Friday, November 18, 2011

Muammar Gaddafi dan seangkatan nya...

Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi sudah dijatuhkan dan dibunuh oleh pemberontak Libya..Ali Abdullah Salah masih lagi bertahan walau pun `counting his days'..begitu juga Assad dari Syria..Bahrain, Yemen dan lain lain..mempertahankan ego, kuasa dengan menggunakan istilah Islam dan perjuangan Allah..pembunuhan, kekejaman dan penindasan berlaku sesama Islam..juga didakwa kerana perjuangan Islam..

Rupanya Ahmadinejad di Iran juga melakukan kerja yang sama..pemuda penentang ditangkap didini hari dan terus hilang, mati diseksa dan dibunuh..juga mendakwa pejuang Islam..

Assad mendakwa pemberontak didalangi kuasa asing..tak mahu mengalah dan menerima hakikat rakyat marah..penentang dibunuh macam katak..CIA dan Israel lah agaknya..

Sudan juga begitu..dalil dan justifikasinya sama...kuasa asing dan CIA..

Mungkin betul penglibatan kuasa asing..peranan CIA, Israel..semua nya mungkin..soalnya kenapa bersifat binatang...menindas rakyat, mengaut kekayaan untuk keluarga terlampau..anak anak tumpang jadi kejam dan tamak..berbelanja pada tahap yang melampau...mengumpul harta rakyat yang terlampau..

Kadang kadang untung juga wujud CIA, Mozard, agen British dan agen agen negara asing ni..boleh letakkan dalil dan sebab sebab untuk terus berkuasa....kebencian rakyat terhadap dalang asing ni dijadikan sebab untuk membunuh, menyiksa dan menindas...

Semua yang terlibat didunia Arab ni semuanya sembahyang lima waktu, hari Jumaat di masjid..tetapi tindakan, lagak dan perangai mereka macam syaitan...macam setan..kata Ahmad Nesfu....

No comments: