Wednesday, July 16, 2008

Debat Kenaikan Harga Minyak!

Saya menonton debat diantara Dato Ahmad Shabery Cheek dan Dato Seri Anwar Ibrahim semalam dengan mind yang terbuka. Saya mahukan kematangan menerima perbezaan pendapat dan kebebasan bersuara. Saya adalah diantara manusia yang cukup bersedia untuk `advocate' budaya debat terbuka ini. Saya cuba meletakkan diri saya sebagai penonton bebas. Bebas dari emosi dan anutan fahaman politik. Saya mahu bersetuju dan juga boleh tidak bersetuju. Saya hanya menilai fakta dan hujah kedua dua tokoh. Saya tidak mahu menilai kerana jawatan, sejarah atau andaian semata mata. Walau pun saya pernah `have the honour to know the two personalities' walau pun tidak secara dekat. Saya pernah suatu ketika`bersembang sembang' mengenai isu isu serius dengan Saudara Shabery dan pernah juga `encountered' berdialog dengan Saudara Anwar semasa menghadiri program parti saya terdahulu. Itu cerita lama. Ia tidak boleh saya jadikan `benchmark' untuk saya menilai kedua dua mereka semalam. Semalam tajuknya `Hari ini tubuh Kerajaan, esok harga minyak turun'. Itu saja.

Saya lihat Anwar nampak amat bersedia dengan hujahnya. Dia bersedia dengan segala `antics, debat yang memang menjadi rutin nya sejak zaman pelajar lagi. Semalam dia `well armed' kalau pun tidak begitu `heavily armed'. Anwar masih dilihat `performance' macam dia 2o tahun lalu. `Wittyness' dan `humor' nya masih kekal. Usikannya selamba, expression nya menjadi. Fakta nya juga banyak yang boleh menyakinkan. Sebagai bekas Menteri Kewangan, dia sedikit sebanyak punyai `authority' untuk membuat pernyataan tertentu. Isu perletakan jawatan Dato Ani Arope, bekas Pengerusi TNB dan IPP salah satu point yang dia dapat secara percuma. Penafian beliau terhadap tuduhan terhadapnya mengenai IMF juga dia dapat point free. Dia dapat `meledakkan cabaran terbuka' yang menguntungkan. Anwar dilihat berjaya mengambil kesempatan yang diberikan oleh Shabery selaku pencabar awal yang memberikan ruang untuk Anwar dipletfom terbuka. Debat sebegini selalu nya `menguntungkan' orang orang macam Anwar. Semalam juga nampak begitu.

Shabery pula jelas menampakkan ketrampilan nya yang membezakan beliau dengan pemimpin UMNO yang lain. Dia jauh lebih berani dan pro jika dibandingkan dengan tokoh tokoh UMNO lain. Kelihatan Shabery nampak berjaya sedikit sebanyak menonjolkan ketokohan beliau sebagai `knowledge based leader' didalam barisan kepimpinan UMNO masakini. Shabery ada `substance', itu hakikat yang banyak membantu `appearance' beliau semalam. Pengalaman beliau bekerja dengan sebuah badan pemikir di Singapura dahulu banyak membantu. Bekerja dengan Tengku Razaleigh juga membantu beliau. Berdebat memerlukan ilmu. Mind set kena terbuka dan tidak ada elemen mental blok.

Cuma Shabery banyak `derailed' dari isu yang dibangkitkan. Sindiran sindiran yang tidak perlu, saya ulangi..yang tidak perlu, yang semata mata menampilkan mind set yang tidak matang, yang tidak boleh menguatkan hujah mengenai isu yang diutarakan. Ia hanya boleh memberi kepuasan dan keseronokan sementara rakan taulan kita semata mata. Kalau dengan menyebut `konset' anjuran PR yang tidak sesuai dijadikan hujah `pembelaan', Shabery mungkin terpaksa berdiri berjam jam lama untuk membuat `pembelaan' kalau Anwar pula membangkitkan insiden insiden lain yang melibatkan Kerajaan UMNO/BN selama ini. Shabery juga tidak sepatutnya memainkan sentimen sejarah masa lampau kerana kedua dua mempunyai sejarah yang lebih kurang hampir sama. Itu personal sikit, kerana yang dibangkitkan isu naik minyak kalau PKR jadi Kerajaan. Hujah sepatutnya berkisar dengan fakta, dalil dan justifikasi yang boleh dijadikan kayu pengukur.

Saya berpendapat begini. Kalau dari segi `mileage' politik, kedua dua dapat markah yang menguntungkan. Hanya kerana Shabery mewakili Kerajaan, Anwar lebih beruntung. Ini budaya debat sejak dulu. Shabery juga boleh dan sebenarnya berkemampuan untuk berdiri dipletfom Anwar. Namun demikian oleh kerana beliau berada didalam Kerajaan, hujah nya kurang menjadi. Dalam kontek budaya dan amalan dalam UMNO, Shabery berjaya `memikat' ahli UMNO. Anwar berjaya memikat penonton dan msayarakat ramai. Mengenali keperibadian, tahap pemikiran, pegangan politik kedua dua nya, saya rasa mereka berdua boleh dan mampu berdiri dimana mana pletfom sekali pun.

