Saudara melayu,
Setakat masuk parti DAP, saya rasa belum murtad lagi. Yang jadi murtad kalau kita tidak menerima wujud nya Allah dan Nabi Muhamad PesuruhNya. Di mana pun kita, asalkan kita tidak menipu, tidak menyalahgunakan kuasa (kalau ada), tidak memfitnah, tidak menuduh tanpa bukti dan berhemah, tidak mengambil hak orang lain dan terus melakukan perkara yang disuruh dan mengelakkan yang ditegah. Terus beriman kepada Allah yang satu, insyaallah, kita akan dapat merasakan kenikmatan menjadi hamba Nya. Sifat kepartian hanya salah satu elemen dan komponen dalam sistem demokrasi.
Negara tercinta TIDAK PERNAH di Perdana Menterikan bukan Melayu, tidak pernah dilantik Timbalan Perdana Menteri bukan Melayu, Menteri Besar hampir kesemua nya Melayu melainkan Ketua Menteri Pulau Pinang, yang dulu, kini dan sekarang, diterajui oleh seorang bukan Melayu. Hampir kesemua KSN dan KSU adalah dari keturunan Melayu. Tidak ada DO bukan Melayu, begitu juga penjawat awam yang lain. DAP hanya sebuah organisasi parti politik yang berada didalam sistem kita bernegara. Hanya selepas PRU 2008, DAP menarajui Pulau Pinang selepas bertahun tahun dipimpin parti Gerakan, yang juga dari kalangan bukan Melayu.
Tafsiran dan pengertian nya tetap ditangan kita. Pengamalan nya juga ditangan kita. Baik dan buruk ada dimana mana. Mendakwa pejuang bangsa bukan hanya dibibir dan diretorikan, tetapi dengan amalan dan perlakuan nya. Ada yang mendakwa pejuang agama dan bangsa tetapi masih berkeliaran dengan amalan menekan dan merampas hak sesama bangsa dan seagama.
Sebagai bekas ahli DAP, dan sekarang UMNO, saya jelas dari segi `conscience' saya. Belum terlintas dari lubuk kecil hati saya untuk menggadai hak kepada yang bukan hak. Belum ada sekeping pun tanah orang Melayu, yang saya ada peranan, walau sedikit pun, yang telah ditukarganti menjadi hak bukan Melayu. Saya juga tidak punyai peranan, walau sebesar huma sekali pun, melonjakkan hak dan `kegemilangan' bukan Melayu. Sejarah hidup saya dan pengajaran ibu bapa saya melarang dari melakukan penderhakaan secara `terang atau terselindung' terhadap agama, bangsa dan negara.
Saya tidak mahu mempersoalkan yang lain dari itu. Tafsiran perjuangan demi bangsa, negara dan agama amat luas, tanpa sempadan. Sekian.
Thursday, June 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
saya sedang menimbangkan dengan serius untuk sertai DAP. Saya ada justifikasi saya sendiri kenapa saya ndak join DAP. Tapi sebelum itu, saya rasa saya ingin berjumpa sudara untuk dapatkan beberapa kepastian. Itupun kalau saudara sudi.... Wassalam.
dr saya, orang besa,
blogpendang@gmail.com
saudara orang besa,
Saya rasa saudara kena kekal dulu didalam organisasi saudara sekarang. Jangan buat keputusan lagi. Tidak selesai masalah yang didepan mata kita dengan menganggotai DAP sekarang.
Saya bersedia berjumpa pada bila bila masa demi kepentingan bersama. Tetapi untuk menggalakkan saudara masuk DAP, saya tidak adil kepada saya dan saudara sendiri. Kita masih boleh bertukar tukar pendapat dan pandangan.
Saya boleh dihubungi melalui email dibawah atau blog ini. Terima kasih.
ramli97@hotmail.com
Maybe saudara salah tafsir maksud murtad ni.
Yang dimaksudkan oleh saya bukan MURTAD keluar dari ISLAM, tp MURTAD daripada menjadi bangsa Melayu.
Tapi DAP pun menentang konsep negara Islam..
Fikir-fikirkan
Saudara Ramli,
Maaf cakap, saya sesungguhnya rela bermandikan darah dengan DAP.
Post a Comment