Difahamkan seramai 52 Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, termasuk Presiden dan Timbalan Presiden akan mengadakan `brain storm' mengenai masa depan, halatuju dan perancangan UMNO selepas kemenangan yang agak tipis didalm PRU ke 12 baru lalu.
Khabar nya, mereka akan `berkhemah' selama 2 hari dua malam di sebuah hotel di pinggir Shah Alam. Apa yang akan jadi tajuk `storming session' itu, tidak begitu jelas. Konon nya ianya akan berkisar tentang masalah dalaman, halatuju, perancangan untuk mengembalikan keyakinan ahli dan rakyat terhadap UMNO sebagai tunggak pemerintah.
Bagus lah tu. Eloklah dikupasi dan dihalusi secara terperinci dan mendalam. Sedar atau tidak UMNO sudah mula dipertikaikan dari segala sudut. Pemimpin nya apatah lagi. Oleh kerana sudah menjadi budaya dan amalan, semua nya harus bermula dari atas, yang dibawah akan mengikut apa saja yang terbaik untuk semua. Kita tengoklah apa yang akan diperjelaskan nanti.
Thursday, June 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Retreat ka retrick?
Tak apam apa pun yang baik tujuannya dan betul caranya, kita kena pakat-pakat sokong. Dan sebaliknya...
Post a Comment