Thursday, June 5, 2008

Kunci Mengembalikan Kegemilangan UMNO Melayu dan Barisan Nasional

Saya menerima sepucuk surat dari seorang bernama Yahya Lampong. Saya rasa ramai yang menerima surat yang sama yang menggunakan mailing list ibu pejabat UMNO. Saya pasti pengirim yang bernama Yahya Lampong ini adalah Dato Yahya Lampong, bekas Menteri Sabah dan pernah jadi Timbalan Menteri Pusat. Beliau menggunakan perkataan `UMNO Melayu' dan `UMNO Perdana Menteri' didalam warkah terbuka yang tersenarai 80 `kunci' yang dimaksudkan. Terlalu panjang untuk dipaparkan semua.

Penulis menyatakan kekecewaan dengan situasi ppolitik sekarang. Begitu juga terhadap kepimpinan Pak Lah dan Dr Mahathir Mohamad. Namun beliau juga tidak menerima Anwar Ibrahim sebagai ganti. `Kunci' nombor 73, Yahya menulis; saya merayu kepada Tengku Razaleigh agar tampil kedepan untuk menghidupkan semula UMNO Melayu dan Barisan Nasional demi kepentingan bangsa, agama dan negara. Anggaplah penglibatan ini sebagai pengorbanan terakhir dan ketika bangsa dan negara menghadapi masalah yang memerlukan peranan anda berdua. (perkataan `berdua' ini, saya kurang faham).

Saya sengaja perturunkan `kunci' nombor 73 itu kerana apabila dibaca kesemua `kunci kunci' yang dicadangkan oleh Yahya Lampong, bottom linenya, beliau mahukan Tengku Razaleigh berperanan semula. Marilah cuba kita renungkan bersama.

1 comment:

abgglokal@அப்க்க்லோகள் said...

saudara,emaillah pada saya warkah terbuka tersebut sekadar utk bacaan saya dan rakan2.terima kasih jika tidak keberatan.