari mana ingin bertanding tetapi duit mereka sudah sampai terlebih dahulu'. Satu kenyataan yang amat betul dan penuh dengan kebenaran. Saya amat bersetuju dan mempercayainya seribu peratus. Ia berlaku dimana mana bahagian diseluruh negara. Nama nama yang muncul popular secara tiba tiba macam mee segera. ` entah datang dari mana' adalah ayat paling sesuai dengan sinario pemilihan hari ini. Memang betul dan memang terjadi. Bukti memanglah susah. Kena siasatlah kalau hendak bukti. Itu kerja orang lain pulak lah.Tan Sri Muhyiddin Yassin telah beberapa kali menyuarakan isu yang sama. Kali ini Adnan pula. Kedua duanya bercakap benar. Kedua duanya menerima realiti dan akui apa yang berlaku. Hanya bezanya Adnan Yaakob terus merajuk tidak mahu bertanding sedangkan Muhyiddin meneruskan hasratnya mempertahankan jawatan Naib Presiden. Muhyiddin nampaknya mengambil risiko untuk bercakap benar. Kerana kalau bercakap pasal politik wang, perwakilan tidak berapa suka. Mereka kurang selesa mendengarnya. Mereka dakwa sayangkan UMNO dan pembela parti tetapi apabila ada pemimpin yang berani bercakap benar, mereka kurang suka dan tidak akan sokong. Pemimpin tersebut akan jadi `outcast' dalam UMNO.
Setakat ini hanya Muhyiddin dan Adnan yang bercakap pasal gejala politik wang. Yang lain buat dek..membisu seribu bahasa. Seolah olah Muhyiddin dan Adnan saja yang nampak dan rasa. Orang lain tidak nampak dan tidak rasa. Pelik tapi benar. Tapi inilah watak watak pejuang dan pembela UMNO. Takut bercakap benar. Bercakap benar menjadi satu kesalahan.
Ada dua sebab yang lain lain tu dok diam macam ubi kayu. Satu depa sendiri sudah mula terlibat dan merestuinya untuk menang. Kedua, takut perwakilan marah. Hati tak setuju tapi takut.
Ada pulak diantaranya memang tidak layak, ada macam macam penyakit dan ada macam macam rekod yang dah pecah. Rekod betina, rekod songlap dan rekod kurang cerdik (bodohlah tu). Kalau tak main duit mereka akan `dimandikan' dan kalah. Hanya duit boleh tolong!!!
Maka juak juak yang juga dari kalangan yang banyak penyakit dan kurang pendapatan untuk terus hidup bergumbira akan mencari dalil dalil yang direkacipta untuk menjadikan tokoh pilihan mereka sebagai tokoh. Tokoh yang bukan tokoh. Satu dua orang juak boleh jaja merata hotel, coffee house dan cawangan untuk buat kerja itu. Inilah modus operandi dalam UMNO untuk pilih pemimpin. Memang hebat.... Maka jadilah UMNO parti tokoh yang direkacipta oleh juak juak ini. Paling pelik tetapi benar, juak juak ini bukan pun dari kalangan pemimpin atau perwakilan UMNO pun!!!
2 comments:
Nampaknya UMNO kian parah menjelang pemiliah Desember ni.Aku tak terperanjat sangat apa yang Adnan kata, kalau dia bercakap dalam konteks pemilihan di peringkat tertinggi.Aku lebeh kecewa dan takut melihat pemilihan diperingkat Bahagian.Rata-rata cawangan-cawangan yang sedang bermesyuarat sekarang ini cukup meriah dengan politik wang.Aku dengar ada calun-calun diperingkat bahagian menyogok ketua cawangan sampai mencecah ribuan ringgit sekadar untuk mendapat pencalunan ketua bahagian.Aku rasa dalam mimpi.Aku langsung tidak dapat percaya perkara begini baoleh terjadi.Tapi ia sedasng berlaku diseluruh negara.Persoalannya kenapa ini boleh berlaku?Aku menjawap sendiri.Kerana perkara begini dilakukan diperingkat pusat, sehingga diturunkan keperingkat bahagian dan cawangan.Diperingkat pusat dulu pun ada pemimpin yang berkempen sampai pakai helikopter, apa ada hal kalau kami dibahagian ini belanja seribu dua..begitulah agaknya kata-kata mereka yang merasakan merekalah yang layak memimpin orang Melayu.Aku sekadar berdoa.Muga orang Melayu akan sedar.Wang bukanlah segala-galanya.
Yang masalahnya bukan ahli UMNO tapi pemimpin UMNO sendiri. Kalau dah Pak Lah sendiri merasuah dengan kain pelikat, penginapan hotel mewah dan sebagainya, maka jangan terkejut kalau diperingkat Bahagian dan cawangan pun ikut sama. Bukankah amalan merasuah ni pun berlaku di Bahagian Alor Star untuk Ketua Bahagian dan Ketua pemuda? Tak begitu bang Ramli?
Post a Comment