Thursday, June 19, 2008

Masa Yang Tidak Sesuai Untuk Berebut Jawatan.

Saya bertemu dengan beberapa orang rakan di Mall, bersebelahan Hotel Legend tengahari tadi. Sambil sambil minum kopi, kami berbual. The Mall memang terkenal sebagai tempat bersembang dan bergebang. Blogger Daud Ibrahim dan Md Akhair Shafie dari Sungai Petani ada bersama. Tajuk nya banyak berkisar dengan politik semasa. Dari isu harga minyak naik ke cerita gerakan Tamil Eelam. Cerita Mas Idayu tidak dibenarkan menyanyi di Selangor ke cerita EURO 2008. Namun demikian, `ending' nya selalu dikaitkan dengan politik.

Cerita peralihan kuasa, cerita calun Naib Presiden UMNO dan calun MT. Ini semua bahan bahan yang selalu menjadi pokok perbualan rakan rakan dari UMNO, PAS, PKR, bloggers, penulis malah dari kalangan yang tidak berparti pun, itulah cerita nya. Sembang dan gebang `yang menghabiskan kopi'. The Mall jadi makmur dan ceria dengan `watak watak' ini, terutama bila ada program parti UMNO di PWTC.

Dalam suasana keghairahan bercakap pasal pemilihan UMNO, muncul YB Dato Saad Man, ADUN Jitra. Bang Ad ini bekas Ketua Pemuda Kedah dan ahli EXCO Pergerakan Pemuda UMNO yang amat popular suatu ketika dulu. Dia ni hebat orang nya. Walau pun lama `bercuti' didalam UMNO, dia masih popular dan ramai kawan. Kata kata nya menceriakan. Dalam banyak keadaan YB baru ini mudah didekati dan ramai yang berpendapat Saad Man ni sudah lama patut jadi Wakil Rakyat. Tapi hukum alam dan percaturan politik tidak menyebelahi dia. Bang Ad hanya dapat dipanggil YB selepas PRU tahun 2008. Itu pun nama nya muncul `at the eleventh hour' sebelum hari penamaan calun di Kubang Pasu.

Dato Saad Man secara tiba tiba menyatakan bahawa beliau tidak berminat untuk bertanding apa apa jawatan didalam pemilihan tahun ini. Bang Ad dengan serius menyatakan bahawa dalam suasana UMNO ditimpa segala macam masalah dan isu, pemilihan jawatan sepatutnya ditangguhkan. Masa harus ditumpukan untuk mengembalikan keyakinan dan memulihkan UMNO. Pemilihan jawatan didalam parti akan lebih mambawa padah dari kebaikan, kata nya. Dia serius dan bukan `mengusik'. Nada nya kesal. Dia tidak selesa mendengar ahli UMNO masih berlumba lumba untuk mengejar jawatan. Alangkah baiknya masa yang `bakal terbuang' untuk `bertanding' ditumpukan untuk `memperbaiki' UMNO. Alangkah baiknya wang ringgit yang bakal dibelanjakan, digunakan untuk `memperbetulkan' UMNO. `Pull all the resources' and get everybody together to strengthen UMNO.

Saya amat setuju, begitu juga kawan kawan yang lain. Bezanya ini YB Dato Saad Man yang bercakap. Dia masih ada pengaruh dan ada access kepada pemimpin tertinggi UMNO. Saya dan beberapa rakan, sudah lama `advocate' pendekatan sebegitu. Namun setuju, cara dan tahap kami lah. Penulis Daud Ibrahim juga setuju walau pun pada awalnya seperti saya, beliau menganggap Bang Ad hanya bergurau dan cuba `merisik risik' pendapat kami. Rupa rupa dia serius. Bang Ad tidak bergurau kali ini.

