Thursday, July 17, 2008

Anwar ditangkap Polis! Allah Maha Mengetahui Segala galanya.

Anwar telah ditahan Polis tengahari semalam. Beliau ditahan sebelum sampai ke rumah sekembali dari membuat kenyataan dipejabat BPR. Penahanan beliau nampak begitu dramatik hinggakan anggota Polis yang menahan beliau berpakaian ala komanda siap bertopeng. Seperti biasa Dato Mohd Bakri Zinin, Ketua Jabatan Sisatan Jenayah menyatakan bahawa penangkapan Anwar adalah mengikut peraturan, undang undang dan Polis bertindak profesional dalam menangani isu ini. Saya amat setuju, memang kena ikut peraturan dan undang undang. Polis memang kena profesional. Semua orang yang bertamadun kena setuju dengan kata kata Dato Mohd Bakri ini. Anwar dan penyokong Anwar kena setuju dan penentang Anwar juga kena setuju. Kalau apa yang berlaku sebaliknya itu soal lain. Kalau yang dikata tidak dikota, kalau yang diungkap lain, yang dibuat lain, kena jawablah dengan Allah nanti.

Saya tertarik dengan kenyataan seorang Ketua Polis Negeri baru baru ini. Beliau mahukan pihak Polis bertindak adil dan saksama semasa menjalankan tugas. Kenyataan yang amat betul dan benar. Itu mesti jadi hakikat. Itu mesti jadi amalan. Tetapi janganlah salahkan Polis kalau ada seorang dua atau empat lima orang pegawai Polis yang mungkin terbawa bawa dengan emosi dan overzealous dalam bertindak. Polis, Anwar, Mohd Saiful, Najib, Dato Mohd Bakri dan kita semua akan menghadap Tuhan nanti. Kalau didunia kita tidak dapat jawapannya, diakhirat kita pasti akan dapat jawapannya. Itu yang penting dari segala galanya.

Apa pun dalil dan justifikasinya, kita ada hari selepas kematian. Kita mati seorang dan seoranglah juga kita menjawab soalan dari malaikat. Kita tidak boleh menjawab bahawa apa yang telah kita lakukan adalah kerana arahan, suruhan atau kehendak orang lain. Didunia kita boleh menyatakan apa juga yang kita fikirkan, yang kita harapkan dan yang kita mahukan. Kita mungkin ikhlas, jujur dan bertindak wajar. Hanya Tuhan yang Maha mengetahui jika kita benar benar ikhlas, jujur dan bertindak wajar. Sokonglah siapa yang difikirkan boleh dan layak disokong, tentanglah apa yang difikirkan perlu dan boleh ditentang. Tetapi jangan lakukan kerana sebab sebab dan logik yang berkepentingan kita semata mata. Mestilah berlandaskan kebenaran berfakta. Kalau semua ingat kearah itu, insyaallah, negara tercinta akan aman, damai dan selamat untuk diduduki.

Saya tetap berpendirian begini. Apa pun yang berlaku dan bakal dilakukan oleh sesiapa pun. Ianya melibatkan kuasa, kepentingan dan hak. Rakyat terbanyak tidak terlibat secara langsung dengan kuasa, kepentingan dan hak tersebut. Rakyat terbanyak hanya mampu melihat, menonton dan berdoa. Itu saja. Janganlah kita abai dan sisihkan hati, jiwa dan perasaan mereka.

2 comments:

Anonymous said...

Saudara bercakap mengenai hukum Tuhan. Yang melakukan kerja kerja karut di Malaysia ini memang sudah jauh dari sedar akan hukum karma. Dia orang ingat ingat lupa hukum Allah.

Hanya saya terkejut dengan tindakan pihak Polis yang terpaksa bertopeng dan sampai berpuluh puluh kereta pengiring semasa menyerbu kereta Anwar.

Macam cerita Hindustan pulak. Hebat betul adegan menangkap Anwar Ibrahim ini. Dulu terdengar disudut sudut telinga ramai pemimpin kata Anwar Ibrahim ni orang sudah lupa. Nak tangkap dia sampai kena ada berpuluh anggota Polis pulak dah.

Berapa kos proses penangkapan itu,kalau dikira minyak kereta peronda, gaji anggota, jaket kalis peluru dan topeng. Banyak tu...

Anonymous said...

tak boleh berak beb, macam mana tak repot polis?