Saudara,
Petang ini kita dikejutkan dengan kenaikan 78 sen harga petrol. Stesyen minyak jadi jam. Jalan menuju ke stesyen minyak juga jam. Penuh sesak jalan dan stesyen minyak. PM Abdullah nampak relax dan mengumumkan beberapa kaedah untuk menangani masalah kenaikan bahan api tersebut. Saya rasa rakyat kurang minat dengan kaedah itu tetapi kenaikan 78 sen itu yang jadi isu.
Buletin Utama TV3 mengumumkan, Dato Shahril Samad, Menteri yang bertanggung jawab terhadap harga komoditi ini akan ditemubual selepas berita. Secara rambang saya rasa kita boleh membuat beberapa andaian apa yang akan beliau katakan. Yang ada masa dan minat untuk menunggu temubual itu, boleh tunggu. Yang lain saya rasa lebih baik pergi mana mana stesyen minyak untuk dapatkan bekalan petrol dengan harga sebelum kenaikan.
Yang pasti, esok yang lain lain akan naik juga. Dato Shahril akan kata tidak semua. Tepung tidak akan naik kerana harga kawalan!! Tak apa, kita tengok dan dengar saja lah. Apa nak buat, tak banyak yang boleh kita buat. Flush your anger in the toilet boleh lahh..
Kalau dalam UMNO lagi tak boleh kata apa apa. Nanti ada orang buat gesaan supaya dibawa ke Jawatankuasa Displin Parti!! Jangan cakap yang menampakkan perbezaan pendapat dengan PM. Itu akan menunjukkan kelemahan dimata rakyat. Nanti rakyat tahu KITA tidak bersatu. (Kita tu maksud nya pemimpin la) Rakyat marah petrol naik tak apa. Rakyat bukan boleh buat apa. (Kita) kan masih kuat dan dapat mandat rakyat!!
Dato Musa Sheikh Fadzir, Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam cadang TS Muhyiddin Yassin dan Dato Rais Yatim dirujuk ke Jawatankuasa Disiplin kerana membuat kenyataan bercanggah dengan kenyataan PM Abdullah. Ini isu Ezam masuk UMNO balik lah!! Orang sudah insaf la katakan. Pak Lah kata, saya terima, Muhyiddin kata MT kena lulus dahulu, Rais setuju. Ini yang Musa Bukit Mertajam marah sangat ni. Dia kata kena ambil tindakan displin ni.
Tapi..kalau tidak silap Dato Naijb pun kata senada dengan TS Muhyiddin. Musa Sheikh Fadzir mungkin `lupa' atau `terlepas pandang'!! Memang sejak akhir akhir ini `ramai orang mudah lupa'. Orang macam Dato Musa, peringkat Ketua Bahagian lagi lah mudah lupa. Penyakit lupa jenis politik Malaysia Boleh. Tidak ada rawatan khusus untuk `orang orang lupa' jenis ini. Atau Musa jenis kurang berani tapi tak takut!!
Saya sebenarnya baru bersiap siap nak update dan nak `perelok' sikit blog saya yang agak muram dan tidak begitu informatif ni. Tapi balik dari kampong tengok kereta berbaris panjang nak beli petrol, saya jadi `angin'. Oleh kerana `angin' lama pun dah memang sedia ada, saya terus ke komputer untuk sekurang kurang nya `melayan angin saya setakat termampu'. Nak pi demonstarsi pasal naik minyak, Pak Lah kata jangan.
Lagi pun, itu kan budaya barat..bukan budaya kita..bukan cara kita. Cara kita dan budaya kita ialah dengar, ikut dan buat diam. Nanti Dato Musa repot kat Jawatankuasa Disiplin!!!!
Wednesday, June 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Di Langkawi ini pun kereta berebut2 pi kedai minyak.
Kalau di Indon rakyat dah mogok. Di Malaysia relaks saja...
Sekadar berebut pi kedai minyak aja...
BAik atau buruk perangai org Malaysia ni....?
kenaikan harga minyak ini bagi saya memberi beberapa petunjuk..
pertamanya kita dapat melihat jelas perbezaan sikap antara orang melayu dan bangsa lain..betapa terpujinya sikap orang melayu seperti saudara ramli yg hanya balik merungut depan blog.sedangkan majoriti yg sanggup berbaris depan stesen minyak dan mungkin jugak sanggup bertindak lebih agresif lagi ialah dari bangsa lain biar pun kita berada dinegeri yg bermajoriti bangsa melayu. apa pula pandangan saudara?
keduanya saya terkesan betapa beraninya pak lah meletakkan kerajaannya dalam risiko kemarahan rakyat..apakah pak lah telah sedia merancang dan menilai kesan tindak balas politik..apakah ada unsur ugutan kepada rakyat agar tidak bertindak drastik kerana jika kerajaan beliau jatuh yg akan naik jadi perdana menteri ialah anwar ibrahim..individu oportunis yg paling dicurigai oleh kebanyakan orang umno.
yg ketiganya ialah realiti kenaikan harga minyak dunia yg telah melambung tinggi dari harga beberapa tahun dulu..mungkin benar kita tidak mampu menyerap kenaikan harga minyak ini dengan keuntungan yg kita perolehi dari kenaikan harga barangan hasil bumi kita ini..tetapi terlalu banyak kelemahan dan kepincangan yg berlaku dalam kerajaan sekarang yg menjadikan rakyat tidak akan mudah menerima realiti ini..akan ada persoalan jugak kemanakah akan dibelanjakan wang keuntungan petronas dan jugak wang penjimatan subsidi minyak. mungkinkah untuk membiayai pelbagai projek yg akan diusahakan oleh anak menantu dan juga kroni2?
Post a Comment