7 comments:

Anonymous said...

saya bersetuju dan tak berapa nak setuju..
Setuju agar kita tak berebut jawatan sebagai agenda peribadi yg diutamakan dari agenda parti.
Yg tak berapa nak setuju: Pemilihan perlu dibuat kerana UMNO perlu di REFORM!!
Perubahan dlm Parti kena dilakukan dan perubahan perlu boleh dibuat apabila pemimpin ditukar.
Reformasi dlm UMNO akan dapat menjana Ide baru dan segar, cara kerja baru dan yg paling penting kita dapat mengembalikan populariti dan keyakinan ahli terutama ahli-ahli baru.
Ahli parti yg setia dan mempunyai jati diri dan roh parti dah tak ramai yg hidup.. kalau hidup pun ramai dah xpired, dah berpenyakit dan dah tak da suara..
Dizaman Millenium: kita melalui perubahan gaya hidup malah pemakanan kita pun telah berubah. Ini mengubah cara berfikir dan bekerja.
Untuk UMNO menjadi terus relevan , mantap, berkuasa dan menjadi wadah politik Melayu yg unggul... Parti itu sendiri perlu diberi nafas baru dan segar...
Masalahnya pemilihan parti diperingkat cawangan tidak mengalami perubahan. Masih org dan perwakilan yg sama yg bertanggungjawab memilih kepimpinan parti diperingkat bahagian yg juga bakal menjadi perwakilan di pemilihan Agung nanti. Proses dan corak memilih kepimpinan juga masa OLD FASHION: memilih mengikut KEPALA AGONG. tak akan ada perbincangan tentang isu kriteria pemimpin tetapi akan keluar isu-isu peribadi yg lebih menjurus kepada fitnah memfitnah dan pelbagai cerita dalam kain akan dijaja... itulah orang Melayu ... Bangsaku yg masih lena...

Ramli Mohd Yunus said...

Dalam kontek yang sama, ramai juga kalangan rakan rakan termasuk Dato Saad Man, yang kurang yakin akan berlaku apa yang diharap dan diimpikan, seperti harapan puteri 9.06pm. Pertandingan akan berlaku dalam suasana, budaya dan amalan yang sama.

Pemilih masih lagi `terikat' dengan budaya lama. Tepuk tampar, senyum memanjang, wang ringgit, PR yang terlajak dan habuan kontrak masih lagi jadi kriteria. Ramai lagi yang hanya menilai samada SMS dibalas atau tidak, jumpa tak senyum, nak jumpa susah, kedekut dan PR yang sejuk.

Penilaian terhadap rekod perkhidmatan, rekod keperibadian, kehidupan keluarga, substance, latar belakang akademik,intergriti dan lain lain yang bersifat positif, tidak diambil kira. Ada calun Naib Presiden yang dinilai dari sudut cara dan gaya melayan penyokong saja. Falsafah kepimpinan, imej dan karisma kepimpinan mungkin dinilai paling terkebalakang.

Masih ramai Ketua Bahagian yang menilai pemimpin yang boleh membantu dia secara peribadi sahaja. Terlalu ramai yang menilai, susah nak jumpa, jadi syarat nombor wahid. Masih ramai yang menilai, kurang senyum adalah setback nombor satu.

Saya sendiri sudah termasuk didalam golongan hampir give up dengan budaya tersebut. Tetapi saya rasa tidak akan ada perubahan, kerana budaya dan alaman itu sudah menjadi darah daging. It is a stuation where, either you eccept them or you are out as political outcast!!! In a nudist camp, a man with full dress would be considered alien!!!

jeanbara said...

`Pull all the resources' and get everybody together to strengthen UMNO.'

How nice...it's like sewing the cloud. Ini la masalah dengan pemimpin UMNO. Tak kira la abang apa pun. Tak realistik. Tak sedar dan tak nampak bahawa di bawah, ada arus sedang bergelora. Dengan arus yang macam sekarang, tak ada pertandingan, akan lebih merosakkan parti. Orang tak boleh nak release. Akhirnya yang terbina nanti cuma 'keamanan plastik' dan 'perpaduan plastik'...