Soalan saya kepada penonton kedua dua pihak, yang didalam Dewan dan diluar Dewan. Setujukah anda dengan kenaikan harga minyak dan barang dewasa ini. Adakah tuan tuan bertepuk tangan hanya kerana tuan tuan menyokong Shabery atau parti Shabery atau sahabat Shabery atau mind set tuan tuan terhadap Anwar. Dan adakah pula tuan tuan bertepuk tangan kerana mind set tuan tuan sudah di`blocked' dengan hujah hujah wakil Kerajaan, Shabery atau tuan tuan pengikut setia Anwar Ibrahim. Realiti nya bagaiman sikap tuan tuan. Saya hanya cuba membayangkan kalau lah Shabery masih lagi Ketua Penerangan Parti Semangat 46 dan Anwar masih lagi Menteri Kewangan, boleh kah kita bayangkan bagaimana pula hujah kedua dua nya.

6 comments:

dinleter said...

Tuan,
analisis yang tepat.Namun debat bukan isu, siapa menang atau kalah,. tidak juga win-win(sekadar meminjam istilah DR. RAIS YATIM). Debat wajar menukilkan penyelesaian masalah, dan bukan mahu mempertahankan ego parti, ketaksuban ideologi dan juga mengungkit hal peribadi. Debat mengajar kematangan, keterbukaan dan sikap berhemah. Jika disulami ego, hentaman peribadi, maka debat sudah tidak bermakna lagi. Ironinya SHABERY berdiri di platform yang salah. Hujahan beliau lebih sesuai sebagai pembahas usul ekonomi dalam Perhimpunan Agong UMNO. Anwar seperti biasa, amat sinonim dengan 'aura' dan magicnya' sebagai insan yang mampu menggamit media, serta audien untuk meminatinya. Hakikatnya, rakyat sudah didedahkan tentang 'erti debat' yang sudahpun berlangsung lama dalam traidisi demokrasi di US dan Eropah. Biarlah debat ini menjadi pencetus, bukan penamat kepada era 'political maturut' di kalangan rakyat. Jangan lagi politik kampung, politik ego, politik taksub dan politik bodoh sombong.

DR. SOBRI SUDIN

Anonymous said...

Shabery Cheek, Nordin Kardi dan kuncu kuncunya tidak pro dalam situasi ini. Dendam politik yang berterusan hingga melupakan kematangan. Lagi pun Shabery bukan lawan Anwar. Taraf dia hanya macam Saifuddin, Husam Musa, Mahfuz Omar, Mohd Sabu dan Tan Seng Giaw.

Anwar patut berdebat dengan Tun Dr Mahathir, Tun Musa Hitam atau YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Kalau dalam PAS Haji Hadi Awang, DAP Lim Kit Siang.

Utusan/NST/BH hari ini puji Shabery melambong, mereka lupa bahawa pembaca sudah buat penilaian terhadap Shabery semalam lagi.Anwar menang round pertma dah.

Anonymous said...

Si Shabery Cheek ni jenis ego sebenarnya. Dia ingat dia hebat. Masa dalam Semangat 46 dulu pun dia ni berlagak. Macam dia sorang saja yang intelek. Dia cuba nak tonjolkan diri macam hebat sangat. Sah kena dengan Anwar.

Semalam nak sebut nama Tengku Razaleigh pun takut. Bukan kah Petronas idea TR dan jadi Pengerusi pertama nya. Dia ni jenis perasan jugak. Itu sebab orang macam Dato Ali Rustam pun tak setuju.


Bekas 46
Seremban

Anonymous said...

Saya sokong dinleter ni. Debat bukan mempertahankan ego, emosi dan kedangkalan. Debat mengajar kita matang, terbuka dan rasional.

Dok main main kisah zaman Jepun, itu tak ada modal namanya.

Tergelak dengan ayat si Shabery Cheek..Petronas bukan besar sangat...susah susah pun kita ada makan..alahai Menteri Penerangan Pak Lah.

Anonymous said...

Debat Anwar dan Shabery!!
Dalam iklim politik Malaysia debat jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan Nagara Barat dimana debat merupakan satu perkara wajib bagi pengamal politik..walau sejauh mana pun keberkesananya hasil debat Anwar dan Shabery tidak ada apa yang berlaku... walaupun Anwar mampu berhujah mengatasi Shabery namun akhbar hari ini memberikan puji-pujian kepada Shabery..Anwar pula seperti biasa ditangkap di halaman rumah tepat 1.30th..mungkin inilah budaya debat yang diamalkan di Malaysia...Rasanya Dr sobri(kawan saya) ni kena mulakan kajian semula tentang debat yang bertajuk SEJAUH MANAKAH KEBERKESANAN DEBAT DALAM ARUS POLITIK MALAYSIA.

Anonymous said...

saya memang sokon pandangan sdr kerana hujah anuar lebih bersifat ekonomi dan mudah diterima. shaberry patut lebih fokus terhadap program pembiayaan krjn khusus dr aspek yg menguntungkan rakyat. dia patut sentuh tentang pembayaran subsidi yg dinikmati rakyat hari ni... byk faedah2 rakyat yg blh shabery sentuh sebagai satu peringatan kpd rakyat APA YG TELAH DIBELANJAKAN OLEH BN