Monday, June 30, 2008

DSAI Kena Tuduh Liwat Lagi

Negara sekali lagi dikejutkan dengan isu kes peruduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim oleh bekas pembantu beliau. Cerita seterusnya boleh dibaca dimana mana akhbar harian dinegara tercinta. Macam macam komen, penjelasan, pendapat dan ulasan dibuat. Itu pun ada didalam media cetak dan media eletronik dinegara ini. Selian dari Allah, hanya Anwar dan bekas pembantu beliau itu sahaja yang tahu samada pertuduhan itu betul atau tidak.

Anwar pula diberitakan sedang berada di Kedutaan Turki kerana beliau mendakwa ada cubaan untuk membunuh nya. Hanya Tuhan juga yang tahu samada benar atau tidak dakwaan itu. Kalau betul ada orang hendak membunuh beliau, maka hanya orang (orang orang) itu sahaja yang tahu betul atau tidak Anwar hendak dibunuh. Yang lain lain hanya boleh beri komen dan ulasan.

Kemudian timbul pula cerita bahawa pembantu Timbalan Perdana Menteri didakwa bergambar dengan si tukang repot kes liwat tersebut. Gambar si tukang repot dengan pemimpin lain dalam Kerajaan juga didakwa ada dalam simpanan PKR dan pemimpin nya. Apa kaitan gambar tersebut dengan dakwaan liwat itu, masih belum jelas.

Sementara itu Polis dengan tegas menjelaskan bahawa mereka akan menyiasat dengan terperinci dan adil. Memanglah betul cakap tu. Itu hakikat dan memang amalan nya. Saya rasa kenyataan Polis itu tidak berapa perlu. Pihak Polis memang kena adil dan siasatan mesti dijalankan dengan terperinci. Anwar dikatakan sebelum ini mendakwa bahawa Ketua Polis Negara dan Peguam Negara `bersubahat' semasa menjalankan penyiasatan berhubung dengan kes liwat beliau pada tahun 1998.

Isu ini sudah terlajak sedikit jauh. Ia sudah melibatkan negara asing, Turki. Turut dikaitkan juga Timbalan Perdana Menteri, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara. Makna nya bukan isu liwat semata mata. Ianya sudah menjangkau ke situasi yang lebih merumitkan.

Pandangan saya, kita tunggu siasatan Polis. Pihak Polis pun telah menekankan akan ketegasan dan tanggung jawab mereka. Biar disiasat dengan rapi dan terperinci. Jangan cepat buat kesimpulan lagi. Kekalkan andaian sebagai andaian selagi kebenaran belum dicapai.

Hanya satu yang saya boleh katakan. Dalam keadaan dan situasi negara yang penuh dengan kepelbagaian yang tidak menarik ini, tidak keterlaluan jika diandaikan Malaysia bukanlah sebuah negara yang berada didalam keadaan yang `conducive' atau selesa untuk sebarang perkembangan ekonomi yang positif. Kalau diletakkan diri kita sebagai pelabur yang ingin ke Malaysia untuk membuat pelaburan, mahukah kita `berjudi' dengan situasi sebegini dengan modal pelaburan kita. Pada saya, `bottom line'nya, negara ketika ini berada didalam situasi yang tidak ceria dan harmoni untuk sebarang pelaburan. Itu jadi masalah sebenarnya.

3 comments:

Anonymous said...

Lagi satu drama bawa tilam akan menjelma. Kali ini apa pulak. politik Malaysia sudah benar benar berkembang.

Anonymous said...

Saya amat berharap agar rakyat tidak dibiarkan melihat drama tilam itu lagi. Saya sedih dengan perlakuan manusia diakhir akhir zaman ini.

Kita semua hidup sementara. Jangan lah nanti kita disoal dihari muka akibat dari tindakan yang kita lakukan atas sebab sebab kuasa dan politik semasa didunia.

Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui.

Anak Muda
Petaling Street.

Anonymous said...

DSAI ni buat sungguh ka. Tak kan dah kena sekali pun masih tak sedar lagi. PKR dan DAP apa komen, la dok senyap ni.

Tuan Guru Nik Aziz dah jelas. Dia mau bukti dan saksi yang sohih.