Ramli Mohd Yunus said...

Pembetulan dari komen saya. Ayat dalam para 5 (ayat keempat) sepatutnya di baca..budaya dan amalan yang sudah menjadi darah daging..maaf

Anonymous said...

bodohlah orang yang mengatakan tidak perlu ada pertandingan bagi mengukuhkan UMNO.
Tak sangka saudara begitu mudah terpengaruh.
UMNO TIDAK AKAN DAPAT DIKUKUHKAN LAGI SEHINGGA ABDULLAH BADAWI TIDAK LAGI MENJADI PRESIDEN.

Anonymous said...

Orang UMNO ni, dok perasan lagi. Yang dia ingat nak bertanding. Sapa pun Ketua UMNO, rakyat dah tak mau dah.

Apa yang dok nak buat pemilihan tu lagi. Masa pilihanraya nanti kita tengok la, rakyat nak pilih sapa.

Dollah Badewi ka, Najib ka, Muhyiddin ka, rakyat dah buat keputusan. Kalau di Kedah ni, jangan mimpi la, tok det tu nak jadi MB lagi, naik jet lagi la.

Orang UMNO tak payah buang Pak Lah, kami akan buang dia dan kuncu kuncu nya nanti. Lepas tu hangpa semua boleh masuk PAS. Kami dah tolong jatuhkan Pak Lah.

Anonymous said...

anonymous
Orang tua-tua ada berkata, kalau keterlaluan ikut rasa maka binasalah dan buruk lah padahnya...

saya tidak pandai berkata-kata apa lagi bermadah...tahniah kalau anda penyokong pas,pkr dan roket kejayaan di 5 negeri..Igat..

andainya anda orang melayu dan mungkin juga anda hidup dalam mayarakat melayu dan sudah tentu anda diajar tetang adap-adap orang melayu yang kaya dengan budi bahasa dan tahu pula bagaimana sopan santun orang melayu..maaf buka maksud saya anda bukan melayu..tetapi

taksiran anda tentang UMNO/BN jauh dari nilai kemelayuan yang ada dalam diri manusia melayu..persoalanya?

adakah parti pas,pkr,dan roket sudah berjaya menyatukan sepanuhnya masyarakat Malaysia untuk mengantikan peranan UMNO/BN yang selama ini sudah terbukti berjaya memacu ekonomi Malaysia yang sama-sama kita nikmati..adakah apa yang anda nikmati selama ini hasil pemerintahan pakatan pembangkang yang baru 100 hari berkuasa di LIMA negeri..pokoknya

UMNO/BN sudah 50 tahun memerintah dan walaupun berlaku pelbagai pergolakan dalam UMNO/BN anda dan rakan anda PAS,PKR dan ROKET masih ada makanan lagi..oleh itu

kalau pun berlaku pergolakan dalam UMNO/BN..itu pergeseran keluarga UMNO/BN bukan kaitannya siapa perlu jatuhkan PM..ingat perpatah orang tua-tua

dengar guruh dilangit,
air di tempayan jangan dibuang,
belum tentu hujan nak turun.

mungkin komen ini dah terlewat tetapi tidak terlewat rasanya untuk renungan sahabat kita yang terlalu taksub dengan Pakatan Rakyat..

Harapan saya, jika anda dalam PAS jangan jadi pengikut yang hanya pengikut...sebagai contoh sahabat saya shafuddin nasiation yang dulu dalam UMNO kemudian masuk PAS kemudian jadi YB..saya harap kalau anda hanya berkokok dan mengembek...anda telah melalui satu proses pembaziran masa yang amat panjang dalam PAS..

Sebahagian besar keluarga saya dalam PAS tetapi mereka berjaya sehingga jadi YB pada 70an..sekarang makan pencen YB..bayak sahabat saya yang juga dalam PAS tetapi berjaya,,, mereka tidak berkokok kosong..ALhamdullilah..
OKEY..