Tuesday, January 5, 2010

Rasa Bosan dan Kecewa Yang Terlampau.....



Kita dikejutkan..ooppp bukan dikejutkan....tapi `dihidangkan` dengan cerita cerita yang begitu membosankan. Amat mengecewakan. Meluat pun layak juga...mungkin sesuai dengan `tajuk buku` Dato Shanon Ahmad beberapa tahun lalu...tak patut dan tidak boleh diterima akal yang waras...Kadangkala agak mangli atau dalam BI nya `used to" atau sudah jadi rutin..dah selalu sangat...kerap sangat...too often to be a shock!!! Kita baru saja terkejut beruk dengan cerita cerita dakwaan penyelewengan PKFZ yang berjumlah berbillion ringgit...ini jadi lagi...ali pakat dengan ah chong....pakat ah wong....pakat dengan ahmad....pakat dengan ah chin....duit rakyat jahanam berbillion ringgit!!! penyatuan antara kaum yang terbaik untuk merompak harta antara kaum juga!!! itu kisah Port Klang...baru aje...

Kali ini ceritanya...kehilangan dua enjin kapal terbang..eh..ehh...enjin kapal terbang..did I hear it right? Ya betul enjin kapal terbang TUDM..TUDM tu Tentera Udara DiRaja Malaysia!!!Yes..Kerajaan punya!!! Hilang dicuri orang..bukan hilang dalam simpanan..bukan silap letak...atau silap parking tapi hilang dikebas manusia!!! Manusia itu bukan dari Afghanistan..bukan dari Taliban..bukan dari Korea Selatan dan bukan juga Hindustan TAPI dari Malaysia..negara tercinta.

Dua unit enjin kapal terbang hilang itu dari TUDM...enjin kapal terbang bib...bukan enjin motor sangkut...bukan juga enjin Vespa..atau Lambretta..tapi enjin kapal terbang bernilai berjuta ringgit...masyaallah...malaun manalah yang punya angkara...kehilangan ini terjadi sekitar tahun 2007..mak datuk lama dah ka??? malaun mana pulak yang punyai kerja yang cuba nak tutup kerja laknat ini...lawak betul..macam cerita Nujum Pak Belalang...

Tu lawak stage pertama...lawak kedua..konon nya diberitakan seorang pegawai tentera berpangkat Brigadier dan tiga lagi pegawai pangkat rendah telah diberhentikan...eh..eh..berhenti saja...diminta berhenti kononya...kemudian timbul pula cerita...ia mungkin dilakukan oleh pegawai rendah...tidak apa pegawai atasan tentera yang terlibat...lagi lawak...

Kemudian paling lawak apabila Cik Gani Patail...kita punyai AG pula semasa PC...dengan caption berbunyi..bid to recover jet engines..antara katanya berbunyi (yang dilaporkan oleh akhbar The Star)...`we are using all our resources and cooperation between the police, the RMAF and the AG's Chambers and to trace try to recover the missing engines` eh..eh.. AG atau Peguam Negara bercakap pasal nak cari dan bawak balik enjin yang hilang...dia kata enjin tersebut didapati atau diketahui atau disedari hilang pada 20 Disember 2007 dan I Januari 2008...tidak pula anak Cik Patail ini bercakap pasal pendakwaan atau penyiasatan yang sepatutnya kerja dia. Masa PC tu pun Dato Bakri Zinin, Pengarah CID bersama beliau. Macam mana pula AG hanya berminat untuk menekankan soal soal nak bawak balik enjin tapi tak pula bercakap siasatan dan dakwaan...risau saya..senaif ini..kalau dah dapat bawa balik macam mana...tak payah dakwa ke...pasal AG nampaknya lebih berminat untuk hanya `recover the two engines!!! please could someone enlighten me on this...or could it too many crooks around us or our systems has flawed...


Joke...( not the usual ones ) at the House of Representatives...Kuala Lumpur...Dec 14th 2009...

Lagi satu episod lawak apabila 82 ahli Parlimen BN tidak hadir semasa pengundian Budget 2010 14 Disember lalu. Diberitakan kalau PM dan TPM tidak hadir tergesa gesa..jumlah undi nya hanya bermajoritikan satu undi!!! eh..eh..cuti semua ke..kalau kahwin pun semua kahwin ke..kalau cuti tak kan sampai 82 orang cuti...lagi lawak yang amat sukar untuk tidak geli hati...joke of the year...dan yang paling sukar ialah untuk mempertahankan `kelawakan' 82 orang MP itu...alahai YB...

2 comments:

xpara87 said...

Tuan,Apa yang hendak di bosankan dan kecewa terhadap 'kejadian kejadian'yang berlaku di malaysia dewasa in. semua kita sudah sedia maklum perkara sebegini sudah terjadi sekian lamanya tetapi kita tak ambil pot...kita biarkan mereka terus berkuasa dan kita terimalah akibatnya. jangan mernugut dan jangan kecewa, salah kita sendiri kerana terlalu percaya dan yakin dengan pilihan kita. Kesian kita selalu kena tipu semenjak merdeka.

Anonymous said...

Bro..

Tahniah kerana telah dapat menunaikan fardhu haji..patutla hilang lama..

Sabar aje la bro..2013 kita jangan sokong dah depa ni..

Bro tu dah haji..depa tu pun dah tak boleh buat kawan dah..