Sunday, June 1, 2008

Saya suka mendapatkan pandangan, idea, kritikan sahabat berhubung dengan beberapa isu yang ada kaitan nya secara direct dengan saya.

Pertama, selaku Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star, saya bersedia menerima input, cadangan, pendapat dan kritikan untuk penambahbaikan perkhidmatan HASB untuk kepentingan masyarakat yang menggunakan perkhidmatan HASB.

Namun demikian, perlu dinyatakan bahawa selaku Pengerusi, saya bukanlah bertanggung jawab terhadap pengurusan dan pentadbiran harian HASB. Jawatan Lembaga Pelawat adalah sebagai komplimen kepada pengurusan dan pentadbiran HASB.

Pendapat, input, cadangan dan kritikan sahabat akan saya bawakan kepada pengurusan dan pentadbiran HASB didalam mesyuarat yang diadakan dari masa kesamasa. Terima kasih.

4 comments:

mn said...

A.kum Brader,

1. Waa...bagus la dah ada blog sendiri.

2. Nak tanya brader sikit penyakit 'talasemia' tu penyakit apa. Saya tak tau betul ni? Sebab bunyi macam selsema saja.

3. Brader ada elaun special tak jadi Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital tu?

http://sukj.blogspot.com

Ramli Mohd Yunus said...

Saudara su-kj,

Terima kasih kerana bertanya. Talasemia (thalassaemia) adalah sejenis `blood disorder' atau 'kelainan baka pada sel darah merah' manusia. Ianya diwarisi dari ibu atau bapa kanak kanak pengidap. Pengidap talasemia memerlukan pemindahan darah yang kerap.

Pengidap Talasemia minor hidup macam biasa tetapi boleh mewarisi kepada keturunan jika dia berkahwin dengan pengidap talasemia minor juga. Sementara talasemia major memerlukan kaedah rawatan yang agak mahal, rumit dan sedikit menyakitkan. Ia perlu menggunakan sejenis `drug' bernama `desferal' yang disuntik kedalam kulit pengidap dengan menggunakan sejenis `pump kecil' yang diikat dibadan pengidap selama hampir 8 jam.

Di Malaysia, dianggarkan sejumlah 600,000 atau 1 juta orang adalah dikesan sebagai pembawa gen baka talasemia ini. Saya bersedia mendapatkan information terperinci untuk saudara su-kj jika perlu.

Kedua, jawatan Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital adalah jawatan sukarela. Saya dan ahli Lembaga yang lain tidak dibayar gaji walau pun ianya lantikan Menteri Kesihatan. Lembaga Pelawat Hospital hanya dibayar elaun mesyuarat yang diadakan setiap dua bulan.

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih diatas hasrat saudara yang ingin tahu.

Anonymous said...

Elok la kalau ada orang hospital ada blog macam ni.

Ada satu masalah yang sangat penting yang aku rasa perlu hang sampaikan dalam meeting hangpa tu.

Pengalaman aku dkt hospital swasta dlm Malaysia ni, bila ada pesakit, akan ada doktor yang akan menceritakan masalah pesakit kepada waris. Doktor juga akan menerangkan apa yang akan mereka lakukan, risikonya, kesan kepada pesakit, pilihan yang boleh dibuat; pendek kata Doktor akan menganggap kita ni juga seorang yang boleh faham penerangannya.

Tapi, bila mai dekat hospital kerajaan ni, kebanyakan doktor buat kita macam buta kayu, bengap, sampai bila kita tanya 5 patah, dia jawab setengah patah perkataan saja.

Hospital yang canggih dan serba moden, tapi doktor-doktornya lebih teruk dari zaman dulu lagi.

MeeAbu said...

Apa yang Ah long cakap tu memang betui,saya rasa Ah Long ni tak cakap bohong, dia cuma nak tolong