Sunday, June 15, 2008

Plihanraya Ketua Kampong!!

Hari ini saya menghadiri majlis kenduri adik di Perak. Di Kampar, heboh orang bercakap pasal pemilihan jawatan Ketua Kampong. Kerajaan BA di Perak sedang menjalankan undian secara terbuka untuk jawatan ketua kampong. Pilihanraya ketua kampong sedang rancak dijalankan sehari dua ini.

Beberapa ketua kampong disekitar Daerah Kinta telah dipilih melalui pemilihan undian terbuka ini. Mengundi lagi lah nampak nya orang kampong lagi. Calun calun ketua kampong datang dari PAS, PKR, DAP dan UMNO. Calun tidak berparti dan NGO pun boleh. Kerajaan Negeri tidak meletakkan syarat kepartian seseorang calun. Syarat yang dituntut hanyalah warganegara, berumur 35 ke 70 tahun, pemastautin dikampong yang terlibat, berakhlak mulia dan tidak ada rekod jenayah. Betul lah tu. Syarat universal...syarat manusia bertamaddun lah tu.

Yang jadi isu nya, ada calun dari parti UMNO yang dicalunkan sebagai ketua kampong. Ada cerita kononnya UMNO Negeri Perak dan Ibu Pejabat UMNO akan ambil tindakan kalau mereka menang dan terus menjawat jawatan ketua kampong didalam pentadbiran kerajaan negeri BA. Beberapa Ketua Kampong telah pun dipilih dari kalangan ahli UMNO dinegeri Perak. Yang menang tanpa bertanding pun ada. Apa pula komen dan tindakan Dato Tajul Rosli, bekas MB Perak. Ramai tu, kalau nak pecat!!!

1 comment:

Anonymous said...

Boleh di katakan bingkisan cerita yang menarik juga dari Perak ni..
Iulah,,
Apabila kalangan pemimpi UMNO hari ini merasakan kepimpinan mereka perlu sebati dengan diri tampa muhasabah dan mereka pula rasakan kepimpinan mereka perlu diteruskan hingga jasad terkubur..maka
apa sahaja corak perubahan yang mereka rasakan berlainan dengan apa yang dilakukan UMNO walaupun menguntungkan orang Melayu tetap akan dianggap salah dan bertentanggan perinsip parti kononnya..
Nampaknya..
Pemimpin UMNO hari ini,sudah kabur untuk melihat jauh kehadapan..untuk melihat dimana setiap kelompok masyarakat perlu ada kekuatan Melayu tampa mengira parti..
Jelas sekali pemimpin UMNO hari ini telah jauh ketinggalan dalam mentafsir kehendak masyarakat..
Takut-takut
UMNO akan dihuni oleh mereka yang hanya tabsup kepada UMNO..
Bahaya orang yang taksub adalah ianya boleh mengarah kepada kehancuran sesebuah parti kerana tuntutan pada masa sekarang memerlukan kepada pemikiran yang lebih rasional...