DYMM Sultan Johor semasa perasmian sidang Dewan Undangan Negeri Johor bertitah bahawa baginda akan tetap menuntut balik hak terhadap Batu Putih. Dato Rais Yatim, menteri yang jadi jurucakap Kerajaan semasa di ICJ, mendakwa bahawa keputusan mahkamah antarabangsa itu adalah bersifat `win win situation'. Makna nya lebih kurang kita menang dan kita juga kalah. Kita dapat satu dia dapat satu, begitulah ayat yang paling hampir dengan kenyataan itu.
Rais Yatim pula seterusnya mendakwa bahawa sesiapa yang mendakwa sebaliknya, makna nya kalau kita katakan kita kalah, Rais kata orang itu tidak faham undang undang antarabangsa dan berpolitik kampong. Rais dakwa kita `win' itu kerana kita juga dapat batu, walau pun bukan Batu Putih, tetapi `middle rocks', kan batu juga!!
Kita teringin sangat hendak dengar apa pula komen Rais Yatim, pakar undang undang antarabangsa dan berpolitik metropolitan, selepas titah Sultan Johor itu. Menteri Besar Johor apabila ditanya menjawab, `we hear it loud and clear', titah Baginda tersebut. Ghani Othman ini `faham' kah undang undang antarabangsa, kerana jawab nya nampak macam amat bersetuju dengan titah DYMM Sultan.
Atau pun mungkin `win win' yang dimaksudkan Rais Yatim adalah kita dapat `batu putih' dan orang disebelah sana dapat `pedra branca'!!!
1 comment:
sewaktu indonesia kehilangan Pulau sipadan pd Malaysia, rakyat Indonesia Berdemonstrasi membantah keputusan Mahkamah... Kita Malaysia bila kalah pd tuntutan Batu Putih.. rakyat sepi membisu mengalah.. lemah... dan .. kehilangan kata-kata.. mungkin kita tidak sensitif tentang `Tanah Tumpah Darah Kita'.... sebab tu pendatang ramai yg kaya raya walaupun datang tanpa diizn!!
Post a Comment